Aku di uji ?

  • 0
"Apakah manusia itu mengira bahawamereka dibiarkan saja mengatakan :
"Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidakmengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


p/s:

(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

wallahu a'lam... =)

Pesan MAK ~!

Mak selalu pesan :
Kalau yang dah datang tu di yakini AGAMA nya , KEMAMPUAN nya...
kenapa mesti ragu untuk menerima ? soal hati dan perasaan?
Hati dan perasaan insyaAllah boleh di pupuk.
Kalau yg baik dah dtg , kemudian di tolak ,
takut kemudian hari nya datang yg tak baik pulak.
kan ke rugi ? Allah dah hantar yg elok di tolak...
Semua mahukan yg terbaik.
InsyaAllah kalau kita baik , pasangan kita pasti baik !
Kita hanya mampu mengatur , merancang dan menginginkan yg terbaik lalu Allah lah yg menetukan segala nya...
Anugerah Allah itu tersangatlah indah ~ ♥
subhanallah !!!

"Jika kamu telah dtg kepadamu dengan seorang INSAN ,
Yg kmu psti bleh mmbawa KEBAIKAN kepada dirimu ,
MENYAYANGIMU ,MENGASIHIMU,MENCINTAIMU,MENDIDIK dan MEMIMPINMU, Mngapa kmu berlengah lagi?
Adakah kamu cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
atau terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI,
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kmu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..."

Siapa yg berjaya mengambil hati dan redha org tua ku , maka berjayalah mengambil hatiku ~ kerana redha Allah tergantung pada redha org tua sebelum aku di ijabkabul kan. maka setelah di ijabkabul, redha Allah tergntung pada redha insan bernama suami , yakni suami yg di redhai Allah dan keluarga tercinta ! biiznillah ~ ... ^__^

Segan ~ ! =='

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,

dari membuka kitab Allah, dan dari study.


Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,

dari melangkah ke masjid.


Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,

yang menyeronokkan jiwa,

berbanding mendengar ayat-ayat Allah.


Terasa segan,

bila ditimpa masalah atau musibah,

terus mencari manusia untuk mengadu,

bukannya DIA.


Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,

bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.


Bila dititipkan harapan,

Lebih mengikut kata hati,

Lebih menyebelahi kata nafsu,

Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,

Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.


Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia

Dari mencari Ilahi,

Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.


Segan dengan Dia yang Maha Melihat,

Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,

Segan dengan Dia yang Maha Memahami.


Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,

Terasa bersalah dengan Dia.


Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.

Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.

Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?


Oh, sebab diri ditaraf hamba,

Hamba yang sering leka dengan dunia,

Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.


Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.

Ish, dah tahu rupanya begitu.

Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?


Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.

Diri adalah hamba, ditaraf hamba.

Yang di bawah dan yang terhina.


Tapi, kalau diri mengakui beriman,

sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.

Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.

Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.


Jadi,

Kalau terasa segan, bersyukurlah.

Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.

Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.


Allah sebenarnya tengah bagi peluang,

Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.


Gunakan kesempatan yang ada,

Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?