Dear My Tears .

  • 0
Dear MY TEARS ,
Jangan jatuh dan menitis lagi ya !
Harus yang kuat ya sayang .
Taqarrub ilallah ya Izzah ~
^.^'
-
-
-
-
Mak selalu pesan ,
"Ini ujian buat Izzah sebenarnya , jangan mengeluh.
Anak mak kan kuat."

Abah selalu ingatkan ,
"Allah bukan saja-saja uji Izzah. Bah kan ada sesuatu
yang Dia nak beri pada Izzah lebih dari apa yang Izzah harapkan."

Whats on my mind ketika ini adalah sesuatu yang bertentangan
dengan whats on my heart . Dan ini adalah FAKTA !
* ohh UJIAN ♥ * -.-'
# Sometimes i can't bear this tears myself anymore.
Tak kuat , lemah !
But , i'll try , try and try....
Ohh Allah... :'(

Hafaz Al Quran dalam jangka masa yang lama ?

  • 0

Salam alayk ~
Jenjalan kat laman muka buku tadi , tertarik dengan post seorang hamba Allah ni.
Jadi , nak share di sini. Boleh ye tuan Syabab Musafir Kasih . :')
"Hafalan al-Quran yang terbaik bukanlah dengan dapat
menghabiskan 30 juz dalam masa singkat."
Kenapa saya kata begitu?

Kerana dicatat dalam kitab al-Muwatta' Imam Malik,
Abdullah bin Umar menghabiskan masa 8 tahun hafal Surah al-Baqarah sahaja.
Saya berpendapat, teknik Ibnu Umar ini adalah teknik terbaik dalam menghafal al-Quran.

Bagaimanakah tekniknya?
Diriwayatkan bahawa Uthman b. 'Affan, Abdullah b. Mas'ud dan yang lainnya,
para sahabat apabila hafal 10 ayat dari al-Quran, tidak akan beralih kepada
ayat yang seterusnya sebelum mereka pelajari, faham akan maknanya
dan kemudian beramal dengannya. Bukankah terbaik teknik ini?
Al-Quran bukan untuk dihafal semata-mata tetapi
ditadabbur dan diamalkan dalam kehidupan.
Ada yang akan kata:
"Dah tua-tua ni, otak dah berkarat, susah nak hafal al-Quran.."

Saya katakan,
"Para sahabat juga terdiri dari kalangan orang-orang tua,
tapi mereka mampu habiskan 30 juz. Mengapa tidak kita?
Mereka manusia , kita juga manusia."
Jika hafal satu muka surat sehari, dalam masa 2 tahun 6 bulan
(betulkan jika saya silap), anda akan habiskan satu al-Quran.
Tak rugi pun. Tidak kiralah anda dalam bidang apa sekalipun.
Tidak semestinya anda kena masuk Darul Quran baru nak hafal al-Quran.
Tidak semestinya masuk sekolah tahfiz dulu. Anda di bidang kedoktoran
pun boleh hafal, bidang engineering pun boleh, bidang sains sosial pun boleh,
bidang grafik, pertanian, apa sahaja bidang sekalipun,anda boleh hafal al-Quran.
Jangan jadikan alasan,
"AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH TAHFIZ PUN "
sebagai tembok penghalang untuk mulakan hafalan.
Tidak salah hafiz dalam masa yang singkat. Malah digalakkan untuk hafiz di usia muda.Kerana berkat dari otak yg masih muda, memori lebih kuat dalam apa jua jenis hafalan pun. Cuma pendapat saya, bukan teknik terbaikdalam pengamalan al-Quran. Masih ada teknik yg terbaik, sebagaimana yang telah digunakan oleh golongan salafusolleh dari kalangan para Sahabat di atas.
Ada yang bertanya ,
"Bagaimana kalau kita telah menghafal,
tapi di kemudian hari kita lupa hafalan-hafalan yang telah kita hafalkan,
apakah kita berdosa ?"

Yang dikatakan berdosa adalah apabila tidak ada usaha untuk
mengulang balik hafalan kita itu setiap hari. Sentiasa memperbaharui hafalan.
Lupa bukan suatu dosa. Lupa adalah fitrah semua manusia.
Otak manusia ada kelemahan sehingga terhinggap penyakit nyanyuk.
Hikmah penyakit lupa dan hikmah sentiasa kena perbaharui hafalan
adalah kerana Allah mahu kita hidup dengan kehidupan Qurani
setiap masa yakni sentiasa membasahkan lidah dengan membaca al-Quran,
dengan membaca al-Quran mendekatkan diri pembaca
kepada Allah secara tidak langsung. :)


Wallahu a'lam... ^_^


Mak kata , "Tunjuk Contoh Yang Baik".

  • 0

"Kak Izzah appreciate semua nya lahhh sayang... ;)
Semua akak sayangg sama rata saja . Semua dapat lebih-lebih . Takmo ada kurang-kurang .
Nanti tak adil. Sebab semua adik-adik akak kan ?
kankankan ? bhahaha ♥ ^,^ "
kataku pada adik-adik.

Mereka mengangguk tanda setuju dan lantas tersenyum riang
setelah mendengar kata-kataku itu.

Lagi sekali dengan suara lantang aku bertanya pada mereka (adik2)
"Sayang akak tak ?!!!"
Dorang jawab ,
"SAYANGG!!"
Auuwwww . Terharu seyhh . winkwinkwink ;)
Hati sudah berbunga-bunga neh ~ hikhikhik >_<
Suasana riang kembali seperti biasa...
-
-
-
-
Actually ....
Tadi sebelum nya ada yg merajuk bermasam muka
dengan kakaknya yg comel neh . *opsss...eerr... comel kah ? hihi* -__-
Di sebabkan kerana , kak long nya beli coklat cadbury . Yang kecik punya tuh.
Saje gatai ngengada pi beli , tetiba teringin nak makan coklat . Heee :D
Ingat nak makan sengsorang sorok-sorok depan almari , bhahahah . *teruk!*
Tapi , kantoi pulak ngan adik-adik. huh ! Diorang dah nampak , memang WAJIB bagi lah.
Ingat taknak bagi , sebab nanti ada yang tak dapat. Sebab benda sikit.
Tapi... maklum lah , adik kecik-kecik neh , bukan paham bahasa sangat.
Orang kata tak boleh , dia NAK JUGAK ! huwaaa ~

Mak yang dah memang masak dengan perangai kitorang 10 beradik neh tiba-tiba bersuara ,
"Kan mak dah pesan berkali-kali , kalau beli apa-apa lain kali ingat adik-adik.
Ini beli untuk sorang-sorang makan, kesian kat adik-adik teringin.
Diorang pun nak jugak apa yang kakak nya ada. Tak kesian ke ?
Kalau dah tahu ramai adik-adik kecik , buatlah cara ramai adik-adik.
Jangan nak rasa macam anak tunggal.
Kalau Izzah buat macam ni lagi , nanti bila adik-adik dah besar,
dorang beli apa-apa tak ingat kat Izzah. Adik-adik ni ingat kat
orang yang ingat diorang je tau. Tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik.
Kalau nak adik-adik ingat kat kita , sayang kat kita , kita kenalah ingat kat adik-adik ,
sayang kat adik-adik . Tak kiralah yang besar ke kecik ke , Izzah tu sulung ,
dorang semua tetap adik-adik Izzah tau. Izzah paling tua ,
TUNJUK CONTOH YANG BAIK . Ingat pesan mak ni..."
ujar emak dengan lembut dan bersahaja namun sarat dan penuh makna.

Aku cuma mengangguk , terkelu...
Lalu hatiku bermonolog sendirian,
"Hmmm... mak benar."
Sangat-sangat tersentuh dengan kata-kata mak. SERIOUSLY !
Tiba-tiba sebak. uuuhhhh Izzah... =.=' tahan-tahan... whuuu...
*nak nanes sebab tak tau nape . Pelik sungguh diriku ini kan kan kan?! Ngengade ~*

Pastu agih-agih lah KEKELAT (cara adik kembarku menyebut "COKLAT")
sorang sikit . Berebut-berebut tu biasalah. Heee :D
Yang besar ke , yang kecik ke , semua sama jaaa.. harharhar.

Alhamdulillahi a'la kulli hal . Makanan yang walaupun sedikit ,
tapi makan berjemaah , Allah... sungguh berkat ! ♥ heee >_<
Kenyang dan puas hati tau walaupun dapat sorang sikit . Berebut itu best .
Berebut manjaa ngan adik-adik gituu. lalalaaaa ♥ ~ hehe ^,^
Subhanallah...

Mak cakap,
"Bila lagi nak manja-manja kalau bukan sekarang.
Nanti masing-masing dah kawen, tak duduk rumah ni dah.
Ikut suami masing-masing.
Ada anak-anak . Tak sempat nak manja ngan adik-adik dah."
Huwaaa... takleh arr dengar mak cakap camnie. Rasa macam takmau kawen je tau.
Opsss! Terlebih sudaa... hikhikhik . =.='

YOU're my pure LOVE ! Allah... :)

  • 0

Dia sedang menguji hatiku.
Ya !! Aku di uji... benar-benar rasa teruji.
Allah ~ Y_Y'

Ohh Allah.... teruskan memujuk hati Izzah ya. :')

^.^ * Mere saath Allah * ^.^
(Allah ada bersamaku)

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram .
(Al-Ra'd, 28)

Seronok Jadi WANITA tau ! ^^,

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم
... السلام عليكم
Bercerita tentang wanita ?
Actually , entri ni dah lama. Saja refresh semula di sini. ^^,
Siapa kata jadi wanita itu senang ?

Nak kena tutup sana , tutup sini .

Tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pon orang tak bising .

Wanita , stokin pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi wanita untuk satu hari.

Komfem tak tahan bertutup semua.

Tapi , wanita cool je...STEADY beb! ^^,

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi wanita tu senang?

Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit tetap yang Allah bagi.

Nak pergi kelas pun susah , nak pergi jalan-jalan pun susah.

Kalau boleh , masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit 'bulanan',

Ingat tak sakit ke . Mungkin ada sesetengah yang tak sakit , ada juga yang sakit.

Ada setengah yg sampai pengsan-pengsan sebab sakit.

Cuba tengok budak lelaki , selamber jerr.

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.

Tapi, wanita hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jek.

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun boleh tak perasan yang dia sakit.

Well , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati wanita ni, Allah jadikan lembut betul ~

Cepat jer sensitif , mudah tersentuh, hati lembut , penyayang ,

Walaupun kadang-kadang tak nmpk, tapi sebenarnya ADA !

Cuba tengok orang putus cinta ,

selalu perempuan yang paling susah nak lupa... :'(

Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru .

Alahhh yang tengah ada bini pun boleh je rembat lagi 3 cukup kan 4. hehe. kan?!!! =.='

Cuba kalau dengar kisah-kisah sedih , baca novel or apa-apa yang menyedihkan

atau terlalu menggembirakan. Siapa nangis dulu ?

Tak kira lah samaada menangis sedih atau gembira.

Wanita kan...


Lembut tak lembut hati wanita?

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.

Hebat tak wanita?

Tapi....

Disebabkan susahnya nak jadik wanita ni lah,

ramai wanita yg merajuk dengan Allah . Boleh pulak macam tu kan ?


Diorang cakap, Allah tak adil . Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Dan macam-macam lagi... =.= . huh! kesian kan?


Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah ~ Errr... ye ke ? Hmm...

Bak kata orang , nak jaga 10 anak lelaki ,

tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan ,

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ,

ramai wanita-wanita kat luar sana yang bebal ,

diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,

'Lelaki tak payah tutup pon'.

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ,

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis

kekasih yang amat busuk hati !!

Allah...... :(


Kesian kan kat diorang? ish3 :'(

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah , diorang sanggup rosakkan diri diorang ,

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil ?!


Persoalannya sekarang ,

Betul ke Allah tak adil dengan wanita?

- Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami .

* okey ? Puas hati tak dengan jawapan tu ? Allah..=.='


Tapi , cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki terletak di bawah

kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri memng kena ikut cakap suami . Taat sepenuhnya .

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya !

Ibunya itu wanita atau lelaki ???? WANITA . Right ?


Tak adil lagikah Allah pada wanita? Allahurobby ~

Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan !

Ggggrrr... tak nampak lagi ke ?? o.0'


Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya .

Kalau paling banyak pun dia ada 4 orang isteri ,

Cuma ada 4 orang wanita yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Kan ?

Tapi wanita, andainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki ,

bermakna ada 15 orang lelaki yang syurganya terletak pada seorang wanita itu ! Subhanallah...


MashaAllah, hebatnya Allah jadikan wanita ni kan?

Rendah lagi kah martabat seorang wanita ?

Sungguh , wanita sungguh tinggi martabatnya di sisi Islam , tapi diri sendiri yang merosakkannya

dengan berfikiran negatif dekat Allah. Aduhai....seribu kali sayang!


Kenapa wanita hebat ? Sebab kasih sayang Allah lah yang jadikan kita ni hebat.

Cuba dengar pula nasyid-nasyid yang berkumandang dekat radio banyak lagu pasal wanita kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH , SITI KHADIJAH dan ramai lagi

srikandi-srikandi wanita yang di patut di jadikan contoh . Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.


Sayang tak sayang Allah tu dekat wanita ,

sampai wanita dikasihi macam tu sekali dekat dunia nie.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya , orang akan cakap


"Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita di belakangnya"


Kita tak pernah dengar orang cakap


"Disebalik kejayaan seorang wanita terdapat seorang lelaki di belakangnya"


Kan?

Hebat tak Allah jadikan wanita tu?

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat wanita sampaikan disebabkan

susahnya nak jadi wanita ni , wanita senang nak masuk syurga.

Tapi.... kenapa masih ramai juga yang masuk neraka ?!!

KENAPAKENAPA !!!!!! :'(

Tengok hadis ni,

"Apabila seorang perempuan mendirikan

sembahyang lima waktu,

berpuasa sebulan (Ramadhan),

menjaga kehormatan dan taat kepada suami,

dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana

pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat wanita ?

Oh wanita , sedarlah...

Betapa sayangnya Allah dekat kita...

Betapa cintanya Allah dekat kita...


Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran

negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia !


Bayangkan , dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni ,

kita (wanita) jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah

WANITA SOLEHAH.

Kesian dan ruginya kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi

seindah hiasan kan?


Ikhlas dari ku .

  • 0
Aku bukan seperti yang engkau sangkakan...
pura-pura di dalam perjuangan,
Aku tidak pandai menyulam rahsia,
Juga tidak pandai bermadah pujangga,
Jika ada rasa benci di hati ,
Katakanlah pada ku,
Rela ku terima walau kutukan,
Asalkan aqidah terjaga..
Kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustir ilahi...
Hakikat hati terluka walau zahir ada yg tertawa...

Ohh Allah...
Aku mohon keampunan...
Keterlanjuran yang berulang kali...
Tanpa ku sedari...

Durian oh Durian ~

  • 0

...بسم الله الرحمن الرحيم
^.^ السلام عليكم

Psst psst...
Tadi kopek kulit durian dengan gigihnya seorang diri.
Ehehh...terasa comel pula diri ini waktu itu.
Adik-adik semua kt depan , mak abah kluar. hekhekeh.
Mak ngn abah balik je , geleng geleng kepala melihat
gelagat kak long yang penuh gigih dan bersungguh-sungguh seorang diri itu ~ heee :')

Lama tak makan durian plk rasenye <3 . lalalaaa ~ ^.^

Tapi , bila sekali
"ERRKKK"
Opsss !!! alamak , bau satu bilik.
huwaaaa... taksuketaksuke !! takmoo ~
*sambil menekup mulut dgn tangan dan menggeleng2 comel. huh! T_T'

"Kem Nur Insani"

  • 0
(Klik pada gambar untuk view yang lebih clear, TQ)

Salam Alayk ~
Tadi ana ada dapat calling dari Bang Pit (Ust Hafiz b. Hanafi) selaku senior ana di
Pondok Semeling dan kini alhamdulillah sudah memegang jawatan sebagai
seorang ustaz di sini. Dia minta tolong ana war2 kan kepada siapa-siapa
yang ingin menyertai KEM NUR INSANI yang insyaAllah akan di adakan
di Pondok Semeling pada tarikh yang tertera pada "banner" di atas.
Pengambilan terhad untuk 50 peserta terawal sahaja.

Ehem3 ~
Fasilitator yang di lantik ialah :

Ahmad Azmir bin Ahmad Aseki (Selaku ketua fasi)
Muhammad Azhar bin Tarmizi
Muhammad Muhaimin
Mohd Hafiz bin Hanafi
Mohd Aminuddin bin Syuib

Nurul Husna binti Sudin
Norfartini binti Mohamad Kamal
Izzah binti Abu Farouq
Siti Noor Hanim
Iliya binti Abu Farouq

Tu jer .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Berikut adalah tentatif program yang di rancang :

17.12.2011 (Sabtu)

0830 - 1000 : Pendaftaran dan penempatan.

1000 - 1039 : Taklimat program.

1030 - 1100 : Minum pagi.

1100 - 1230 : Slot 1 - “LETS BREAK THE ICE”

1230 - 1400 : Makan tengah hari ,solat Zuhur.

1400 - 1600 : Slot 2 - “KEMBARA MINDA”

1600 - 1700 : Solat Asar, minum petang.

1700 - 1830 : Riadhah.

1830 - 2030 : Solat Maghrib,Isyak,makan malam.

2030 - 2230 : Slot 3 - “SHOOT THE MOON”

2230 - 2300 : Minum malam

2300 : Khidmat Diri


18.12.2011 (Ahad)

0400 - 0530 : Qiyamullail

0530 - 0700 : Solat Subuh,Kuliah, pembetulan bacaan dalam solat.

0700 - 0830 : Latihan Fizikal

0830 - 0900 : Sarapan pagi

0900 - 1030 : Slot 4 - “ARAH : DARI MANA NAK KE MANA”

1030 - 1100 : Minum pagi

1100 - 1230 : Slot 5 - “MUHASABAH DIRI “

1230 - 1400 : Makan tengah hari , solat , persiapan penutup.

1400 - 1500 : Perasmian penutup

Penganjur bersama Alumni Maahad At-tin (Pondok Semeling)

Untuk pembayaran , sila bank in kan ke account Maybank no : 557081050582 atas nama Ahmad Azmir bin Ahmad Aseki sebelum atau pada 14 Disember 2011.

* Setelah membuat pembayaran sila SMS kan nama peserta ,

umur dan slip pembayaran ke nombor berikut :

017 - 4215534 (Ust. Sani)

013 - 4626119 (Cik Iliya)


Sekian , itu sahaja.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi
nombor telefon yang tertera pada "banner" di atas.
wassalam... ^^,

Errr... huh!

  • 0

Seorang wanita sanggup menyembunyikan
rasa cintanya berpuluh2 tahun...
Namun sayang sekali...
Seorang wanita tak mampu menyembunyikan
rasa cemburunya walau hanya sesaat.
# Rase mcm kena hempap gunung jerai ~ huh! =.=
Namun inilah hakikat kejadian HATI seorang wanita...

Nak "peknga" yang ALONG buat !!


Salam alayk ~
Ehem3 , tadi dah makan. Tapi tak kenyang ouhh...
Sebab tak dapat peknga. lalalalaaa =.= . (teruk nyeeeeer)

Teringin nak makan peknga (lempeng) yang along Zalika Atiqah buat dulu.
Kalau dulu , kt asrama tiap-tiap malam , lepas kelas talaqi , sebelum tido mesti pekena
peknga ngan along dulu . Sampai ustzh marah bebudak nie tak tido2 lagi.
"esok lewat kelas saba' , kalau tak lancar , SIAP !" =.='

maknanya , kalau lancar takpe lah kan ? LEGA ! fhewww...

acececehhh... ngidam lempeng along pulak. nak along jgk yg buat.
takmo org lain. huk huk huk ~ lalalalalaaa =.='
(opsss, lelebih pulak en. bukan apa , kalau buat sendiri
tak jadi yang mcm along selalu buat dulu...)

Gambar ni kutip kat google je tau. :)
p/s : hmm... bila nk pi ziarah along and baby baru along eh ?
insyaAllah , ade rezeki , smpai la nnti. ~ ^.^

"ayannggg kakak!"

  • 0

Salam alayk ~
Di sebabkan ketidak adaan idea untuk menaip ,
tapi nak post jugak. Maka begini lah jadi nyaa ~

Ehem3 , ini adik ana !
Sayang mereka ketat-ketat tau.
Mereka sangat mesra dan kadang2 sering juga bergaduh. gaduh manja gituu...
Aduhai sayang ~
Kat pic ni , si adik peluk si kakak. Dia kata , "ayannggg kakak!"
(tapi kat pic ni nampak mulut dy tutup je ea? tapi memang dy ada ckp cmtu td.
cuma mungkin time snap gambar ni dia senyap kot.)
Yang si kakak pulak da rimas , tapi sabor je la dengan si adik.
Opsss... kakak agak...
huwaaaa!! tutup mata!! seksi ketika ini. Baju dia basah tertumpah air.
Tu yang tak berbaju tuhh... heee :D
Pic ni baru saja di snap pada petang tadi.
Guna kamera sony ericson Hanim (myfren laa) ^^,
(2/12/2011 , Jumaat , waktu : err... dalam pas asar cmtu laa. )
#Tu je la kot. Hmmm.. actually... sakit muka neh.
Ada 2 tetamu baru (big pimple. huwaa!!!!) singgah bertapak
kat muka ni jap. Adedehh... sakit ouhh... =.='

babaii.. nak tidoqq...
wassalam...