Bukan Poligami je Sunnah , Setia Juga Sunnah dan pengorbanan ~ :)

  • 0

Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?

Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.

Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.


Bukti al-Quran: Firman Allah Surah Aali 'Imran (3):40 yang bermaksud:

Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:

(Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.



Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.



Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:
Setialah pada pasangan anda. Sabarlah.
Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.


Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.

*credit to : Selamattinggal



Haha :D

  • 0

Cuba gi kat Google Translate .
Pastu tulis perkataan ini "perodua kelisa and perodua kancil"

Jawapannya amat MEMBANGGAKAN ~ heee :D

Peta Kehidupan Manusia [Gambar]


*Klik untuk besarkan gambar...
Sekadar renungan bersama... :)

Sungguh , Allah Maha Adil ! ~ ♥


Saydatina Aisyah r.a berkata , "Aku bertanya pada Rasulullah ,
siapakah yang lebih besar hak nya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW , "Ibunya."
Kalau lelaki , jika di takdirkan 4 orang isteri , dalam syara' tidak boleh lebih.
Bermakna hanya 4 orang wanita yang syurganya pd seorang lelaki itu.

Seandainya wanita , jika di kurniakan 10 org anak lelaki ,
dan kalau ada rezeki , InsyaAllah boleh lebih lagi ~ hehe Subhanallah !
Bererti 10 orang yang syurganya terletak pd seorang wanita itu.

Subhanallah ! Sungguh , Allah itu Maha Adil. ♥ :)

p/s : eee... syok nya jadi pompuan ! Alhamdulillah...
Orang pompuan mudah masuk syurga , tapi
kenapa Rasulullah cakap orang pompuan yang ramai masuk neraka?
Memang senang nak masuk syurga ,

1 ) Taat perintah Allah
2) Taat suami
3) Jaga solat
4) Jaga faraj
"masuklah mana2 pintu syurga yang kamu nak masuk ! "
(bak kata ust. kazim , tp kitab kata , dia cuma menyampaikan , ana?? cuma meniru ~) hehe T_T
mcm senang je kan. tapi zaman skrg ni ,
nak istiqomah 4 benda tu lah yang payah.

Errr... Payah sangat ke ?? Hmm... InsyaAllah I can and i'll try my best !

hmmm... fikir2 kan lah.... =='
WALLAHU A'LAM

Apa pun takdak...


Dia hanya inginkan yang wanita berpelajaran...
Yang bereducation tinggi...
Aku apa ada ????
Apa pun takde !
Sungguh , aku tak layak.

sad...sad...sad...

*terasa seperti diri ini beban...
Oh Allah...!

motif : takde ape pun. saje melepaskan apa yang tidak terlepas. huk4 =='

Jodoh ada di Tahajjud mu ~

  • 0

Rata-rata saya baca di facebook , semua membincangkan soal jodoh lah , nak kawen lah dan sebagainya. Saya pun sama lahh! hahaha teeettt *pang! =.='
Kadang kadang rasa muak juga , tapi takpe , tak meluat pun ~ weeee :D

Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) untuk berubah
menjadi solehah sedikit demi sedikit...

Jadi mengapa harus gelisah dan putus asa ?
Dengan berkata "Aku tidak layak untuk mendapat dia yg soleh..."
Optimislah ! Semua di beri masa dan peluang untuk berubah. Kita memang tak boleh jadi org lain ,
 tapi kita boleh usaha menjadi yg lebih baik dari sebelumnya , insyaAllah !
Jadi , ubahlah ! Akhirnya si dia yang kamu dambakan mampu kamu miliki suatu hari nanti.
Yakin pada diri dan imanmu , sandar pada Tuhanmu...

Jodoh yang kau damba mampu kau gapai dari tahajjud ~



1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud.

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (30):16-17:

*Klik untuk besarkan gambar ~ :)



2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata:
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.



Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

* InsyaAllah... mudahan2....
Dengan niat yg baik , Allah permudahkan urusanmu wahai mujahidahku yg mendambakan seorang mujahidnya... ;)


Rahsia Hati Wanita...

  • 0

- SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ...
- CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , 
kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aje...
- HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak.. 
Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , 
biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran. Bukan DENDAM...
- IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui...
- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah....
- PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam...
- MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari , naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA , suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI ,
namun juga sesama kaum....
- EGO : WANITA yang terlalu sayangkan org yg di sayangi sanggup menolak ketepi EGOnya...
- CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati..

WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal .
NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja .
LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu...
Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA
dan bukan menghanyutkan wanita .....

Tiba2 terSENSITIF ~ =='


Allah...

Kenapa ni Izzah !! sensitif nya aku...
Mudah terasa hati...
Mudah sakit hati...
Mudah sedih hati...
dan mcm2 lagi...

Di mana semangatmu Izzah ???!! aduhai ~ =='

‎~..Terkadang aku berkecil hati dengan sikap org di sekelilingku..

Tapi aku cuba mngawal diri dan menganggap itu cuma mainan perasaanku..

~..Terkadang aku berasa marah dan terasa hati dgn kata-kata org di sekelilingku...
Tapi aku cuba mengawal diri dgn mnganggap itu semua ujian buatku..

dan sungguh , sebenarnya Allah sedang menguji hatiku...
smoga saja aku KUAT ! walaupun ku tahu ,
aku bukanlah org yg kuat , tapi aku yakin , aku boleh buat... biiznillah !~

*Kata2 itu lebih tajam drpd mata pedang....
berhati-hati lah dlm mnutur kata agar tiada hati yg terluka... ♥ :)
Oleh itu aku akan lebih berhati2... Supaya tiada hati yg terluka dan terguris gara2 kata-kataku...

Hati seorang MUSLIMAH

  • 0


Hatiku...
Ia berdegup laju,
Rentak irama sudah tidak sekata,
Hati menjadi tidak menentu.

Ya Allah...
Tenangkan, tenangkan, tenangkanlah,
Kaki melangkah menjauh,
Sedaya upaya menjauh,
Bukan kerana sombong,
Bukan kerana buat-buat tidak mengenali,
Tetapi hanyalah kerana,
Ketidak tenangan sedang berkecamuk,
Di ruang taman hati.
Ah! Sudah jauh,
Sudah di elak,
Namun, hati terpagut lagi,

Ya Allah...
Diri sedang dipandang,
Ada mata sedang memandang,

Aduhai hati,
Ia berombak kuat lagi.

Ya Allah...
Mengapa hati terasa sedebar ini,
Terasa mahu menjauh lagi.

Alhamdulillah...
Tiada sudah kelibat itu,
Tiada sudah pandangan mata tadi,
Hati kembali tenang.

Allahuakbar...
Terlalu hebat-Nya Allah,
Hati semakin bergetar hebat,
Semakin mahu menjauh,
Semakin ia datang mendekat,
Mata itu kini terlalu hampir,
Kelibatnya sudah berada di hadapan.

Allah...
Kaki sudah terpaku,
Tidak berdaya mahu menjauh,
Sepatah ditanya,
Sepatah dijawab,
Huluran senyuman dijawab dengan debaran,
Hati masih tidak menentu,
Hati membentak-bentak mahu menjerit,
Mahu keluar dari situasi ini,
Tidak mahu meneruskan perbualan lagi.
Malu terlalu tebal kini.

Malu...
Terlalu malu,
Kerana hati ini,
Hati seorang MUSLIMAH....


Soal Jawab bersama UAI ~ :)

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera ~
Ececece.... mcm pemberita pulaksss ~ :') hehe

Ehem3 , post kali ni , saya nak share picture berkenaan serba sedikit soal jawab
tentang wanita bersama Ustaz Azhar Idrus.
Pic ni ana ambil di album sahabat saya kat laman social
MUKABUKU a.k.a FACEBOOK.

Ganjaran bagi wanita beriman ~



Boleh ke bercinta sebelum nikah ??

Umo brape molek nikah ?



Hukum meletak gambar di laman social ?



Hukum seorang isteri menuntut cerai...~

Berzina ketika di sihir ?


Wanita melahirkan anak luar nikah ?


Suara wanita ?


Hukum wanita mandi di tempat awam ~


Hukum si gadis memakai inai ~


Tabarruj ?




Isteri tidak menegur suami ?


Wanita mewarnakan rambut...

Dagu wanita itu auratkah ??



Chat dengan lelaki UNMUHRIM ~ hehe



Pakai furdah , kejap2 bukak mcm dalam Tahajjud Cinta gituuu =='


Isteri nak bersedekah ?



Berjabat tangan ~


Aurat wanita dengan abang/adik lelaki ipar ~


Hukum andartu tak nak nikah ~


Keluar lendir darah sebelum bersalin ~ =='


Hukum pemakaian selendang di jadikan tudung ?

Hukum wanita memotong rambut~


Iddah seorang balu ~ (isteri yang kematian suaminya)


Bolehkah isteri menghalang suaminya dari berkakwan dengan org yg lalai ?


Suami tak izin jaga ibu sakit ~


Wanita solat jumaat ? Bolehkah ?
Sebenarnya pelbagai lagi soalan yang belum terungkai dan tidak di fahami...
Jadi , setakat ini saja saya dapat share.
InsyaAllah , sama sama lah kita mencari jawapan dan hikmah di setiap persoalan ~ biiznillah ! :)

wallahu a'lam ~
semoga bermanfaat... luv u all sahabat ~ :)