Pandangan Siapa Yang Penting ?

  • 0

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan rakan saya kepada saya ini :- ..

Keputusan yang patut kita ambil ialah,
langkah yang kita mula..
perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita..
bukan pandangan manusia..
kalau mengikut pandangan manusia semuanya tidak kena dan tidak sempurna,
kerana manusia memang tiada yg sempurna...
Iman shbt nabi pun senipis kulit bawang, apa lagi iman manusia biasa mcm kita nie...

Wallahu 'alam.

Aku Ingin Bergelar Solehah

  • 0
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah...



Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan aku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

(InsyaAllah... berikanlah kami (semua muslimah di muka bumi) ini kekuatan ya Allah... kami ini lemah... dan teramatlah memerlukan bimbingan yang sewajarnya. Sesungguhnya kami ini fitnah dunia yang boleh merosakkan segala isi alam ini, dan ada juga diantara kami yang bergelar hiasan dunia yg paling indah di bumi boleh menghiasi alam dan kehidupan insan yang bergelar khalifah di muka bumi di dunia dan di akhirat kelak, InsyaAllah... wallahu a'lam)

Sikap Wanita Yang Disenangi Lelaki



Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."


(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan

Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masingdan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelekkan hati.

03.Penuh pengertian


Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai


Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan


Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri


Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com =copy= semoga bermanfaat--- =)

Beza Cinta,Sayang,Minat Dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..hehe)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Yang selalu mendorong kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya... btol tak ea? tah la...)


Suka - Contohnya, Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya mood kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… =)

wallahu a'lam...

Seloka dari Ustazah Shafiyyah Bawazir tersayang!

Seloka 2007.. jom imbas blik kenangn lme.. utk plajr banat yg smpat bersme mghrungi perjalann hdup ustzh shofiyyh bawazir.. plajar banat 2007... ... seloka 2007

Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada semua budak asrama,
tidak dilupakan tuan pengetua,
dan juga penolong peribadinya.

Orangnya tegas bercelak mata,
walau tegas semua suka,
Ustaz Lutfhi empunya nama,
ayahanda kepada budak asrma.

Mukanya bujur berseri selalu,
datang ke asrma diikuti najwa,
orangnya peramah tidak pemalu,
itulah dia Puan Zarina,

Kesana kemari selalu bersama,
ketua penolong jawatan diberi,
menjalankan tugas dengan saksama,
siapa tak kenal Tini dan Puteri.

Orangnya kalut bernama Afiqah,
baru sikit mula nak gelabah,
Hanim pendiam kawannya Afiqah,
walau diuji dia tetap tabah.

Seorang pengacau seorang pembela,
Najwa Ahmad Lutfhi menjadi mangsa,
itulah die kerje Syafiqa,
Husna datang ceriakn suasana.

Setiap minggu mak datang berjumpa,
anak toke penjual laksa,
otak gila-gila memeningkan kepala,
Syairah Syazwani empunya nama.

Bila tidur tak ingt dunia,
borak di kelas tak ingt akhirat,
insan bernama Izzah dan Aida,
mulut dah penat bru nak rehat.

Makan roti tak henti2,
macam orang kemaruk nak mati,
Nurul Husna nama diberi,
Orangnya baik budi perkerti.

Rumahnya jauh 5 kaki,
jumpa kumbang jerit tak henti,
bila burdah nyaring sekali,
itulah Iliya.. anak Ustaz Lutfhi.

Menjerit2 itulah kerjanya,
meriuhkan suasana di asrma,
sapa tak kenal mereka berdua,
Iffah dan Dijah stu kepala,

Akhirul kalam penutup bicara,
ampun maaf kami pinta,
paling sensitif tentng bab terkena,
sebab susah nk cari idea.. heheh..

kenangn 2007 dgn ustazah yg tersayang..
USTAZAH SHOFIYYAH BAWAZIR..

HASIL NUKILAN DARI... SHOFIYYAH BAWAZIR..
KHAS UNTUK.. WARGA MAAHAD AT-TIN LILBANAT...

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

  • 0



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci dan tidak suka kerana menyakitinya. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.



Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Bidadari Tercantik


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).


Bidadari Syurga Pictures, Images and Photos


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanak
ah masa mudanya dihabiskan.


Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya yang bermaksud mata yang di redhai).

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar atau pergi.


Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah,maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempa
t yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang p
ertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
''Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbu
ka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut
. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....


Luahan dari Sahabat buat Sahabat

  • 0
Di hening pagi yg indah, saat mentari mula memancar, subhanallah, sungguh indah sekali ciptaan Allah di bumi yg luas ini. Sewaktu ku mengelamun sendirian, hati ku tergerak ingin membuka buku biru ku yg selalu ku tulis luahan 'kosong2', dengan perasaan yang agak sedih kerana akan meninggalkan teman2 ku di sini dalam masa yang terdekat ini, tiba2 ku terbaca satu luahan dari sahabatku untukku... bila tarikh nya wallahu a'lam, ku sendiri juga tidak tahu, tapi ku yakin, ia masih baru... Di sini aku ingin berkongsi dengan sahabat2 di luar sana apa yang telah 'dia' coretkan untukku... terima kasih! :

Maafkan ku kerana aku telah mencoretkan sesuatu tanpa keizinan dari mu wahai teman. Aku di sini ingin menyampaikan sesuatu tentang diriku yang aku pendam selama ini darimu...

Teman,
Apakah kau masih mengingati dan mengerti tentang apa sebenarnya ERTI PERSAHABATAN ?? Aku percaya kau pasti sudah fahaminya. Maafkan aku kerana aku bukanlah seorang sahabat yang baik, aku sedar aku juga bukanlah sahabat yang kau inginkan selama ini. Maafkan aku... selama ini aku senantiasa berdoa memohon kepada Allah yang mencipta sekalian alam, semoga aku di hadiahkan seorang sahabat yang baik, berhati mulia dan jujur ikhlas bersahabat denganku. Alhamdulillah, dan kini akhirnya Allah tunaikan permintaanku. Dengan kehadiranmu, telah merubah segala-galanya. Kau sering mengajarku erti kekuatan dalam hidup dan tentang-tentang islam. Aku kagum dengan dirimu, aku menjadi semakin berani dan bersemangat untuk aku harungi tiap-tiap liku perjalanan hidupku. Kau sering menasihatiku, Setiap kata-katamu adalah hikmah, dan segala2 nya berunsur hikmah yang sgt mendalam. Kau umpama buku panduan dan pelindung. Kau sanggup dan setia mendengar segala luahan, keluhan, kesakitan perjalanan liku2 hidupku dan kau sentiasa ada menemaniku tiap saat aku benar-benar memerlukanmu. Aku teramatlah menghargai, bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada dirimu atas semua itu. Aku tahu kau langsung tidak mengharap apa2 balasan dariku, justru kau seorang sahabat yg jujur dan ikhlas bersahabat denganku. Namun aku adalah manusia yg sangat dhoif dan alpa. Baru ku sedari, saat Dia menguji aku dengan perpisahanmu, terlalu sukar dan teramat sakit untuk ku menerima perpisahan dengan mu yang sementara ini. Kau sahabatku DUNIA AKHIRAT! Tapi aku sebagai manusia yang lemah, aku ingin kau senantiasa di sisi untuk menemaniku, namun aku harus sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan dan di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan. Di sini kau mengajarku tentang satu perkara, iaitu UKHUWAH, di mana ukhuwah itu tidak akan terputus sampai bila-bila meskipun di akhirat kelak. Biarpun terpisah jauh, aku terlalu menyayangimu hinggakan aku terlupa, kau berhak memilih jalan untuk masa depanmu sendiri. Kau ingin melanjutkan pelajaran dan menambah ilmu di dada bukan hanya di sini, tetapi banyak lagi tempat menuntut ilmu yang ingin kau tuju. Dan suatu hari nanti kita semua masing-masing akan bersuami, tidak mungkin kita begini selamanya. Namun ukhuwah tetap jelas di hati. Itulah yang kau sering katakan padaku dan takkan ku lupakan katamu itu. Ada tika berat hati ini menerima dan berpisah denganmu. Hari demi hari perpisahan itu kian hampir, dan aku rasa begitu hampir dengan kesunyian. Taip hari-hariku menjadi sayu kerana hadirnya perpisahan itu. 'La tahzan ya ukhti, Innallah ma'ana' , itu yang kau katakan pada ku sambil tersenyum saat kau lihat aku murung, namun ku tahu di sebalik senyumanmu itu terselit beribu kesedihan yang cuba kau sembunyikan dariku, demi menceriakan hari-hariku yang akan kau tinggalkan. Demi masa depanmu, aku harus merelakan dan redha. Aku memohon maaf jika seandainya aku pernah mengasarimu saat tidak ku sedari, seandainya ada kata-kata ku yg mengguris hati mu yg halus itu tanpa ku sedari, maafkan aku, maafkan aku, maafkanlah aku, Izzah!!! Wahai sahabatku, Izinkan aku meminta sesuatu darimu. Cuma ku mahukan UKHUWAH ini kekal hingga ke akhir hayat dan sampai ke syurga kelak dan di redhai oleh-Nya. InsyaAllah... Jika kau mengingatiku senyumlah selalu. Di sini juga ku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang paling baik untukku... Doakan kejayaanku kelak, kerana doa dari sahabat amatlah di perlukan... Jangan lupakan aku ye. Belajar rajin2, nanti kawen jangan lupa jemput tau. hehe... lagi satu, terima kasih sebab tolong aku buatkan furdah warna hitam, dan hadiah kan furdah warna cream dan putih and sepasang jubah berwarna hijau yg anggun sekali. Aku tiada apa untuk membalas nya, yang ku mampu hanyalah berterima kasih dan doa sahaja yg mampu ku utuskan untuk kejayaanmu itu. Halalkan semua ye. Sayang kamu selamanya!! sekian, wassalam... - Nur Arina Liyana 3692 -

THANKS YANA, aku begitu terharu saat membacanya dan tanpa ku sedari tiba2 menitis air mataku saat membaca nya. Namum cepat2 ku kesat air mata ku itu.
btw, indahnya ukhuwah kita! uniknye ukhuwah fillah! sayang kamu juga!! Ya ukhti Yana,
uhibbuki fillah .... i'll miss u my fren.. - Izzah 15192 -

Perempuan Bertudung Belum Tentu Baik ?

  • 0

Emmmm....Alahai....

Tak Jawab Salah....

Jawab Lak Takut Salah....

Kalu Diam Serba Salah......

Ok...Di Sini Nak Jelaskan Suspek Yg Dijadikan Bahan Undian Ini Ialah Dua Orang Wanita. Sorang Bertudung Dan Sorang Lagi Tak Bertudung...

Kita Jugak Mesti Jelas Bahawa Kedua Dua Suspek Kita Nie..Mempunyai Amalan Yang Sama Dari Sume Segi (Solat,Quran,Zikir,Doa Dll) Kecualinya Sorang Bertudung Dan Sorang Lagi Tak Bertudung.....

Kita Jugak Memang Selalu Mendengar Ayat Ayat Berbunyi Seperti Ini,"Ala..Saya Walaupun Tak Bertudung Tapi Saya Solat Jugak," Dan Macam Nie..,"Emmm Pompuan Bertudung Pun Belum Tentu Baik."

Sebenarnya...Kalu Nak Kasi Jawapan Banyak Laa...Tapi Saya Suka Beri Jawapan Dalam Bentuk Supaya Setiap Orang Bole Berfikir Sendiri....Jadik Tak La Sakit Hati Sangat...kan3? Hehehe..

Mula Mula Kita Main Jawapan Guna Konsep Matematik Dulu Yer...Sebab Sahabat2 Saya Banyak Para Pelajar Dan Orang Terpelajar...Kui..Kui..Kui.. (ye2 jerrr)

1) Sape Baik Bertudung Ke Tidak.....Guna La Formula Di Bawah Kikiki...

Kalu Tak Pakai Tudung Berdosa Ke Tidak?????

Jawapannya = Berdosa

Kalu Berdosa Masuk Dalam Syurga Ker Neraka?????

Jawapannya = Neraka

Kalu Masuk Neraka Orang Buat Baik Ker Buat Jahat????

Jawapannya = Malas La...Kasi Tau, Lu FiKir La SenDiri!!!


Bagus Kita Sambung Belajar Lagi Yer....

2)Pompuan Bertudung Tak Semestinya Baik....Ha..Ha..Ha.. Yang Ni Sambil Nak Pi Solat Tadi Saya Dapat Jawapan. Soalan Cam Ni Kalu Kita Ubah Sifatnya Soalan Ni...Baru La Ramai Orang Nampak Jawapannya...

Contohnya....

Ala Kalu Pakai Tudung Pun Belum Tentu Baik...Lagi Labuh Pakai Pun Belum Tentu Baik Jugak. Kuikuikui...

So Kalu Ubah Sifat Soklan Tu Camni =

Ala Kalu Makan Nasi Pun Belum Tentu Kenyang...Lagi Banyak Makan Pun Belum Tentu Kenyang Jugak. Kuikuikui...

Ramai Betui Yg Makan Nasi Tak Kenyang Kenyang Yer...Yg Hairannya Yang Tak Makan Nasi Tu Lak Bole Kenyang...Ajaib Ajaib...Kuikuikui..

Ok Pelajaran Seterusnya..

3)Saya Pun Solat Jugak......Kih..Kih..Kih..

Allah berfirman, Sesungguhnya Solat Tu Mencegah Fasakh(Penyakit Hati Cam Mengumpat) Dan Mungkar(Dosa Zahir Cam Mencuri)

Jadik Kalau Still Solat Tapi Tak Pakai Tudung.....Ade Masalah La Ngan Solat Tu...Sebab Tak Pakai Tudung Ni Satu Jenis Bentuk Kemungkaran. Tu Ayat Quran Yg Kata Solat Cegah Fasakh Dan Mungkar Tu....

Takpe2 Saya Kasi Lagi Perumpamaan... Sebab Saya Memang Suka Orang Selesaikan Masalah Ngan Berfikir...Pakai Akal Sebab Anugerah Allah Pada Kita Paling Tinggi Akal Laa...Suruh Berfikir...Ahaks...

Ok..Camni Laa..Katakan La...Kat Umah Ade Astro. Satu Hari Tak Dapat Siaran Tapi Jiran Sebelah Molek Ade Jer Siaran Astro. Rumah Kita Jer Tak Dapat Siaran. So Nak Salahkan Sape..???

Nak Salahkan Astro Tak Leh La Sebab Rumah Orang Lain Ok Jer. Jadik Kita Kena Check La Balik Ehwal Kita Sendiri. Piring Astro Kita Senget Ker. Decoder Kita Rosak Ker. Simcard Kita Rosak Ker. Ataupun Paling Worst Skali Kita Tak Bayar Bil Lagi..Kui..Kui..Kui..

Tapi Yang Pasti Sume Salah Ade Kat Kita....Cam Jugak Solat..Kalu Kita Solat Tapi Perkara Mungkar Dan Fasakh Masih Berlaku Kat Diri, Kita So Kita Kena Check Balik Diri Kita Dari Bab Angkat Hadas Lagi.

Kalu Angkat Hadas Tak Betul Wuduk Tak Sah La...Kalu Wuduk Tak Sah Maka Solat Tak Sah...

Kalu Solat Tak Sah Maka Solat Tu Takleh La Cegah Fasakh Dan Mungkar. Termasuk La Bacaan Fatihah Kena Betul Kerna Ia Salah Satu Rukun.Tak Betul Fatihah Solat Pun Tak Sah.

Emmmm Jadik Kita Sume Kena Fikir Laa....Sebenarnya Pada Pandangan Hamba Yang Berdosa Nie...Sume Orang Baik..Tadak Orang Yang Jahat. Yang Jahat Dan Tak Baik Ade Sekor Jer...Setan Namanya.Then Kawannya Nafsu.

Allah berfirman 'Sesungguhnya Syaitan Tu Musuh Yang Nyata Bagi Kamu"

So Musuh Kita Setan Bukan Manusia......Manusia Yang Tak Amal Agama Kita Kena Jumpa Dengan Perasaan Kasih Sayang..Tak Bole Marah Marah, Tak Bole Hantam Hantam.

Kita Bukan Baik Cam Nabi Musa Dan Mereka Bukan Jahat Cam Firaun. Sedangkan Musa A.S Allah Perintah Beri Nasihat Pada Firaun Tapi Dengan Lemah Lembut Sedangkan Musa A.S Nabi Yang Garang Dan Firaun Mmg Dah Melampau Sesangat.

Mungkin Kita Yang Bertudung Dan Berseluar Panjang Hari Ni Kerna Mak Ayah Kita Dinasihati Oleh Orang Yang Baik Hati Dulu.

"WAHAI ALLAH AMPUNI LA UMAT INI DAN HAMBA YG BERDOSA INI KERNA KETIDAK UPAYAAN HAMBA MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DENGAN HIKMAH."

"Ajak La Pada Kebaikan dengan kasih sayang "

10 Tanda Wajib Kahwin



10 tanda wajib kahwin

Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.

Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin.


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.

"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)


Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.


Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.


Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.


Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.


2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.


3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31


Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.


ALLAH berfirman:

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72


5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:


"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.


Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:


"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.


Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.


6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14


Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.


Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.


ALLAH berfirman:

"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189


8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.


Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:


"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.


Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.


10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.


Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Jadi kepada siapa2 yg mampu... kawen lah cepat2 yer... sempurnakanlah sebahagian drpd ibadah kalian... wallahu a'lam...