Dear My Tears .

  • 0
Dear MY TEARS ,
Jangan jatuh dan menitis lagi ya !
Harus yang kuat ya sayang .
Taqarrub ilallah ya Izzah ~
^.^'
-
-
-
-
Mak selalu pesan ,
"Ini ujian buat Izzah sebenarnya , jangan mengeluh.
Anak mak kan kuat."

Abah selalu ingatkan ,
"Allah bukan saja-saja uji Izzah. Bah kan ada sesuatu
yang Dia nak beri pada Izzah lebih dari apa yang Izzah harapkan."

Whats on my mind ketika ini adalah sesuatu yang bertentangan
dengan whats on my heart . Dan ini adalah FAKTA !
* ohh UJIAN ♥ * -.-'
# Sometimes i can't bear this tears myself anymore.
Tak kuat , lemah !
But , i'll try , try and try....
Ohh Allah... :'(

Hafaz Al Quran dalam jangka masa yang lama ?

  • 0

Salam alayk ~
Jenjalan kat laman muka buku tadi , tertarik dengan post seorang hamba Allah ni.
Jadi , nak share di sini. Boleh ye tuan Syabab Musafir Kasih . :')
"Hafalan al-Quran yang terbaik bukanlah dengan dapat
menghabiskan 30 juz dalam masa singkat."
Kenapa saya kata begitu?

Kerana dicatat dalam kitab al-Muwatta' Imam Malik,
Abdullah bin Umar menghabiskan masa 8 tahun hafal Surah al-Baqarah sahaja.
Saya berpendapat, teknik Ibnu Umar ini adalah teknik terbaik dalam menghafal al-Quran.

Bagaimanakah tekniknya?
Diriwayatkan bahawa Uthman b. 'Affan, Abdullah b. Mas'ud dan yang lainnya,
para sahabat apabila hafal 10 ayat dari al-Quran, tidak akan beralih kepada
ayat yang seterusnya sebelum mereka pelajari, faham akan maknanya
dan kemudian beramal dengannya. Bukankah terbaik teknik ini?
Al-Quran bukan untuk dihafal semata-mata tetapi
ditadabbur dan diamalkan dalam kehidupan.
Ada yang akan kata:
"Dah tua-tua ni, otak dah berkarat, susah nak hafal al-Quran.."

Saya katakan,
"Para sahabat juga terdiri dari kalangan orang-orang tua,
tapi mereka mampu habiskan 30 juz. Mengapa tidak kita?
Mereka manusia , kita juga manusia."
Jika hafal satu muka surat sehari, dalam masa 2 tahun 6 bulan
(betulkan jika saya silap), anda akan habiskan satu al-Quran.
Tak rugi pun. Tidak kiralah anda dalam bidang apa sekalipun.
Tidak semestinya anda kena masuk Darul Quran baru nak hafal al-Quran.
Tidak semestinya masuk sekolah tahfiz dulu. Anda di bidang kedoktoran
pun boleh hafal, bidang engineering pun boleh, bidang sains sosial pun boleh,
bidang grafik, pertanian, apa sahaja bidang sekalipun,anda boleh hafal al-Quran.
Jangan jadikan alasan,
"AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH TAHFIZ PUN "
sebagai tembok penghalang untuk mulakan hafalan.
Tidak salah hafiz dalam masa yang singkat. Malah digalakkan untuk hafiz di usia muda.Kerana berkat dari otak yg masih muda, memori lebih kuat dalam apa jua jenis hafalan pun. Cuma pendapat saya, bukan teknik terbaikdalam pengamalan al-Quran. Masih ada teknik yg terbaik, sebagaimana yang telah digunakan oleh golongan salafusolleh dari kalangan para Sahabat di atas.
Ada yang bertanya ,
"Bagaimana kalau kita telah menghafal,
tapi di kemudian hari kita lupa hafalan-hafalan yang telah kita hafalkan,
apakah kita berdosa ?"

Yang dikatakan berdosa adalah apabila tidak ada usaha untuk
mengulang balik hafalan kita itu setiap hari. Sentiasa memperbaharui hafalan.
Lupa bukan suatu dosa. Lupa adalah fitrah semua manusia.
Otak manusia ada kelemahan sehingga terhinggap penyakit nyanyuk.
Hikmah penyakit lupa dan hikmah sentiasa kena perbaharui hafalan
adalah kerana Allah mahu kita hidup dengan kehidupan Qurani
setiap masa yakni sentiasa membasahkan lidah dengan membaca al-Quran,
dengan membaca al-Quran mendekatkan diri pembaca
kepada Allah secara tidak langsung. :)


Wallahu a'lam... ^_^


Mak kata , "Tunjuk Contoh Yang Baik".

  • 0

"Kak Izzah appreciate semua nya lahhh sayang... ;)
Semua akak sayangg sama rata saja . Semua dapat lebih-lebih . Takmo ada kurang-kurang .
Nanti tak adil. Sebab semua adik-adik akak kan ?
kankankan ? bhahaha ♥ ^,^ "
kataku pada adik-adik.

Mereka mengangguk tanda setuju dan lantas tersenyum riang
setelah mendengar kata-kataku itu.

Lagi sekali dengan suara lantang aku bertanya pada mereka (adik2)
"Sayang akak tak ?!!!"
Dorang jawab ,
"SAYANGG!!"
Auuwwww . Terharu seyhh . winkwinkwink ;)
Hati sudah berbunga-bunga neh ~ hikhikhik >_<
Suasana riang kembali seperti biasa...
-
-
-
-
Actually ....
Tadi sebelum nya ada yg merajuk bermasam muka
dengan kakaknya yg comel neh . *opsss...eerr... comel kah ? hihi* -__-
Di sebabkan kerana , kak long nya beli coklat cadbury . Yang kecik punya tuh.
Saje gatai ngengada pi beli , tetiba teringin nak makan coklat . Heee :D
Ingat nak makan sengsorang sorok-sorok depan almari , bhahahah . *teruk!*
Tapi , kantoi pulak ngan adik-adik. huh ! Diorang dah nampak , memang WAJIB bagi lah.
Ingat taknak bagi , sebab nanti ada yang tak dapat. Sebab benda sikit.
Tapi... maklum lah , adik kecik-kecik neh , bukan paham bahasa sangat.
Orang kata tak boleh , dia NAK JUGAK ! huwaaa ~

Mak yang dah memang masak dengan perangai kitorang 10 beradik neh tiba-tiba bersuara ,
"Kan mak dah pesan berkali-kali , kalau beli apa-apa lain kali ingat adik-adik.
Ini beli untuk sorang-sorang makan, kesian kat adik-adik teringin.
Diorang pun nak jugak apa yang kakak nya ada. Tak kesian ke ?
Kalau dah tahu ramai adik-adik kecik , buatlah cara ramai adik-adik.
Jangan nak rasa macam anak tunggal.
Kalau Izzah buat macam ni lagi , nanti bila adik-adik dah besar,
dorang beli apa-apa tak ingat kat Izzah. Adik-adik ni ingat kat
orang yang ingat diorang je tau. Tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik.
Kalau nak adik-adik ingat kat kita , sayang kat kita , kita kenalah ingat kat adik-adik ,
sayang kat adik-adik . Tak kiralah yang besar ke kecik ke , Izzah tu sulung ,
dorang semua tetap adik-adik Izzah tau. Izzah paling tua ,
TUNJUK CONTOH YANG BAIK . Ingat pesan mak ni..."
ujar emak dengan lembut dan bersahaja namun sarat dan penuh makna.

Aku cuma mengangguk , terkelu...
Lalu hatiku bermonolog sendirian,
"Hmmm... mak benar."
Sangat-sangat tersentuh dengan kata-kata mak. SERIOUSLY !
Tiba-tiba sebak. uuuhhhh Izzah... =.=' tahan-tahan... whuuu...
*nak nanes sebab tak tau nape . Pelik sungguh diriku ini kan kan kan?! Ngengade ~*

Pastu agih-agih lah KEKELAT (cara adik kembarku menyebut "COKLAT")
sorang sikit . Berebut-berebut tu biasalah. Heee :D
Yang besar ke , yang kecik ke , semua sama jaaa.. harharhar.

Alhamdulillahi a'la kulli hal . Makanan yang walaupun sedikit ,
tapi makan berjemaah , Allah... sungguh berkat ! ♥ heee >_<
Kenyang dan puas hati tau walaupun dapat sorang sikit . Berebut itu best .
Berebut manjaa ngan adik-adik gituu. lalalaaaa ♥ ~ hehe ^,^
Subhanallah...

Mak cakap,
"Bila lagi nak manja-manja kalau bukan sekarang.
Nanti masing-masing dah kawen, tak duduk rumah ni dah.
Ikut suami masing-masing.
Ada anak-anak . Tak sempat nak manja ngan adik-adik dah."
Huwaaa... takleh arr dengar mak cakap camnie. Rasa macam takmau kawen je tau.
Opsss! Terlebih sudaa... hikhikhik . =.='

YOU're my pure LOVE ! Allah... :)

  • 0

Dia sedang menguji hatiku.
Ya !! Aku di uji... benar-benar rasa teruji.
Allah ~ Y_Y'

Ohh Allah.... teruskan memujuk hati Izzah ya. :')

^.^ * Mere saath Allah * ^.^
(Allah ada bersamaku)

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram .
(Al-Ra'd, 28)

Seronok Jadi WANITA tau ! ^^,

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم
... السلام عليكم
Bercerita tentang wanita ?
Actually , entri ni dah lama. Saja refresh semula di sini. ^^,
Siapa kata jadi wanita itu senang ?

Nak kena tutup sana , tutup sini .

Tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pon orang tak bising .

Wanita , stokin pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi wanita untuk satu hari.

Komfem tak tahan bertutup semua.

Tapi , wanita cool je...STEADY beb! ^^,

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi wanita tu senang?

Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit tetap yang Allah bagi.

Nak pergi kelas pun susah , nak pergi jalan-jalan pun susah.

Kalau boleh , masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit 'bulanan',

Ingat tak sakit ke . Mungkin ada sesetengah yang tak sakit , ada juga yang sakit.

Ada setengah yg sampai pengsan-pengsan sebab sakit.

Cuba tengok budak lelaki , selamber jerr.

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.

Tapi, wanita hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jek.

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun boleh tak perasan yang dia sakit.

Well , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati wanita ni, Allah jadikan lembut betul ~

Cepat jer sensitif , mudah tersentuh, hati lembut , penyayang ,

Walaupun kadang-kadang tak nmpk, tapi sebenarnya ADA !

Cuba tengok orang putus cinta ,

selalu perempuan yang paling susah nak lupa... :'(

Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru .

Alahhh yang tengah ada bini pun boleh je rembat lagi 3 cukup kan 4. hehe. kan?!!! =.='

Cuba kalau dengar kisah-kisah sedih , baca novel or apa-apa yang menyedihkan

atau terlalu menggembirakan. Siapa nangis dulu ?

Tak kira lah samaada menangis sedih atau gembira.

Wanita kan...


Lembut tak lembut hati wanita?

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.

Hebat tak wanita?

Tapi....

Disebabkan susahnya nak jadik wanita ni lah,

ramai wanita yg merajuk dengan Allah . Boleh pulak macam tu kan ?


Diorang cakap, Allah tak adil . Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Dan macam-macam lagi... =.= . huh! kesian kan?


Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah ~ Errr... ye ke ? Hmm...

Bak kata orang , nak jaga 10 anak lelaki ,

tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan ,

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ,

ramai wanita-wanita kat luar sana yang bebal ,

diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,

'Lelaki tak payah tutup pon'.

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ,

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis

kekasih yang amat busuk hati !!

Allah...... :(


Kesian kan kat diorang? ish3 :'(

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah , diorang sanggup rosakkan diri diorang ,

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil ?!


Persoalannya sekarang ,

Betul ke Allah tak adil dengan wanita?

- Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami .

* okey ? Puas hati tak dengan jawapan tu ? Allah..=.='


Tapi , cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki terletak di bawah

kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri memng kena ikut cakap suami . Taat sepenuhnya .

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya !

Ibunya itu wanita atau lelaki ???? WANITA . Right ?


Tak adil lagikah Allah pada wanita? Allahurobby ~

Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan !

Ggggrrr... tak nampak lagi ke ?? o.0'


Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya .

Kalau paling banyak pun dia ada 4 orang isteri ,

Cuma ada 4 orang wanita yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Kan ?

Tapi wanita, andainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki ,

bermakna ada 15 orang lelaki yang syurganya terletak pada seorang wanita itu ! Subhanallah...


MashaAllah, hebatnya Allah jadikan wanita ni kan?

Rendah lagi kah martabat seorang wanita ?

Sungguh , wanita sungguh tinggi martabatnya di sisi Islam , tapi diri sendiri yang merosakkannya

dengan berfikiran negatif dekat Allah. Aduhai....seribu kali sayang!


Kenapa wanita hebat ? Sebab kasih sayang Allah lah yang jadikan kita ni hebat.

Cuba dengar pula nasyid-nasyid yang berkumandang dekat radio banyak lagu pasal wanita kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH , SITI KHADIJAH dan ramai lagi

srikandi-srikandi wanita yang di patut di jadikan contoh . Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.


Sayang tak sayang Allah tu dekat wanita ,

sampai wanita dikasihi macam tu sekali dekat dunia nie.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya , orang akan cakap


"Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita di belakangnya"


Kita tak pernah dengar orang cakap


"Disebalik kejayaan seorang wanita terdapat seorang lelaki di belakangnya"


Kan?

Hebat tak Allah jadikan wanita tu?

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat wanita sampaikan disebabkan

susahnya nak jadi wanita ni , wanita senang nak masuk syurga.

Tapi.... kenapa masih ramai juga yang masuk neraka ?!!

KENAPAKENAPA !!!!!! :'(

Tengok hadis ni,

"Apabila seorang perempuan mendirikan

sembahyang lima waktu,

berpuasa sebulan (Ramadhan),

menjaga kehormatan dan taat kepada suami,

dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana

pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat wanita ?

Oh wanita , sedarlah...

Betapa sayangnya Allah dekat kita...

Betapa cintanya Allah dekat kita...


Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran

negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia !


Bayangkan , dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni ,

kita (wanita) jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah

WANITA SOLEHAH.

Kesian dan ruginya kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi

seindah hiasan kan?


Ikhlas dari ku .

  • 0
Aku bukan seperti yang engkau sangkakan...
pura-pura di dalam perjuangan,
Aku tidak pandai menyulam rahsia,
Juga tidak pandai bermadah pujangga,
Jika ada rasa benci di hati ,
Katakanlah pada ku,
Rela ku terima walau kutukan,
Asalkan aqidah terjaga..
Kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustir ilahi...
Hakikat hati terluka walau zahir ada yg tertawa...

Ohh Allah...
Aku mohon keampunan...
Keterlanjuran yang berulang kali...
Tanpa ku sedari...

Durian oh Durian ~

  • 0

...بسم الله الرحمن الرحيم
^.^ السلام عليكم

Psst psst...
Tadi kopek kulit durian dengan gigihnya seorang diri.
Ehehh...terasa comel pula diri ini waktu itu.
Adik-adik semua kt depan , mak abah kluar. hekhekeh.
Mak ngn abah balik je , geleng geleng kepala melihat
gelagat kak long yang penuh gigih dan bersungguh-sungguh seorang diri itu ~ heee :')

Lama tak makan durian plk rasenye <3 . lalalaaa ~ ^.^

Tapi , bila sekali
"ERRKKK"
Opsss !!! alamak , bau satu bilik.
huwaaaa... taksuketaksuke !! takmoo ~
*sambil menekup mulut dgn tangan dan menggeleng2 comel. huh! T_T'

"Kem Nur Insani"

  • 0
(Klik pada gambar untuk view yang lebih clear, TQ)

Salam Alayk ~
Tadi ana ada dapat calling dari Bang Pit (Ust Hafiz b. Hanafi) selaku senior ana di
Pondok Semeling dan kini alhamdulillah sudah memegang jawatan sebagai
seorang ustaz di sini. Dia minta tolong ana war2 kan kepada siapa-siapa
yang ingin menyertai KEM NUR INSANI yang insyaAllah akan di adakan
di Pondok Semeling pada tarikh yang tertera pada "banner" di atas.
Pengambilan terhad untuk 50 peserta terawal sahaja.

Ehem3 ~
Fasilitator yang di lantik ialah :

Ahmad Azmir bin Ahmad Aseki (Selaku ketua fasi)
Muhammad Azhar bin Tarmizi
Muhammad Muhaimin
Mohd Hafiz bin Hanafi
Mohd Aminuddin bin Syuib

Nurul Husna binti Sudin
Norfartini binti Mohamad Kamal
Izzah binti Abu Farouq
Siti Noor Hanim
Iliya binti Abu Farouq

Tu jer .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Berikut adalah tentatif program yang di rancang :

17.12.2011 (Sabtu)

0830 - 1000 : Pendaftaran dan penempatan.

1000 - 1039 : Taklimat program.

1030 - 1100 : Minum pagi.

1100 - 1230 : Slot 1 - “LETS BREAK THE ICE”

1230 - 1400 : Makan tengah hari ,solat Zuhur.

1400 - 1600 : Slot 2 - “KEMBARA MINDA”

1600 - 1700 : Solat Asar, minum petang.

1700 - 1830 : Riadhah.

1830 - 2030 : Solat Maghrib,Isyak,makan malam.

2030 - 2230 : Slot 3 - “SHOOT THE MOON”

2230 - 2300 : Minum malam

2300 : Khidmat Diri


18.12.2011 (Ahad)

0400 - 0530 : Qiyamullail

0530 - 0700 : Solat Subuh,Kuliah, pembetulan bacaan dalam solat.

0700 - 0830 : Latihan Fizikal

0830 - 0900 : Sarapan pagi

0900 - 1030 : Slot 4 - “ARAH : DARI MANA NAK KE MANA”

1030 - 1100 : Minum pagi

1100 - 1230 : Slot 5 - “MUHASABAH DIRI “

1230 - 1400 : Makan tengah hari , solat , persiapan penutup.

1400 - 1500 : Perasmian penutup

Penganjur bersama Alumni Maahad At-tin (Pondok Semeling)

Untuk pembayaran , sila bank in kan ke account Maybank no : 557081050582 atas nama Ahmad Azmir bin Ahmad Aseki sebelum atau pada 14 Disember 2011.

* Setelah membuat pembayaran sila SMS kan nama peserta ,

umur dan slip pembayaran ke nombor berikut :

017 - 4215534 (Ust. Sani)

013 - 4626119 (Cik Iliya)


Sekian , itu sahaja.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi
nombor telefon yang tertera pada "banner" di atas.
wassalam... ^^,

Errr... huh!

  • 0

Seorang wanita sanggup menyembunyikan
rasa cintanya berpuluh2 tahun...
Namun sayang sekali...
Seorang wanita tak mampu menyembunyikan
rasa cemburunya walau hanya sesaat.
# Rase mcm kena hempap gunung jerai ~ huh! =.=
Namun inilah hakikat kejadian HATI seorang wanita...

Nak "peknga" yang ALONG buat !!


Salam alayk ~
Ehem3 , tadi dah makan. Tapi tak kenyang ouhh...
Sebab tak dapat peknga. lalalalaaa =.= . (teruk nyeeeeer)

Teringin nak makan peknga (lempeng) yang along Zalika Atiqah buat dulu.
Kalau dulu , kt asrama tiap-tiap malam , lepas kelas talaqi , sebelum tido mesti pekena
peknga ngan along dulu . Sampai ustzh marah bebudak nie tak tido2 lagi.
"esok lewat kelas saba' , kalau tak lancar , SIAP !" =.='

maknanya , kalau lancar takpe lah kan ? LEGA ! fhewww...

acececehhh... ngidam lempeng along pulak. nak along jgk yg buat.
takmo org lain. huk huk huk ~ lalalalalaaa =.='
(opsss, lelebih pulak en. bukan apa , kalau buat sendiri
tak jadi yang mcm along selalu buat dulu...)

Gambar ni kutip kat google je tau. :)
p/s : hmm... bila nk pi ziarah along and baby baru along eh ?
insyaAllah , ade rezeki , smpai la nnti. ~ ^.^

"ayannggg kakak!"

  • 0

Salam alayk ~
Di sebabkan ketidak adaan idea untuk menaip ,
tapi nak post jugak. Maka begini lah jadi nyaa ~

Ehem3 , ini adik ana !
Sayang mereka ketat-ketat tau.
Mereka sangat mesra dan kadang2 sering juga bergaduh. gaduh manja gituu...
Aduhai sayang ~
Kat pic ni , si adik peluk si kakak. Dia kata , "ayannggg kakak!"
(tapi kat pic ni nampak mulut dy tutup je ea? tapi memang dy ada ckp cmtu td.
cuma mungkin time snap gambar ni dia senyap kot.)
Yang si kakak pulak da rimas , tapi sabor je la dengan si adik.
Opsss... kakak agak...
huwaaaa!! tutup mata!! seksi ketika ini. Baju dia basah tertumpah air.
Tu yang tak berbaju tuhh... heee :D
Pic ni baru saja di snap pada petang tadi.
Guna kamera sony ericson Hanim (myfren laa) ^^,
(2/12/2011 , Jumaat , waktu : err... dalam pas asar cmtu laa. )
#Tu je la kot. Hmmm.. actually... sakit muka neh.
Ada 2 tetamu baru (big pimple. huwaa!!!!) singgah bertapak
kat muka ni jap. Adedehh... sakit ouhh... =.='

babaii.. nak tidoqq...
wassalam...

Hinakah andai diri ini tidak berpendidikan tinggi ?

  • 0

Hmm... nak tuleh apa neh ???
Okey , saya nak tanya :
"Hinakah andai diri ini tidak berpendidikan tinggi ? hmmm... -.-' "
Orang selalu juga kata ,
"Takde pendidikan yang tinggi , macam mna nk kerja ?"

Actually , saya kalau boleh taknak kerja. =.='
Abeh kuat pun nanti , ngajar je nanti . InsyaAllah... ^^,
Mesti orang akan kata ,
"Takde wawasan langsung budak neh. Kau tu bukannya
tahu apa , nak ngajar konon. Tak layaklah!" kan ?

Saya tak kesah apa org nak kata. Saya pilih ngajar tu pun , bukannya ngajar benda
yang saya tak tahu. Ngajar je la yang tahu. Kalau yang tak tahu tu belajar lah.
Bukan ngajar ! adesss...
Dalam otak sekarang ni piker jadi guru hafizah je, dengar budak-budak tasmi'.
Secara tak langsung , QURAN jadi benda harian. Allah ! Seronoknya!!! >_<
PAHALA ?? tak yah cakap la... tengok Quran tu pun da dapat pahala.
Apa lagi kalau kita baca , fahami, hafaz , nyampaikan
dan dengarkan hari-hari ? Allah... nikmatnya ! ^.^
Kalaulah boleh nampak PAHALA.... macam mana lah kan ?
huwaaaaa.... NAK !!!! :')

Actually , teringin nak kerja jugak sebenarnya. Ada pendapatan sendiri...
Kutip pengalaman. Taknak bergantung pada orang lain.
Tapi...
Takat saya nak belajar jauh sikit pun...

Abah cakap camnie ,
"Takyah jauh2 lah. Susah abah nak tengok.
Nak kutip pengalaman belajar jauh2 tu bagus.
Tapi Izzah tu perempuan , anak dara , tak sesuai la. Bahaya.
Lagipun tak bagus wanita sorang-sorang pastu berjauhan dgn muhrim.
Lainlah kalau ada muhrim. Kalau dekat senang abah tengok2 kan."
Macam syadid lak kan ? hahaha
Macam di manjakan sangat pun ada kan ? Sejujurnya , kadang-kadang
rasa terkongkong jugak. Tapi itu lah yang terbaik di antara yang terbaik bagi saya.
Cuma kita tak nampak je. Yang kita nampak , KOLOT ! kan ?
Mungkin orang akan cakap , "Manjakan sangat. Patut education tak tinggi mana!"
Well , mungkin orang malu , tapi saya bangga. Kalau education
tinggi bukan main , tapi JAHIL , tak guna.... kan ? Just think urself la baii... =.='

Saya pegang 1 kata mak ana je ,
mak ana pernah cakap ,
"Takde kerja yg senang dalam dunia ni melainkan
jadi isteri solehah kepada suami ,
ibu mithali kpd anak-anak nanti. Tak dpt duit ,
tapi pahalanya masyaAllah...
kerja kat luar macam-macam fitnah boleh jadi."
Benda tu , bila tengok macam mudah , tapi wanita zaman sekarang ,
benda mudah tu lah yang jadi susah. Tak semua yang mampu. (ERRR... mampukah aku?)
Tambahan pula dengan ekonomi yang tidak stabil. Banyak saya tengok sekarang ni ,
laki dok umah jaga anak , pompuan keje. Tak pun dua-dua keje ,
Pastu anak hantar akt nursery. Alahai , anak pulak yang di singkirkan. Ape kes ?
Salah ke kalau wanita taknak berkerja di luar ?
Dan pendidikan yang tak tinggi menjadi punca sebab susah nak cari kerja.
Bukan nak menyusahkan suami sorang or lepas tangan kat suami je.
Justeru bah kan untuk meninggikan lagi martabat seorang lelaki.
Bila pompuan keje , kena pulak kalau dapat pangkat tinggi dari lelaki ,
jatuh la standart orang lelaki.
Anda mahu kah ???? Tak mahu kan ??? hehe
Saya pun taknak jadi camtu kat suami saya nanti. Ehem3 . heee :D
Kalau yang pangkat biasa-biasa atau rendah dari suami pun samalah.
Kadang-kadang kebusyan yang melanda gara-gara kerja office tak siap siap lagi.
(office la kunun2) dah tak sempat nak urus anak lah , apa lah.
Kalau yang pandai cari masa untuk keje dan family tu bagus lah.
Tapi... penat sendiri la kan? huwaaaa.. lalalalaaa Y_Y'
Allah...... dok umah kumpul pahala lg best lah !
Pastu khidmat dan bagi semangat kat suami untuk
keluar mncari rezeki dan nafkah yg halal. subahanallah ! <3
Pahala bertimbun-timbun dok tunggu kita. Hampa tak mau kaa???
aduhai sayang.... :')

*Geleng kepala dan tersenyum secomel comel nyaa ~ :')*
Lalu jari pun berhenti menaip... perut berbunyi plokk... hehe
Akhir kata...
Semoga Allah meredhai jalan ini dan melindungi
aku daripada fitnah dunia.
Ya Allah ampunilah aku di saat aku melakukan
sesuatu hal kerana mengharapkan balasan duniawi.
"Err.. Lapaq !! Nak pi makan dulu nohhh... Jom !"

wassalam....

MeNGUMPAT ??!

  • 0
SALAM MA'AL HIJRAH 1433 H.
Imam Al Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat :
  1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
  2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
  3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
  4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
  5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okey ea ? Muqaddimah je tu. hehe.
Err.. tapi ada kena mengena dengan topik kita pada kali ini ya.
Sebab tu berapa kali dah saya pesan , (cewah , mcm lah byk kali sgt. ahakss) =.='
Kalau tak suka habaq . Kalau meluat habaq .
Kalau annoyed habaq . Kalau ada tak puas hati habaq .
Kalau ada terasa hati habaq . Kalau ada apa-apa pun habaq !
Baru lah orang boleh tau .
Saya bukan ada kuasa physcic or pandai ilmu kasyaf sampai buleh baca fikiran orang lain .
Tak perlu lah nak kata - kata belakang or ngumpat . kan ? =.=' 
Just direct . Kalau tak berani nak direct depan-depan ,
berani pulak tanggung risiko kat akhirat nanti sebab ngutuk
and kata belakang-belakang tanpa pengetahuan orang yg di kata tuh ?
Dah kategori ngumpat tu ? !
Tau tak ngumpat (MENGUMPAT) tu ape ?
Okey fine ,
"Penerangan Mengumpat" Ehem3 !Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukanatau kekurangan seseorang kepada orang lain.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal danmenerima pembalasannya di akhirat kelak. Anda tahu itu kan ? huwaa ~ =.=
Jadi , tak perlunya nak kata belakang or ngumpat nih. Tambah saham dosa je.
Kalau betul pun orang tu memang buat salah betul ,
sekurang-kurangnya tegur kalau ada salah , betulkan kat mana silap nya . Boleh kan ?
Kalau tegur elok-elok , sopan-sopan , penuh hikmah , Allah... orang tak kisah aihh...
Orang nak marah balik pun jadi segan. Malu dengan kesalahan sendiri
meskipun disengajakan atau tidak. Tau tak ?
Saya tahu anda tahu itu . hehe kan ? Kalau tak tahu takpe , lepas ni kira tahu lah ye?
Okey lah . Dah penat menaip . (ececee.. macam banyak sangat je. padahal sikit jer)
Actually , tengah touching dengan someone neh.
Terdengar perbualan dia mengata saya belakang.
Dah tak kira ngumpat la kan , sebab saya dah dengar. Fuh! Selamatlah dia ya. hehe
By the way , i'll forgive u la my frend. Tapi kan lagi best kalau cakap depan depan .
Takde lah terasa habiss macam sekarang. :'( huk huk huk
Lagi terasa kata belakang daripada kata depan tau. huwaaaaa...!! ahh... FORGET IT !
Ouhh... hmm.. kepada kawan2 dan kenalan2 yang lain , saya mohon maaf
sekiranya saya ade terMENGATA BELAKANG or terMENGUMPAT ke , ape ke..
Kekadang tak sedor. hehe sama-samalah saling ingat mengingati ,
tegur menegur demi kebaikan.
Jadi , sempena Ma'al Hijrah 1433 nie , sama-samalah kita baiki diri kita masing-masing.
Yang tak elok jadi elok , yang tak pakai tudung , cuba-cuba lah pakai tudung.
Yang rasa macam tutup aurat tak sempurna lagi tu , belajarlah untuk sempurnakan.
Orang suka , Allah pun sayang ! ^^,
Yang jarang solat , rajin-rajinkan lah bersolat. 5 kali sehari je. Tak banyak pun.
Sekali 5 minit je , tak lama pun. Jangan risau lah , periuk nasi pun tak hangus aihh kalau di
tinggalkan hanya semata-mata nak solat . kan ?
Berhijrahlah ke arah lebih baik lillahi ta'ala. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan redhaNya.
Ameen Ya Rabb !


wassalam... ^_^

Mahu Tapi Malu . Bagaimanakah ?

  • 0

Setelah mendengar kata-kata nya...
SERIUSS!! Terasa agak banyak sedikit amat menyesal menyelubungi " ♥ " ini ~ :'(

| --> fuh! tunggang terbalik BM kuhh itu ~ =='
# takpe takpe .
abah kata KALAU MAU , KENA SUNGGUH-SUNGGUH !
mak cakap , KALAU DAH NAK , KENA USAHA !
Dan sahabat-sahabat pesan , JANGAN MALU,
MALU BIAR BERTEMPAT !
err... okey mak, okey abah dan sahabat2 yang di kasihi !
Izzah cuba ye. hmmm =='
Namun dalam hati tetap berkata,
"Hmm... macam mana nie , belum ada kekuatan.
Oh Allah ! :'( "
p/s : Pic tu di ambil masa kat Pantai Merdeka baru-baru ni . ^^,

"Ngulang wehhh !" [Khas buat para HAFIZ/HAFIZAH and whoever]

  • 1



Ehem2 , actually post nie lama dah. Tapi di sebabkan dapat aduan
(cewah ~ "aduan" la sgt) post entri ni tak boleh nak buka. So saya repost again keyh.
Dan edit-edit sikit apa yang patut. ^^,
Nak baca , baca...
Tak mau baca , sudah, tak yah baca pun tak pa, tak suruh pun!
Pi main jejauh nuhh . hehe memain jer... :p
~
~
~
~
~
~
Wacha!
-
-
-
Huwaaa... hari ni ngulang juzuk senang rasanya !
bukan ape, sebelum ni asyik ulang juzuk-juzuk depan je,
dok pikir juzuk yg belakang tu 'gampang' aja, (*gampang - senang*)
Saja lah hari ni kekonon nye nak ngulang juzuk yang di kata kan 'gampang' tu, =='
Baca punya baca...tak berhenti-henti. Surah pendek je rse nye,
tapi dok piker, awat tak habeh-habeh lagi ni, rasanya pendek ja surah nie,
bila nk habeh ni, dalam masa yang sama mulut dok baca, tapi otak piker,
"Bile nak habeh surah ni ? Awat panjang sangat ?" adess... *tak tawajuh langsung!
Lame bebenor ana bace. Last-last ana pun bukak la Quran,
di sebabkan hati dok berasa lain macam dah...
Tobat lahum salah nie ~ MASYAALLAH! Dah sah mmg salah! Allah....
Ini bukan kes tak ingat sebenarnye, ni kes baca ikut sedap mulut.
orang kata, baca tak pikiaq (ele, mashi sgt la konon2 nye tu )
aishhh... maneade maneade..! =='
Aduhai.... berdosa nya ana ya Allah...
Huh! rupa-rupanya aku melencong masuk surah lain...
Allahurobby! macam mana boleh jadi macam nihh?!
Ya Allah.... itu la yg dikata kan 'gampang'?
Surah pendek macam tu pun boleh melencong msuk surah ape tah yang kt juzuk depan,
patot la lame sangat nak habeh surah nye, SALAH rupenye! haishhhh insaf daku... =='
Itu surah lazim yang pendek-pendek? Yang panjang-panjang tuh?
Huh!! (berpeluh neh!) Waaa.... Ngulang-ngulang!!!
--> Allah....Nape malas sangat nie... :'(

Anda yang menghafaz Al Quran pun sure mesti pernah jadi macam tu en? kan3???? haa..btol la tu!
Sebab sahabat-sahabat saya pun ade je yang macam tu. Biasalah tu adat para huffaz.
Ini bukn apa, tiada niat untuk memalukan ataupun dimalukan
or pape je laa yang sama waktu dengannya...
Just sekadar untuk berkongsi... dan terutamanya mengingatkan diri sndiri
dan para hafiz/hafizah yg lain,
Ngulang la wei... huhuhuh.. sayang ouhhh!! nak dapatkan tu bukan main payah...
Pelbagai rintangan dilalui , juga memakan masa yg bertahun!
Bukan senang nak dapat kan 30 juzuk tu. Tapi nak lupa tu ,
amboihhhh! Kemain senang lagi ek.
Sekelip mata pun BOLEH ! Allah... musykilah kabiroh! isk3.... :'(
Lupa kalau tak dosa tak pa lah jugak. Masalahnya ni DOSA. Dosa besaq cek oi...
Sapa mau dosa? Habaq mai kt cek sat ?
Adooyai.. tidak di nafikan, memang bukan senang nak jaga kesemua 30 juzuk tu,
Juzuk 30,29 tu pun takyah cakap laa...
Dok ingat senang sangat, tu la yang tak lancar sgt tu.. takcaya? 'cuba try test' .
Saya tau la saya pun camtu lebih kurang jaaa...(pengakuan . hehe)
Kalau sapa yang mashi tu ALHMDULILLAH...! Doa-doa la bagi saya mashi macam anda jugak ea! Amin ya Rabb!
Hmmm, yang tu padahal dok baca tiap-tiap hari dalam solat...
Entah-entah salah jugak paa tu pun... cuma sedaq ngn tak sedaq ja...
ehhhh, maneade-maneade !
InsyaAllah tak... kot! ehhh.. yakin-yakin.. takleh 'kot-kot'! =='
Bukan apa, sebab time solat tu, otometik kita pikiaq jugak apa yang di baca,
So, bukan baca ikut sedap mulut laa... Mudah-mudahan laa...
Tu la orang kata, baca kena piker, kalau salah dosa wooo...
macam kita dok cakap la, main cakap ikut sedap mulut ja...
macam mulut takdak 'insurance'. memang nak kena pelempang free je nnti! taknok laaa... huhu


"Ingatlah kerana mulut badan binasa."
"Otak ada, guna! akai ada, pikiaq!"
Sapa yg pikiaq tu bguih la noh ,
Tapi yang tak pikiaq tu tak tau kt depa la, pi tanya depa sendiri la noh... heee :D
OKEY STOP ! Berbalik kepada topik , ehem3

Mak selalu pesan camnie ,
"Nak online, online jugak...tapi ngulang jangan lupa ye Izzah."

Pesanan ini saya share di sini , di bawa dan di tujukan khas pada :
'DIRI SENDIRI' terutamanya la kan sebab dah sememangnya.
Dan buat semua para huffaz yang gemar online macam saya nie... =='
Tak kira laki ke pompuan ke jantan ke betina ke... opss.. macam kasar pulak.
Pelan-pelan la noh... boleh nak baca deghaih (nada kuat) , tapi jangan kalut-kalut...

Eee... Pekat sungguh utagha saya kan...
takpa, ini pun kira macam nak improve jugak la...
Hampa paham ka, tak paham ka, bebuat paham dah la noh~ hee :D
Ngan family tak cakap cmnie auw, ngan orang tertentu jaaa...
bukan tak mau cakap, ada time tu, dia tak terkeluaq! takleh nak keluaq...
pasaipa pun tak tau , padahal mashi jer! hah.. cemana tu? camtu la...
Hampa ni kira beruntung la jadi org tertentu , hahh tak syok ka?! syok la..syok laa...
(beruntung ke? mcm tak jer) huahaa =='
Aahh!!! Saya ni suke melencong! not important la yang tu...

Berbalik pada topik tadi keyh, it most more important , to me la...
tak tau la kat hampa en...
haa..ade lagi, dulu kan saya selalu baca 'kalut',
sampai ustazah selalu kata,
"Kamu ni baca kalut-kalut nak pi mana? Quran tu tak lari la kalau baca pelan-pelan,
baca kalut-kalut lagi Quran lari kamu tau tak? Sebab tak tartil . ish3" =='
hehe... itu lah perkatan yang selalu di ungkapkan oleh ustazah saya ketika mendengar
bacaan ana yg 'kalut' itu... Masalahnye kalau baca kalut tapi BETUL takpa,
ini SALAH, tu yg pening tu.
Bila baca laju/kalut, otometik, tajwid tunggang langgang! makhroj pulak entah kemana...
Bila semua tu dah salah, MAKNA dalam ayat Quran tu pun otometik salah jugak,
Mana aci kita ja salah, depa pun nak salah jugak! Pasaipa?
Pasai kita baca salah laaa.. buat tanya bolei... haha =='
So, secara tak langsung dan tanpa kita sedar, kita dah mengubah makna dlm al Quran!
Tak ke dosa? uishhh...
Dah la baca laju, salah pulak tue, baca salah dah satu dosa,
tukaq makna lgi laaa dosa.. waaaa!!! Tidak !
Cepat lupa plak 1 hal, bila cepat lupa, kita lupa la quran...dah mai satu lgi dosa,
MASYAALLAH! NAUZUBILLAH... cek nak tnya nie,
baca Quran ni nk kumpul dosa ke pahala?? ish3
Orang nak pahala, kita dapat dosa kalau baca macam tu...
So sama-samalah kita berhati-hati dan menjaga bacaan dan hafazan kita yer...
Bukan apa, actually saya nie baca laju, mmg pesyen baca macam tu,
saya pun tak tau pasaipa la hai~ ==' tapi tak pa la, selalu baca cmtu time tengah MALAS! tu yg baca kalut semacam tu.
Ya Allah... Kenapalah ngan saya nie . Tobat laaa ! Takmo malas dah pehni... insyaAllah...
Haihhh... Alhamdulillah... syukron ustazah2 dan sahabiah2
yang sentiasa mengingatkan saya yang sering kealpaan ini...
Sekarang, kalau malas pun, ok dah sikit... SIKIT!
Sabaq sat... Sesikit lelame jadi bukit laa! kan3??? hehe
Tengah mengimprove bacaan la nie...
Pelan2... takmo kalut-kalut dah noh.. hehe ^^,

Okeylah... Tak larat type dah, saje boring-boring seno nye...
takde keje...memang begini lah jadi nya. :)
# Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata ,
tersengaja mengata atau apa2 je. harharhar ~ :p
Ini sekadar pengkongsian dan pesanan untuk anda dan diri sendiri terutamanya.
wassalam...