Jodoh ada di Tahajjud mu ~

  • 0

Rata-rata saya baca di facebook , semua membincangkan soal jodoh lah , nak kawen lah dan sebagainya. Saya pun sama lahh! hahaha teeettt *pang! =.='
Kadang kadang rasa muak juga , tapi takpe , tak meluat pun ~ weeee :D

Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) untuk berubah
menjadi solehah sedikit demi sedikit...

Jadi mengapa harus gelisah dan putus asa ?
Dengan berkata "Aku tidak layak untuk mendapat dia yg soleh..."
Optimislah ! Semua di beri masa dan peluang untuk berubah. Kita memang tak boleh jadi org lain ,
 tapi kita boleh usaha menjadi yg lebih baik dari sebelumnya , insyaAllah !
Jadi , ubahlah ! Akhirnya si dia yang kamu dambakan mampu kamu miliki suatu hari nanti.
Yakin pada diri dan imanmu , sandar pada Tuhanmu...

Jodoh yang kau damba mampu kau gapai dari tahajjud ~



1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud.

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (30):16-17:

*Klik untuk besarkan gambar ~ :)



2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata:
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.



Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

* InsyaAllah... mudahan2....
Dengan niat yg baik , Allah permudahkan urusanmu wahai mujahidahku yg mendambakan seorang mujahidnya... ;)