Hafaz Al Quran dalam jangka masa yang lama ?

  • 0

Salam alayk ~
Jenjalan kat laman muka buku tadi , tertarik dengan post seorang hamba Allah ni.
Jadi , nak share di sini. Boleh ye tuan Syabab Musafir Kasih . :')
"Hafalan al-Quran yang terbaik bukanlah dengan dapat
menghabiskan 30 juz dalam masa singkat."
Kenapa saya kata begitu?

Kerana dicatat dalam kitab al-Muwatta' Imam Malik,
Abdullah bin Umar menghabiskan masa 8 tahun hafal Surah al-Baqarah sahaja.
Saya berpendapat, teknik Ibnu Umar ini adalah teknik terbaik dalam menghafal al-Quran.

Bagaimanakah tekniknya?
Diriwayatkan bahawa Uthman b. 'Affan, Abdullah b. Mas'ud dan yang lainnya,
para sahabat apabila hafal 10 ayat dari al-Quran, tidak akan beralih kepada
ayat yang seterusnya sebelum mereka pelajari, faham akan maknanya
dan kemudian beramal dengannya. Bukankah terbaik teknik ini?
Al-Quran bukan untuk dihafal semata-mata tetapi
ditadabbur dan diamalkan dalam kehidupan.
Ada yang akan kata:
"Dah tua-tua ni, otak dah berkarat, susah nak hafal al-Quran.."

Saya katakan,
"Para sahabat juga terdiri dari kalangan orang-orang tua,
tapi mereka mampu habiskan 30 juz. Mengapa tidak kita?
Mereka manusia , kita juga manusia."
Jika hafal satu muka surat sehari, dalam masa 2 tahun 6 bulan
(betulkan jika saya silap), anda akan habiskan satu al-Quran.
Tak rugi pun. Tidak kiralah anda dalam bidang apa sekalipun.
Tidak semestinya anda kena masuk Darul Quran baru nak hafal al-Quran.
Tidak semestinya masuk sekolah tahfiz dulu. Anda di bidang kedoktoran
pun boleh hafal, bidang engineering pun boleh, bidang sains sosial pun boleh,
bidang grafik, pertanian, apa sahaja bidang sekalipun,anda boleh hafal al-Quran.
Jangan jadikan alasan,
"AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH TAHFIZ PUN "
sebagai tembok penghalang untuk mulakan hafalan.
Tidak salah hafiz dalam masa yang singkat. Malah digalakkan untuk hafiz di usia muda.Kerana berkat dari otak yg masih muda, memori lebih kuat dalam apa jua jenis hafalan pun. Cuma pendapat saya, bukan teknik terbaikdalam pengamalan al-Quran. Masih ada teknik yg terbaik, sebagaimana yang telah digunakan oleh golongan salafusolleh dari kalangan para Sahabat di atas.
Ada yang bertanya ,
"Bagaimana kalau kita telah menghafal,
tapi di kemudian hari kita lupa hafalan-hafalan yang telah kita hafalkan,
apakah kita berdosa ?"

Yang dikatakan berdosa adalah apabila tidak ada usaha untuk
mengulang balik hafalan kita itu setiap hari. Sentiasa memperbaharui hafalan.
Lupa bukan suatu dosa. Lupa adalah fitrah semua manusia.
Otak manusia ada kelemahan sehingga terhinggap penyakit nyanyuk.
Hikmah penyakit lupa dan hikmah sentiasa kena perbaharui hafalan
adalah kerana Allah mahu kita hidup dengan kehidupan Qurani
setiap masa yakni sentiasa membasahkan lidah dengan membaca al-Quran,
dengan membaca al-Quran mendekatkan diri pembaca
kepada Allah secara tidak langsung. :)


Wallahu a'lam... ^_^