Nasyid MAWADDAH terpesong ?

  • 1


Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Rufaqa' atau Al-Arqam memang memperjuangkan nasyid untuk menyebarkan ajaran mereka selain bergiat dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Antara kumpulan nasyid yang terkenal adalah Nadamurni yang kini telah berpecah menjadi Rabbani, Hijjaz dan Raihan. Mawaddah juga antara kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Rufaqa' Corporation. Ni ada dua buah lagu yang terang2an memuja Abuya dan menganggap dia adalah putera bani tamim yang akan memegang panji-panji Imam Mahdi. Astagfirullahalazim.. mintala dijauhkan dari terjebak dengan ajaran sesat.


Sememangnya MAWADDAH adalah kumpulan tajaan RUFAQA. Terkenal di Indonesia dan lagu2 nya MEMANG ada yang memuja ABUYA, tapi tidak kesemua...


Sama seperti kumpulan Nadamurni suatu ketika dahulu,lagu2nya memuja Abuya sebagai pemuda bani Tamim. NAdamurni ahli2nya adalah daripada Al-Arqam.


Namun selepas Al-Arqam diharamkan ia berpecah menjadi 2 kumpulan iaitu Rabbani & Hijjaz. Ahli2 mereka sudah bertaubat.

Cuma segelintir dibawa pengaruh Abuya meneruskan agenda mereka dibawah RUFAQA tetapi setelah didedahkan aktiviti mereka, sekarang mereka bergelar dgn nama Al-Ikhwan. Antaranya MAWADDAH,Syeqal dan beberapa artis.


Antara Nasyid MAWADDAH yang terpesong... :


Hadirlah Abuya


Hadirlah Abuya

Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya

Abuya tidak sekolah tinggi

Tetapi ilmunya sangatlah tinggi

Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya

Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat

Daripada dunia


Abuya ulamak besar Abuya koporat besar

Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar


Abuya tokoh politik besar Tapi tidak masuk politik

Abuya pemimpin dan mahaguru

Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar


Orang yang sayang terlalu sayang

Orang yang benci terlalu benci

Abuya pemimpin yang dilantik

Tuhan secara semula jadi


Pengikut-pengikutnya tidak ramai

Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih

Dan penyayang uburnya hadis

Untuk memberi iman kepada semua manusia


Abuya itu harganya haris

Berkongsikan dengan siapa saja

Anak dan juga isteri tidak dimewahkan

Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan

Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin


Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya

Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan

Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem


Lahirlah etnik baru dikalangan melayu

Poligami cara hidup yang dipilih Perjuang untuk dapatkan daulah

Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang Sesama manusia.



Dia Putera Bani Tamim


Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan

di akhir zaman oooo

dia dilantik oleh tuhan memperbaharui

urusan agama di zamanmya

ilmunya luar biasa oooo


mampu menyelesaikan

sgala permasalahan dunia

tanpa merujuk kepada sesiapa

kerna ilmunya ilham dari tuhan


dia pribadi awal kurun berperanan

jua di awal kurun

dia hadir membawa rahmat

seluruh alam sepertimana

hadirnya rasulullah ke dunia ini


hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya

dan kehadirannya digeruni oleh musuh

namun tidak dapat ditewaskan dirinya

kerana di belakangnya ada tuhan

yang menjadi sumber segalanya


kepimpinannya amat disanjungi

yang kasih padanya terlalu kasih

yang benci pada dirinya terlalu benci

tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia


dialah yang utama paling dicintai tuhan

kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan

kepribadiannya amat membayangi rasulullah

kerana itulah dia digelar rasulli rasul..


dia hadir dikala dunia amat memerlukan

keberkatannya dia memperbaharui segala

sistem dunia yang sedia ada yang ternyata

tidak menyelamatkan dunia


lalu digantikannnya dengan sistem baharu

iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat

dan dialah seorang manusia luar biasa

dialah putera bani tamim.



Berikut adalah bentuk-bentuk keterlaluan dalam pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Abuya:

a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.

b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan.

c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.

d. Abuya dikurniakan ilmu laduni dan kasyaf, iaitu dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta kisah-kisah palsu dan fitnah terhadap ahli Arqam yang keluar dari jemaahnya.

e. Abuya adalah sumber berkat. Oleh itu apabila ada sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu."Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata,"Ini berkat Abuya @ berkat Sheikh Suhaimi."

f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.

g. Abuya adalah Sohibuzaman @ pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.


*tapi tidak mengapa,lgpun ini cerita lama. tidak semua nasyid2 mawaddah semua terpesong, ada yg okey layannnn...

dan nasyid2 di atas pernah di haramkan suatu ketika dahulu. lagu dlm blog ana ni pun nasyid mawaddah...

lirik nye okeyy... layan jerr... hehehe