Aku Ingin Bergelar Solehah

  • 0
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah...



Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan aku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

(InsyaAllah... berikanlah kami (semua muslimah di muka bumi) ini kekuatan ya Allah... kami ini lemah... dan teramatlah memerlukan bimbingan yang sewajarnya. Sesungguhnya kami ini fitnah dunia yang boleh merosakkan segala isi alam ini, dan ada juga diantara kami yang bergelar hiasan dunia yg paling indah di bumi boleh menghiasi alam dan kehidupan insan yang bergelar khalifah di muka bumi di dunia dan di akhirat kelak, InsyaAllah... wallahu a'lam)

Sikap Wanita Yang Disenangi Lelaki



Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."


(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan

Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masingdan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelekkan hati.

03.Penuh pengertian


Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai


Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan


Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri


Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com =copy= semoga bermanfaat--- =)

Beza Cinta,Sayang,Minat Dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..hehe)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Yang selalu mendorong kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya... btol tak ea? tah la...)


Suka - Contohnya, Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya mood kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… =)

wallahu a'lam...

Seloka dari Ustazah Shafiyyah Bawazir tersayang!

Seloka 2007.. jom imbas blik kenangn lme.. utk plajr banat yg smpat bersme mghrungi perjalann hdup ustzh shofiyyh bawazir.. plajar banat 2007... ... seloka 2007

Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada semua budak asrama,
tidak dilupakan tuan pengetua,
dan juga penolong peribadinya.

Orangnya tegas bercelak mata,
walau tegas semua suka,
Ustaz Lutfhi empunya nama,
ayahanda kepada budak asrma.

Mukanya bujur berseri selalu,
datang ke asrma diikuti najwa,
orangnya peramah tidak pemalu,
itulah dia Puan Zarina,

Kesana kemari selalu bersama,
ketua penolong jawatan diberi,
menjalankan tugas dengan saksama,
siapa tak kenal Tini dan Puteri.

Orangnya kalut bernama Afiqah,
baru sikit mula nak gelabah,
Hanim pendiam kawannya Afiqah,
walau diuji dia tetap tabah.

Seorang pengacau seorang pembela,
Najwa Ahmad Lutfhi menjadi mangsa,
itulah die kerje Syafiqa,
Husna datang ceriakn suasana.

Setiap minggu mak datang berjumpa,
anak toke penjual laksa,
otak gila-gila memeningkan kepala,
Syairah Syazwani empunya nama.

Bila tidur tak ingt dunia,
borak di kelas tak ingt akhirat,
insan bernama Izzah dan Aida,
mulut dah penat bru nak rehat.

Makan roti tak henti2,
macam orang kemaruk nak mati,
Nurul Husna nama diberi,
Orangnya baik budi perkerti.

Rumahnya jauh 5 kaki,
jumpa kumbang jerit tak henti,
bila burdah nyaring sekali,
itulah Iliya.. anak Ustaz Lutfhi.

Menjerit2 itulah kerjanya,
meriuhkan suasana di asrma,
sapa tak kenal mereka berdua,
Iffah dan Dijah stu kepala,

Akhirul kalam penutup bicara,
ampun maaf kami pinta,
paling sensitif tentng bab terkena,
sebab susah nk cari idea.. heheh..

kenangn 2007 dgn ustazah yg tersayang..
USTAZAH SHOFIYYAH BAWAZIR..

HASIL NUKILAN DARI... SHOFIYYAH BAWAZIR..
KHAS UNTUK.. WARGA MAAHAD AT-TIN LILBANAT...