Daging oh Daging (Salam AidilAdha) =='

  • 0

Salam Aidiladha buat semua !
Maaf lambat wish dek kerana keBUSYan yang melanda diri ini.
harharhar. *Busy la sangat ~ (Buat-buat busy jer kot. ahaksss)
Okey2 , baru-baru ni kat Pondok Semeling, ada buat korban.
Tak banyak sangat pun , 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing jer.
Seriouss , hari tu ana macam orang puasa jer. Tak tau nak makan apa.
Semua nya DAGING.
Grrrrr , rase mcm nak nangis jer, dah la lapar yang teramat sangat time tuh.
Nak goreng telur , telur habis , nak masak maggie , maggie takde.
Nak goreng ayam , ayam pulak habis . Pokok nya apa pun takde la nak di makan.
Selalunye mcm tahun2 lepas , ada jgk la , ni APA PUN TAKDAK!
100% daging je time tuh. Aduhai ~ ==' *laparlaparrrr!!
Pastu hantam kek je la ngan adik2 kembar tu ha.
Siap main suap menyuap lagi tau. Jangan jelesss ~!
-
-
-
-
-
-
Mereka sangat sukakan kek ! Ana juga ~
Hihi , btw enjoy sgt makan kek ngan dorang. >_<
Okeylah , tu just selingan saja. :)
Hari tu ada pergi kenduri korban kat mana entah , tak ingat la pulak. hehe
First time ana gi kenduri , dorang sediakan makanan dalam dulang .
1 dulang 3-4 org . Tapi sayang... ana hanya minum air sahaja ketika itu.
Sebab tu kenduri korban. So , menu utama is DAGING LEMBU/KAMBING/KERBAU
 or whateverrr ~ =____=' takde ayam pun... huwaaaaa :'(
Dah la lama tak makan dalam dulang. Teringin nak makan dalam dulang.
Kalau kat rumah , masing-masing makan dalam pinggan je.
Kalau makan dalam dulang , teringat masa kat Madrasah dulu... 1 dulang 6-7 org.
Ramai kan ??? Berebut2 woo.. itu yg best sebenarnya tu. Terasa nikmatnya tau!
Pastu maen suap-suap... eee.. rindu ni bhaaa ~ hahaha

Hmmm... actually , bukan taknak makan daging, tapi...
kalau makan nanti MUNTAH . huh! =='
Try ?? Seriously da pernah try... tapi tak boleh jgk. huwaaa... macam mana nie!
-
-
-
-
· Pengalaman !
Dulu la kan kan , (maaf tak ingat bila , tapi dalam beberapa tahun yang lepas) huhu
time tuh keluar berjalan-jalan dengan sahabat-sahabat
ke Pantai Merdeka ~ wheeeee ^^,
Pastu tiba2 perut kitorang semua terasa lapar , then makan lah dekat
1 kedai makan yang berdekatan di situ. Tempat tu famous Koey Teow.
Ingat nak try la... best sangat ke Koey Teow kat situ. huhu
Pastu order la... lama juga tunggu . Perut dah la tengah lapar. Sabar je lah.
Dan akhirnya... Koey Teow Special pun sampai.
Saya pun makan lah dengan penuh selera...
TIBA-TIBA!!!! Saya rasa sesuatu yang lain dan arghhh!! tak suka ! :((
Ada daging lembu. Actually kawan2 yang lain tahu ada daging , tapi dorang
sengaja taknak bagitahu sebab takut nanti saya tak akan makan hatta koey teow nya saja.
*sampai ati korang erk. :'( nanges kang !!*
Saya terus termuntah kat situ. Bayangkan orang tgh ramai pulak tu.
Sume pandang pelik jer .
Memang takleh nak tahan dah. Takleh nak cover dah.
Huwaaaa ~ kenapa korang tak bagitahu ada daging.
Sedih time tuh . Terasa seperti DI MALUKAN tau tak... ~ :'(
Tak tahu mana nak letak muka nie . Huh!
Attention!
Jadi anda tak boleh tipu saya !
Kepada sesiapa yang berkenaan , sila dan tolonglah
jangan paksa saya untuk makan daging selagi saya sendiri
tidak rela. Harap maklum , Sekian !
Okey lah . Sebenarnya banyak lagi nak story , tapi jari ni ha ,
waktu ni jugaklah dia malas nak menaip.
Ecececeee.. mcm takde benda lain je nak di salahkan . Jari jugekkss..Ish3
Kesian je kan. haha

Okey chow,
lot of love ! wassalam... ^^,