"Tiada Cinta Sebelum Kahwin"

  • 0

Kalau suka , jumpalah ibu bapa . Sayangnya tiada yang berani , tanda tak bersedia.
Nak kenal hati budi dulu lah , apa lah , berbagai2 alasan !
Kalau tak sedia , kenapa nak bercinta ? Bukankah itu pintu zina semata-mata ?
Nauzubillah !! Aku hanya mampu menjaga maruah ku sebagai
seorang muslimah di akhir zaman ini dengan sebuah prinsip dan ketegasan ~ !
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri , menepis dugaan cinta lelaki...
Melainkan pada sebuah prinsip yg merantai diri...
"Tiada Cinta Sebelum Kahwin" !

Cinta hanya untuk suami , tidak akan ku kongsi ! 
Ya , INI PRINSIPKU !!
Melainkan cinta pada Allah dan Rosul , keluarga tercinta dan sahabiah2 yang yg di kasihi...
Saya cinta dan sayang kalian lillahi ta'ala.. dan saya harap ukhuwah kita akan 
terus kekal selama-lamanya... Amin ya Rabb ~ !!

Mana saya dapat istilah tu ?
Saya dapat dari karya seorang muslimah yang saya kagumi iaitu Fatimah Syarha.
Dalam buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN ROSUL.
Maka dari situ juga saya mendapat kekuatan itu...
Alhamdulillah... :)

Diriku ingin menjadi seperti seorang muslimah yg tidak pernah bercinta dengan
mana-mana lelaki yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapatkan cinta nya , 
kasih sayangnya , rindu nya dan mcm2 lagi yg sama waktu dengannya.
 Cintanya di simpan rapi hanya untuk suami nya , tidak kiralah walau siapapun suami nya kelak ,
 kerana hanya suaminya sahaja yg LAYAK dan HALAL untuk di cintai dan mencintai , 
di sayangi dan menyanyangi lillahi taa'la! Lelaki ajnabi selain dari suami nya , tidak layak, 
melainkan atas dasar sebagai saudara seagama , tidak lebih dari tu. 
Dan dia juga mengharap untuk mendapat suami yg juga tidak pernah bercinta dengan 
mana2 wanita yg tidak layak untuk di cintai. Bah kan , perasaannya itu di simpan rapi untuk
 isterinya , tidak kita siapapun isteri nya kelak . Kerana cintanya , kasih syg nya hanya untuk isterinya .
Hanya isterinya sahaja yg layak , wanita lain , tidak layak ! Mampukah aku ????
Subhanallah ~

Namun tidak ku nafikan , dugaan hati sentiasa hadir tak kunjung tiba menduga hatiku ,
hinggakan diriku terasa hanyut dengan rasa cinta yg tidak pasti ini
 dan juga merosakkan iman ku yg lemah.... Namun hati ini bukan milikku , tetapi milik
Allah maha pencipta sekalian alam...
Ku juga tahu , Allah sedang mengujiku...
Allah ~ Kuatkan aku ! Sungguh , aku hanya wanita yg lemah ,
adakalanya tewas melawan nafsu dek kerana nipisnya akalku ini. Astaghfirullah ~ ! =.='

Sememangnya cinta yg datang di lubuk hati itu fitrah. 
Namun apabila ia di susuli dengan tindak tanduk yg kurang enak ,
 ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah swt sgt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan 
perkahwinan. Justeru , untuk apa saya menikmati cinta sebelum nikah ? 
Saya bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Hilang barokah, hilanglah kemanisan. 
Di manakah nikmat nya ?? *sambil tersenyum tawar*

Subhanallah... namun , ada yang mengatakan saya seorang yg EGO ! Allahurobby...~ =='
Ya benar , tidak di nafikan , saya memang EGO , terlalu tinggi sifat EGO saya...
Meskipun begitu , dgn sifat ego itu lah saya mendapat kekuatan
untuk mengekal kan prinsip saya... Biiznillah....~ ^__^

Untuk apa prinsip ini ?
Ianya kerana ana tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu.
Maka , saya berkongsi dgn sahabat yg lain...
Jadi mari sama2 kita menguatkan prinsip kita sebagai
"MUSLIMAH SOLEHAH" yg HEBAT !!
Saya taknak sorang2 , jadi saya nak ajak2 sahabiah2 saya yg lain juga ~ :)
We can ! We'll must try to be a "MUSLIMAH SOLEHAH HEBAT" together !
Masuk JANNAH pun together2 ea sayang... ~ ^__^

pssttt : -rosak B.I kuuhhh- =='
hantam saja bhaaa... *kidding* hihihihi :P