Seronok Jadi WANITA tau ! ^^,

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم
... السلام عليكم
Bercerita tentang wanita ?
Actually , entri ni dah lama. Saja refresh semula di sini. ^^,
Siapa kata jadi wanita itu senang ?

Nak kena tutup sana , tutup sini .

Tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pon orang tak bising .

Wanita , stokin pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi wanita untuk satu hari.

Komfem tak tahan bertutup semua.

Tapi , wanita cool je...STEADY beb! ^^,

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi wanita tu senang?

Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit tetap yang Allah bagi.

Nak pergi kelas pun susah , nak pergi jalan-jalan pun susah.

Kalau boleh , masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit 'bulanan',

Ingat tak sakit ke . Mungkin ada sesetengah yang tak sakit , ada juga yang sakit.

Ada setengah yg sampai pengsan-pengsan sebab sakit.

Cuba tengok budak lelaki , selamber jerr.

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.

Tapi, wanita hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jek.

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun boleh tak perasan yang dia sakit.

Well , hebat kan wanita?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati wanita ni, Allah jadikan lembut betul ~

Cepat jer sensitif , mudah tersentuh, hati lembut , penyayang ,

Walaupun kadang-kadang tak nmpk, tapi sebenarnya ADA !

Cuba tengok orang putus cinta ,

selalu perempuan yang paling susah nak lupa... :'(

Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru .

Alahhh yang tengah ada bini pun boleh je rembat lagi 3 cukup kan 4. hehe. kan?!!! =.='

Cuba kalau dengar kisah-kisah sedih , baca novel or apa-apa yang menyedihkan

atau terlalu menggembirakan. Siapa nangis dulu ?

Tak kira lah samaada menangis sedih atau gembira.

Wanita kan...


Lembut tak lembut hati wanita?

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.

Hebat tak wanita?

Tapi....

Disebabkan susahnya nak jadik wanita ni lah,

ramai wanita yg merajuk dengan Allah . Boleh pulak macam tu kan ?


Diorang cakap, Allah tak adil . Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Dan macam-macam lagi... =.= . huh! kesian kan?


Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah ~ Errr... ye ke ? Hmm...

Bak kata orang , nak jaga 10 anak lelaki ,

tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan ,

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ,

ramai wanita-wanita kat luar sana yang bebal ,

diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,

'Lelaki tak payah tutup pon'.

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ,

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis

kekasih yang amat busuk hati !!

Allah...... :(


Kesian kan kat diorang? ish3 :'(

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah , diorang sanggup rosakkan diri diorang ,

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil ?!


Persoalannya sekarang ,

Betul ke Allah tak adil dengan wanita?

- Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami .

* okey ? Puas hati tak dengan jawapan tu ? Allah..=.='


Tapi , cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki terletak di bawah

kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri memng kena ikut cakap suami . Taat sepenuhnya .

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya !

Ibunya itu wanita atau lelaki ???? WANITA . Right ?


Tak adil lagikah Allah pada wanita? Allahurobby ~

Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan !

Ggggrrr... tak nampak lagi ke ?? o.0'


Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya .

Kalau paling banyak pun dia ada 4 orang isteri ,

Cuma ada 4 orang wanita yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Kan ?

Tapi wanita, andainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki ,

bermakna ada 15 orang lelaki yang syurganya terletak pada seorang wanita itu ! Subhanallah...


MashaAllah, hebatnya Allah jadikan wanita ni kan?

Rendah lagi kah martabat seorang wanita ?

Sungguh , wanita sungguh tinggi martabatnya di sisi Islam , tapi diri sendiri yang merosakkannya

dengan berfikiran negatif dekat Allah. Aduhai....seribu kali sayang!


Kenapa wanita hebat ? Sebab kasih sayang Allah lah yang jadikan kita ni hebat.

Cuba dengar pula nasyid-nasyid yang berkumandang dekat radio banyak lagu pasal wanita kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH , SITI KHADIJAH dan ramai lagi

srikandi-srikandi wanita yang di patut di jadikan contoh . Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.


Sayang tak sayang Allah tu dekat wanita ,

sampai wanita dikasihi macam tu sekali dekat dunia nie.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya , orang akan cakap


"Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita di belakangnya"


Kita tak pernah dengar orang cakap


"Disebalik kejayaan seorang wanita terdapat seorang lelaki di belakangnya"


Kan?

Hebat tak Allah jadikan wanita tu?

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat wanita sampaikan disebabkan

susahnya nak jadi wanita ni , wanita senang nak masuk syurga.

Tapi.... kenapa masih ramai juga yang masuk neraka ?!!

KENAPAKENAPA !!!!!! :'(

Tengok hadis ni,

"Apabila seorang perempuan mendirikan

sembahyang lima waktu,

berpuasa sebulan (Ramadhan),

menjaga kehormatan dan taat kepada suami,

dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana

pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat wanita ?

Oh wanita , sedarlah...

Betapa sayangnya Allah dekat kita...

Betapa cintanya Allah dekat kita...


Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran

negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia !


Bayangkan , dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni ,

kita (wanita) jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah

WANITA SOLEHAH.

Kesian dan ruginya kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi

seindah hiasan kan?