Adab Bertunang

  • 0

Seseorang pernah bermimpi melihat Bisyr Al Hafi dan Al Iman Ahmad Ibnu Hanbal. Ketika melihat Bisyr Al Hafi , beliau berkata kepadanya,
"Bagaimanakah keadaanmu ?" Beliau menjawab ,
"Allah meletakkanku di kalangan orang yang tinggi martabatnya. Allah memberikan syurga untukku."
Beliau di tanya lagi , "Di manakah Al Iman Ahmad ?"
Beliau terus mengangkat kepalanya , mengangkatnya lagi dan seterusnya sehinggalah serbannya jatuh ke belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.
Beliau di tanya , "Kenapakah Imam Al Ahmad mengatasi mu ?"
Lalu dia menjawab , "Al Iman berkahwin dan melakukan sunnah Rosulullah sedangkan aku tidak berkahwin , beliau di kurniakan anak lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan , maka beliau pun mendapat kebaikan mereka di dalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya. Dia telah di uji pada jalan Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak melakukannya. Beliau melebihiku 3 perkara ini."

Kita menentang orang-orang baik yang tidak berkahwin dengan menyangkakan dia tidak mampu melakukannya sedangkan dia terpelihara pada hal agamanya. Pada masa yang sama kita tidak menyangkanya sebagai perkara khusus baginya. Tidak ada ciri-ciri kependetaan di dalam Islam.

Adakah kamu perlu berkahwin ?
Pada asasnya adalah perlu selagi mana kamu memerlukannya.

Siapa yang kamu kahwini ?
Telah di sebut di dalam hadis nabi : "pilihlah pada agamanya , maka beruntunglah kamu." Kamu berhak memilih seseorang yang layak denganmu pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi pilihlah pada agamanya , makan kamu akan bahagia dan beruntung !

Kenapa kamu berkahwin ?
Dengan niat yang baik.

Bagaimanakah kamu berkahwin ?
Selepas di adakah pemilihan mencari pasangan yg sesuai , setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa berduaan , begitu juga dengan persetujuannya , maka di sunatkan bertunang (khitbah). Iaitu orang yg hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali wanita tersebut. Mereka mengadakan majlis yg di hadiri oleh sesiapa sahaja yg di kehendaki dari orang-orang Islam. Maka pengerusi majlis itu sama orang yg hendak berkahwin atau wakilnya memuji-muji Allah ta'ala. Inilah perkara sunnah yg telah di lupakan ketika majlis pertunangan. Dia memuji Allah ta'ala serta berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w . Dia juga berwasiat kepada hadirin untuk bertaqwa kepada Allah swt serta menyebut hajatnya untuk berkahwin. Adab sebegini telah pupus dalam asas pembinaan rumah tangga. Telah di sebutkan memperbaiki niat , iaitu memperbetulkan niat dan tujuannya. Supaya menjadikan tatacaranya mengikut nabi s.a.w. Seterusnya meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang. Di sunatkan juga pada walinya memuji-muji Allah ta'ala dan berselawat ke atas Nabi s.a.w dan berpesan kepada hadirin bertakwa kepada Allah serta menerima lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yg di redhaiNya.
Jika ianya anak dara maka perlulah mendapatkan izin darinya. Tetapi jika ia adalah janda maka wajib baginya. Ini adalah dari pihak yg melamarnya. Jika lamarannya di terima , maka beritahu kepada mereka bahawa ianya di terima serta berdoa kpd Allah , Allah telah memuliakan kamu kerana menjalankan sunah-sunah baik yang di ajarkan oleh orang2 terdahulu dan para ulama'. Lalu menutup majlis dengan bacaan Al Fatihah...