"Tiada Cinta Sebelum Kahwin"

  • 0

Kalau suka , jumpalah ibu bapa . Sayangnya tiada yang berani , tanda tak bersedia.
Nak kenal hati budi dulu lah , apa lah , berbagai2 alasan !
Kalau tak sedia , kenapa nak bercinta ? Bukankah itu pintu zina semata-mata ?
Nauzubillah !! Aku hanya mampu menjaga maruah ku sebagai
seorang muslimah di akhir zaman ini dengan sebuah prinsip dan ketegasan ~ !
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri , menepis dugaan cinta lelaki...
Melainkan pada sebuah prinsip yg merantai diri...
"Tiada Cinta Sebelum Kahwin" !

Cinta hanya untuk suami , tidak akan ku kongsi ! 
Ya , INI PRINSIPKU !!
Melainkan cinta pada Allah dan Rosul , keluarga tercinta dan sahabiah2 yang yg di kasihi...
Saya cinta dan sayang kalian lillahi ta'ala.. dan saya harap ukhuwah kita akan 
terus kekal selama-lamanya... Amin ya Rabb ~ !!

Mana saya dapat istilah tu ?
Saya dapat dari karya seorang muslimah yang saya kagumi iaitu Fatimah Syarha.
Dalam buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN ROSUL.
Maka dari situ juga saya mendapat kekuatan itu...
Alhamdulillah... :)

Diriku ingin menjadi seperti seorang muslimah yg tidak pernah bercinta dengan
mana-mana lelaki yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapatkan cinta nya , 
kasih sayangnya , rindu nya dan mcm2 lagi yg sama waktu dengannya.
 Cintanya di simpan rapi hanya untuk suami nya , tidak kiralah walau siapapun suami nya kelak ,
 kerana hanya suaminya sahaja yg LAYAK dan HALAL untuk di cintai dan mencintai , 
di sayangi dan menyanyangi lillahi taa'la! Lelaki ajnabi selain dari suami nya , tidak layak, 
melainkan atas dasar sebagai saudara seagama , tidak lebih dari tu. 
Dan dia juga mengharap untuk mendapat suami yg juga tidak pernah bercinta dengan 
mana2 wanita yg tidak layak untuk di cintai. Bah kan , perasaannya itu di simpan rapi untuk
 isterinya , tidak kita siapapun isteri nya kelak . Kerana cintanya , kasih syg nya hanya untuk isterinya .
Hanya isterinya sahaja yg layak , wanita lain , tidak layak ! Mampukah aku ????
Subhanallah ~

Namun tidak ku nafikan , dugaan hati sentiasa hadir tak kunjung tiba menduga hatiku ,
hinggakan diriku terasa hanyut dengan rasa cinta yg tidak pasti ini
 dan juga merosakkan iman ku yg lemah.... Namun hati ini bukan milikku , tetapi milik
Allah maha pencipta sekalian alam...
Ku juga tahu , Allah sedang mengujiku...
Allah ~ Kuatkan aku ! Sungguh , aku hanya wanita yg lemah ,
adakalanya tewas melawan nafsu dek kerana nipisnya akalku ini. Astaghfirullah ~ ! =.='

Sememangnya cinta yg datang di lubuk hati itu fitrah. 
Namun apabila ia di susuli dengan tindak tanduk yg kurang enak ,
 ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah swt sgt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan 
perkahwinan. Justeru , untuk apa saya menikmati cinta sebelum nikah ? 
Saya bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Hilang barokah, hilanglah kemanisan. 
Di manakah nikmat nya ?? *sambil tersenyum tawar*

Subhanallah... namun , ada yang mengatakan saya seorang yg EGO ! Allahurobby...~ =='
Ya benar , tidak di nafikan , saya memang EGO , terlalu tinggi sifat EGO saya...
Meskipun begitu , dgn sifat ego itu lah saya mendapat kekuatan
untuk mengekal kan prinsip saya... Biiznillah....~ ^__^

Untuk apa prinsip ini ?
Ianya kerana ana tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu.
Maka , saya berkongsi dgn sahabat yg lain...
Jadi mari sama2 kita menguatkan prinsip kita sebagai
"MUSLIMAH SOLEHAH" yg HEBAT !!
Saya taknak sorang2 , jadi saya nak ajak2 sahabiah2 saya yg lain juga ~ :)
We can ! We'll must try to be a "MUSLIMAH SOLEHAH HEBAT" together !
Masuk JANNAH pun together2 ea sayang... ~ ^__^

pssttt : -rosak B.I kuuhhh- =='
hantam saja bhaaa... *kidding* hihihihi :P

Kelebihan Menghafaz AlQuran ~ :)

  • 1

Keutamaan Mengahafal Al-qur’an
Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal 
al Quran seperti yang digambarkan di bawah.

1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia.” 
Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: 
“Siapakah mereka itu wahai Rasulullah." Baginda menjawab:
 “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran 
dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah 
dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda, 
Di akhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, 
“Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti 
engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. 
Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w
 “Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
 “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”

4. MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERARTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w
“Dari Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
 “Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang 
sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak 
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan 
Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SiKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” Dari Abdullah Bin Mas’ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: 
"Bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. 
Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”

6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“Dari Ibnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; 
“yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”

7. DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua 
orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?”
 apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, 
maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”

8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, 
“Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah 
akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 
sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.”

9. PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: 
“orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;
 “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.”
 Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu 
di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia.” 
Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” 
Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”

10. HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; 
“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa 
sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.

11. ORANG TUA MEMPEROLEH PAHALA KHUSUS JIKA 
ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar 
Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui 
penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud 
seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata; 
“saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah 
hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap 
pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu 
pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di 
beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, 
serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya
diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh 
penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: 
“kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, 
“kerana anakmu hafal Al Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, 
“bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.”
 Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)

12. AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
 jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. 
Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas,
 dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal 
Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.

Doa Buat Sahabat ~

  • 0

Ya Allah...

Sahabat buat hati gembira ,
Mesra kami penawar duka ,
Rindu kami menambah rasa ,
Rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah...
Silaturrahim kami "Ukhuwah Fillah " !
Bermusuh kami "Nau'zubillah" !
Berpisah mati "InsyaAllah" ...
Pengubat hati Doa Rabithah .

Ya Allah ...
Rahmati kami meniti usia ,
Terpisah kami di alam nyata ,
Temukan kami di taman syurga...

Amin ya rabb !!

♥ ^____^

Puisi Buat Sahabat ♥


Duhai Hati....
Hatiku ini sudah lama tidak berperasaan,
Kering kemarau dan mungkin berhabuk,
Yg ada sudah pergi,
Yg tiada makin menghilang,
Yg di sisi belum tentu memahami,
Yg memahami belum tentu mendengar,
Yg mendengar belum tentu merasai...
Diri yang merasai,
Segalanya perlu di telan,
Biar pahit, biar keras, biar kelat,
Namun amat berguna,
Agar diri menjadi lebih kuat....

Kadang2 kita perlu meluahkan,
Kerana kebisuan sukar di tafsir,Pandangan sukar di mengertikan..
Tanpa insan bernama SAHABAT...
DIRI INI LEMAH !
Uniknye UKHUWAH KAMI ♥
Indahnya UKHUWAH FILLAH ♥ ^_^


Aku di uji ?

  • 0
"Apakah manusia itu mengira bahawamereka dibiarkan saja mengatakan :
"Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidakmengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


p/s:

(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

wallahu a'lam... =)

Pesan MAK ~!

Mak selalu pesan :
Kalau yang dah datang tu di yakini AGAMA nya , KEMAMPUAN nya...
kenapa mesti ragu untuk menerima ? soal hati dan perasaan?
Hati dan perasaan insyaAllah boleh di pupuk.
Kalau yg baik dah dtg , kemudian di tolak ,
takut kemudian hari nya datang yg tak baik pulak.
kan ke rugi ? Allah dah hantar yg elok di tolak...
Semua mahukan yg terbaik.
InsyaAllah kalau kita baik , pasangan kita pasti baik !
Kita hanya mampu mengatur , merancang dan menginginkan yg terbaik lalu Allah lah yg menetukan segala nya...
Anugerah Allah itu tersangatlah indah ~ ♥
subhanallah !!!

"Jika kamu telah dtg kepadamu dengan seorang INSAN ,
Yg kmu psti bleh mmbawa KEBAIKAN kepada dirimu ,
MENYAYANGIMU ,MENGASIHIMU,MENCINTAIMU,MENDIDIK dan MEMIMPINMU, Mngapa kmu berlengah lagi?
Adakah kamu cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
atau terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI,
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kmu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..."

Siapa yg berjaya mengambil hati dan redha org tua ku , maka berjayalah mengambil hatiku ~ kerana redha Allah tergantung pada redha org tua sebelum aku di ijabkabul kan. maka setelah di ijabkabul, redha Allah tergntung pada redha insan bernama suami , yakni suami yg di redhai Allah dan keluarga tercinta ! biiznillah ~ ... ^__^

Segan ~ ! =='

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,

dari membuka kitab Allah, dan dari study.


Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,

dari melangkah ke masjid.


Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,

yang menyeronokkan jiwa,

berbanding mendengar ayat-ayat Allah.


Terasa segan,

bila ditimpa masalah atau musibah,

terus mencari manusia untuk mengadu,

bukannya DIA.


Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,

bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.


Bila dititipkan harapan,

Lebih mengikut kata hati,

Lebih menyebelahi kata nafsu,

Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,

Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.


Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia

Dari mencari Ilahi,

Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.


Segan dengan Dia yang Maha Melihat,

Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,

Segan dengan Dia yang Maha Memahami.


Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,

Terasa bersalah dengan Dia.


Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.

Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.

Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?


Oh, sebab diri ditaraf hamba,

Hamba yang sering leka dengan dunia,

Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.


Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.

Ish, dah tahu rupanya begitu.

Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?


Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.

Diri adalah hamba, ditaraf hamba.

Yang di bawah dan yang terhina.


Tapi, kalau diri mengakui beriman,

sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.

Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.

Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.


Jadi,

Kalau terasa segan, bersyukurlah.

Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.

Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.


Allah sebenarnya tengah bagi peluang,

Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.


Gunakan kesempatan yang ada,

Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?


Kulit Cerah vs Kulit Jernih

  • 0

Krim pemutih, pencerah, facial dan seantaranya utk wajah mungkin dapat memutihkan kulit muka dan mencerahkan, tetapi ternyata gagal MENJERNIHKAN.

Sebab FORMULA wajah yang JERNIH :
Hafaz al-Quran dan mengamalkannya.
Baca al-Quran lalu menyampaikannya.
Tadabbur al-Quran.
Kesan wudhu' yang kerap.

Walaupun orang itu gelap kulitnya, tapi bila beliau ada ciri2 ini..,
Sejuk mata memandang sebab jernihnya air wajah... subhanallah ~
Jadi jangan risau yang berkulit gelap, anda ada caranya yang lebih baik dari krim pencerah , cayalahhhh ~ ^_^

Selalu kite tgk , artis KOREA lawa-lawa, putih gebu, comei molek ~!
Tak perlu lah nak wajah hebat macam artis2 korea tu. =)
Guna formula yang ada, disusuli dengan selawat byk2 kepada Nabi ketika basuh muka...
InsyaAllah berseri2 wajah, jernih pada pandangan Allah...
Jernih pada pandangan manusia dan seluruh alam. subhanallah ~
Amacam ? Caye ark ? Tak caye ? Jom arr try ! hehe

wallahu a'lam... ^__^

sumber : dr shbt fb

TAK NAK "Lelaki Ini" ?

Hakikat sebenarnya seorang lelaki yang wanita TAKNAK jadikan suami:

1. Tak berpendidikan tinggi = orang taknak

2. Ada sijil dan ijazah tapi tak ada kerjaya = orang taknak

3. Ada agama tapi tak ada kerja = orang tanak

4. Ada kerja tapi gaji ciput sekadar dapat makan megi je = orang tanak

5. Ada rupa tapi tade kerjaya = orang tanak

6. Tade rupa, tade harta = orang tanak

7. Ada ilmu, tade kerjaya = orang tanak

8. Ada impian tapi tade usaha = orang tanak

9. Ada pakaian segak, tapi tade duit = orang tanak

10. Ada segalanya tapi tade duit = orang tanak

11. Tade duit = orang mmg tanak.

12. Ada cinta, ada kasih, ada sayang tapi tade duit dan kerja = orang tanak..sekadar wat jadi pakwe main2 tu blehlah..tp utk serius sorry no..

13. Ada ayat power, tapi tade duit nak masuk minang pun = orang tanak. Mertua pun tanak.

14. Tade duit nak topup pun nak mesej calon isteri apatah lagi nak beli umah dan kereta = orang tanak.

15. Gagal memberikan jaminan hidup pada bakal pasangan = orang lagi la taknak. Wek..

p/s: kenyataan hidup sebenar di alam realiti. Adik2 yang duk syiok kapel or cintan cintun di alam persekolahan atau di ipt2 tu pahamilah ek kenyataan sebenor. Yang duk angan2 nk minang awek2 cun..anak dara org tu pun sama..piker2lah ayat2 di atas.

Aisehhhh !! tuleh tak habeh lagi mcm2 komen.. sabaq la sat ~ aduhaiii... =='

Zaman skrg ni , bukan nak kata apa la kan...
mmg kebanyakkan semua nya kena DUIT !
hatta nk berak sekali pun kena duit . Allah ~
That's why la perempuan msti nak laki yg berduit . Betol tak ??!
I say Yes! mmg tak di nafikan.. ~ ngeeee... (tapi kite bukn MATA DUITAN okeyyy !)
Sbb benda tu PERLU untuk zaman skrg yg kian pesat dan bertmbh maksiat tak kurang juga yg beribadat !
Ianya keperluan untuk hidup. Dan menjalani kehidupan adalah ibadah.
Klu takde duit , nk gi umrah , haji , nikah , zakat , sedekah dan laen2 lgi camner ?

Kalau tak mampu jugak lain cerita lah. Memang rezeki Allah bagi , kita takde hak nak pertikai...
Tapi Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka berusaha untuk merubahnya. wallahu a'lam.

So , kalau nk kaya , nak ada duit , dok saje je ek ?
Takpe , dok saje2 pun Allah hantar duit... kan ? cehhhh ! =='
Allah tak lihat pd hasil kita , tapi lihat pada usaha dan kesungguhan kita dalam bersungguh2 melakukan sesuatu ~
Pandai2 lah piker sendiri , malas ckp banyak dah... right ?
Dia nak bagi rezeki atau tidak , terserah , yg penting kita dah berusaha, berdoa , tawakkal...
Klu dah berusaha tapi tak kaya2 jgk , mungkin Allah dah sediakan yg lebih baik untuk anda . ^__^
bersangka baiklah dengan apa yg Allah beri. Dia tak bagi apa yg kita nak , tapi Dia akan bagi apa yg kita perlu.
Kerana Dia lebih mengetahui keperluan kita...

Orang lelaki sekarang runsing juga bile piker nk nikah nie... Yelah, org perempuan tak pandang laki tak berDUIT kononnya ~ =='
Mahar nya tinggi sgt , takde rumah lagi , belum ada kerja tetap .... dan mcm2 lagi lah...
Syarat nak kwen pun haruslah BERKEMAMPUAN dari segi nafkah zahir batin, ilmu didikan dan sebagainya.
Kalau dah tau tak mampu tu , usaha lah bagi mampu dulu. InsyaAllah , niat lillahi ta'ala.. Allah permudahkan !
Pastu bila org takmau , mula la kata memilih la , mata duitan la... mcm2! =='
Padahal diri sendiri yang buat pasai ~

Tak semua wanita mcm tu okey ? Tolonglah faham... aduhai ~ =='

So , try to 'Husnul Zhon' dengan fitrah wanita yg menginginkan kebahagian dunia akhirat dan juga bimbingan dari imam nya yg SOLEH...
Bila ada nya laki soleh yg mendidik , memimpin dgn baik , baru lah akan ada dan terdidik nya wanita solehah ~ kan ?
Then bila dah sama2 soleh dan solehah ,
zuriat2 pula insyaAllah akan menjadi soleh dan solehah atas didikan org tua yg soleh dan solehah ~ biiznillah ! ~
maka , menjadilah sebuah keluarga yg di redhai dan di berkati olehNya...
Keluarga sakinah.... subhanallah...

~ Apa erti SAKINAH ? Sakinah = Ketenangan dan ketenteraman jiwa...
byk lagi pengertian dalam AlQuran. Belek , baca dan fahami lah kalam Allah itu ~ ^__^

wallahu a'lam...

*pesanan terakhir ~
Kalau nak murah rezeki , byk duit....
jgn lupe amalkan DUIT okey ~!!!

D = DOA
U = USAHA
I = ISTIQOMAH
T = TAWAKKALTU 'ALALLAH ~


wallahu a'lam... semoga bermanfaat..

sumber : separuh dr shbt di fb , separuh hantam sndiri2.. hek5 =='

Konsep Nikah "5K"

Konsep 5K cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup yg Islami:

1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yg betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.

2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.

4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan.

5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)

sumber : dari shbt di FB , semoga bermanfaat ~ ^_^