Salam Aidilfitri ~ ^__^

  • 0


*ana pun tak tahu la knp post jdi puteh2 gitu ,dah ejas byk kali dah... tp tak jadi jugakk.. tak faham benorr... adooyai ~ ==' kalo nk bace HIGHLIGHT kan tulisan yg jdi putih2 tu eaaa...
kalau nk bace laa.. kalau taknak yo wes lahh...
arek piye menehh.. yo orak opo lahhh... hehe :D


Pejam celik , pejam celik ~
Bulan Ramadhan yang di tabalkan Allah sebagai bulan mulia dari 1000 bulan
dah hampir ke penghujung... esok raya !! insyaAllah...
Makin lemau , lebam dan suram aktiviti amalan dan ibadat yg di usahakan...
Allah ~ sedihnyaaa bulan Ramadhan yg mulia ni dah nak meninggalkan kita...
Rasa sekejap sgt!! Tak puas... Allah ~


Walau bagaimanapun ramadhan kita tak boleh nk sekat daripada ia pergi...
Tapi amalan setiap hari dalam bulan ni kita boleh amal di bulan2 lain... insyaAllah ,renung2kan ~
Jangan time bulan ramadhan je jadik "ust" "ustzh" , bulan lain ??hmmm.. pandai2 la, maleh cakap byk dah... semua dah pandai piker kot , kan2? hehe
(bukan korang je , ana pun same laaa! haihh ==' )

Anyway , mood HARI RAYA semakin mengganas dalam minda dan jiwa!
Pusat membeli belah penuh manjang ~ huh!
Tempat parking kereta tak pernah lenggang...
Memang kuat sungguh penangan 1 Syawal ni kan ?

Makan plk, bila raya ni , paling sinonim rendang , ketupat , nasi impit , kuih raya yg berbagai jenis dan warna yg enak-enak.. masyaAllah ~ hahaha terliur plk... takpa esok kita makan nohh~
tapi , jgn lah berlebih-lebihan... bahaya, kolestrol kot ~ isk3 0_o'
Mentang2 puasa sebulan penuh , mai 1 Syawal hantam ckup2 nohh , rilex2...
Utamakan kesihatan anda... Ingatlah orang yg tersyg... ehehe

Kepada yg pulang beraya ke kampung halaman, hati2 memandu...
msti besh ann...
Sedih sikit taun ni , tak dapat balik Selangor ~
waaaa... embah lanang , embah wedok , paman2 , acik2,
wak2 , sepupupapat yg comel2... rindu !!
dah la payah nk jumpaaa... haihh~ =(
Takde rezeki nak balik taun ni , insyaAllah tahun depan... kalau panjang umur..
Duit raye tu simpan taun depan ekk ~ QODO' (bleh plk ye qodo' duit raye!) ahakss :D


Ya Allah bulan ramadhan yg mulia ini telah meninggalkan kami ,
Ampunkan lah dosa-dosa kami , sedekah kami dan amalan2 yg kami lakukan moga di terima,
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat ramadhan akan datang insyaAllah... amin ya rabb !


Apa-apa pun di sini ana ingin mengucapkan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir je Batin tak yah... ==' lalalala
~
Ahaksss..gurau jer.. seandainya ada salah dan silap , mohon di maafkan yer ~ ^__^
Kullu a'm wa antum bikhair ~ ^__^

psssstt!! DUIT RAYA jangan lupa auww ~ !! ^__^ hehehehehe



Adab Bertunang

  • 0

Seseorang pernah bermimpi melihat Bisyr Al Hafi dan Al Iman Ahmad Ibnu Hanbal. Ketika melihat Bisyr Al Hafi , beliau berkata kepadanya,
"Bagaimanakah keadaanmu ?" Beliau menjawab ,
"Allah meletakkanku di kalangan orang yang tinggi martabatnya. Allah memberikan syurga untukku."
Beliau di tanya lagi , "Di manakah Al Iman Ahmad ?"
Beliau terus mengangkat kepalanya , mengangkatnya lagi dan seterusnya sehinggalah serbannya jatuh ke belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.
Beliau di tanya , "Kenapakah Imam Al Ahmad mengatasi mu ?"
Lalu dia menjawab , "Al Iman berkahwin dan melakukan sunnah Rosulullah sedangkan aku tidak berkahwin , beliau di kurniakan anak lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan , maka beliau pun mendapat kebaikan mereka di dalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya. Dia telah di uji pada jalan Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak melakukannya. Beliau melebihiku 3 perkara ini."

Kita menentang orang-orang baik yang tidak berkahwin dengan menyangkakan dia tidak mampu melakukannya sedangkan dia terpelihara pada hal agamanya. Pada masa yang sama kita tidak menyangkanya sebagai perkara khusus baginya. Tidak ada ciri-ciri kependetaan di dalam Islam.

Adakah kamu perlu berkahwin ?
Pada asasnya adalah perlu selagi mana kamu memerlukannya.

Siapa yang kamu kahwini ?
Telah di sebut di dalam hadis nabi : "pilihlah pada agamanya , maka beruntunglah kamu." Kamu berhak memilih seseorang yang layak denganmu pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi pilihlah pada agamanya , makan kamu akan bahagia dan beruntung !

Kenapa kamu berkahwin ?
Dengan niat yang baik.

Bagaimanakah kamu berkahwin ?
Selepas di adakah pemilihan mencari pasangan yg sesuai , setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa berduaan , begitu juga dengan persetujuannya , maka di sunatkan bertunang (khitbah). Iaitu orang yg hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali wanita tersebut. Mereka mengadakan majlis yg di hadiri oleh sesiapa sahaja yg di kehendaki dari orang-orang Islam. Maka pengerusi majlis itu sama orang yg hendak berkahwin atau wakilnya memuji-muji Allah ta'ala. Inilah perkara sunnah yg telah di lupakan ketika majlis pertunangan. Dia memuji Allah ta'ala serta berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w . Dia juga berwasiat kepada hadirin untuk bertaqwa kepada Allah swt serta menyebut hajatnya untuk berkahwin. Adab sebegini telah pupus dalam asas pembinaan rumah tangga. Telah di sebutkan memperbaiki niat , iaitu memperbetulkan niat dan tujuannya. Supaya menjadikan tatacaranya mengikut nabi s.a.w. Seterusnya meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang. Di sunatkan juga pada walinya memuji-muji Allah ta'ala dan berselawat ke atas Nabi s.a.w dan berpesan kepada hadirin bertakwa kepada Allah serta menerima lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yg di redhaiNya.
Jika ianya anak dara maka perlulah mendapatkan izin darinya. Tetapi jika ia adalah janda maka wajib baginya. Ini adalah dari pihak yg melamarnya. Jika lamarannya di terima , maka beritahu kepada mereka bahawa ianya di terima serta berdoa kpd Allah , Allah telah memuliakan kamu kerana menjalankan sunah-sunah baik yang di ajarkan oleh orang2 terdahulu dan para ulama'. Lalu menutup majlis dengan bacaan Al Fatihah...

Tenanglah Hati ~

  • 0

Setiap hari kita ketawa.

Setiap hari kita jumpa kawan.

Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.

Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nakmakbul? Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."

Apa masalah kita?

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.

Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.

Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nakmakbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...

Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?

Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur?Hmm... entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?

Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.

Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.

Betapa Allah muliakan kejadian manusia.

Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...

Wahai Sang Hati...

Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?

Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.

Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.

Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.

Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.