#Wordless Tuesday - Sayang ?

  • 0
Apa sayang sayang ? !
Nak gurau gurau mende , Takde gurau gurau !

Lempang nak ?!!

*muke pengganas*
#WARNING for LELAKI only ~ =,='
Pompuan takpa , laki ? Blahhh . Only my husband can call me "Sayang"
Maaf kasar ˘﹏˘'
Tak marah , cuma menyampah dan cuba
mempertahankan kalimah "SAYANG"
lillahita'ala...
ATTENTION !
*Sensitif dengan perkataan SAYANG ,
walaupun orang anggap ianya perkara biasa ,
tapi rasa macam diri ini sedang diNGORAT dan diRENDAH kan
bila lelaki yang tidak sepatutnya panggil macam tu. *sedih* :'(
(KECUALI SAHABAT-SAHABAT MUSLIMAH)
Bukan PERASAN, cuma PERASAAN. Taksuka taksuka. isk3 :'|
Harap maklum . Sekian , TQ .
~ wordless ~
. wassalam .

Akhirnya sahabatku ini...

  • 0
Alhamdulillah...
Majlis pertunangan Syafiqa dgn Akhi Rosli
berjalan dengan lancar .

Orang yang di minati kerana agamanya secara senyap senyap
sejak dari mula-mula belajar dulu hingga sekarang ,
rupa rupanya mempunyai perasaan yang sama .
Subhanallah... Tak sangka . :')

Akad nikah dan walimah nya akan di khabarkan kemudian . InshaAllah...

#terharu getteww ~ ececehhh . ^^,
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin ya sayangg . :)

Teh Panas Buat Abah

  • 0
"Izzah !! Abah suruh bancuh air teh untuk abah."
Jerit adikku yang bernama Izyan kedengaran samar-samar dari bawah.
Aku yang sedang khusyuk baca artikel online depan lappy
pun terus menuju ke pintu bilik , lalu di kuakkan pintu perlahan-lahan
sambil menjengulkan kepala keluar dan fokus pada pendengaran
untuk memastikan betol ke apa yang aku dengar tadi ?
Kalau tak betul , nak rilex . Kalau betul ke dapur la bancuh air . hehe
Namun... tiada kedengaran lagi suara yang berbentuk
'fe'el amar' (arahan/perintah) itu . Sunyi ~

Tak puas hati...
Aku pun terus meluru ke bilik utama , kelihatan mak sedang
qoilullah (tidur sebelum zohor). Rehat . Nampak macam letih .
"Abah nak air ke?" tanyaku pada abah yang sedang
membaca kitab ketika itu. (kitab apa tak tau la pulak)
"Abah nak air teh panas , buat bagi sedap sedap tau."
Jawab abah sambil membetul-betulkan cermin mata nya yang longgar tu .
hoho . o,0 Aku terus meluru ke dapur dan mencapai
segelas cawan yg sederhana besar , gula dan uncang teh .
Melilau sat sementara menunggu pemanas air settle .

Usai membancuh teh dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh ,
aku mengulurkan secawan teh pada abah yang
sedang khusyu' membaca kitabnya itu.
Lalu di sambut lembut dan di letakkan di atas meja sebelahnya.
Aku terus beredar dari situ terus menuju ke kamar ku.....
-
-
-
5 minit kemudian...

Tett...tett..tett... (sms masuk)
"Hisyy , sape pulak yang SMS neh"
hatiku bermolog sendirian.

"1 new massage from "Abiy"

Terpampang depan skrin my samsung !
Lalu jariku laju menekan button "view massage"

“Turun bawah jap , sekarang”

Ecececehh abah ni , 1 rumah pun nak SMS . Moden sungguh . haha .

Aku terus berlari lari anak menuju ke anak tangga dan turun
pergi ke bilik utama dan mendapatkan abah .

Abah kata ,
"Air teh nya yang kurang manis ok dah . Tapi TERLALU PANAS."
*memang sengaja kurangkan manis sebab abah tak sihat
dan tak sesuai minum manis-manis .
Manis buah je macam yang mak selalu buat.*

Aku pun jawab lah ,
"Eerr... bukan abah suka air yang panas - panas ke?"
Jawabku rasa bersalah . huhu . Sebab , setahu aku ,
abah takkan minum kalau air tu dah sejuk , aku buat la sepanas mungkin. =.='

Mak yang entah bila bangun dari tidur nya pun tak perasan la pulak ,
sedari tadi merasa lucu dengan kerenah anak dan suaminya , tiba-tiba mencelah ,
"Memang lah , tapi jangan panas sangat air nya ,
abah sampai tak boleh nak minum . Kesian kan..."
Kata emak tersenyum lucu melihat abah yang teragak-agak
nak hirup teh untuk seterusnya sebab panas sangat. Lalu mak mencapai
cawan yang berisi teh panas itu , menuju ke dapur. Nak ejas air tu la kot . hehe

Aku hanya mampu sengih buat muka tak bersalah dan
angguk-angguk jer tanda mengiyakan kata-kata mak tadi .

Tiba-tiba abah bersuara ,
"Memang air teh buatan tangan anak takleh
lawan buatan tangan isteri ."
hikhikhik >,< Terharu jadi mak .

Aku hanya tersipu-sipu sendiri .*malu* :')
Mak rilex sajaa bhaa . ;)

Tiba-tiba adikku yang no 2 menyampuk ,
"Ha , lain kali belajar buat air. Nanti nak buat air kat suami ,
tak sanggup suami ko nak minum , panas sangat !"
lalu tertawa berderai. hisyh!

Aku pun iya - iya je lah . Malas cakap banyak . he he he
Lalu terus beredar dari situ menuju ke kamar ku ,
terus mencapai my lappy sambung baca artikel . hehe
Dan tetiba , terasa rajin nak update blog la pulak . Lalu wujudlah "entri" ni .
sori la takda apa pun . saja nak berstory , wordless actually .
hehehe ^,^ ok kot ? lalalaaaa ~

Okey , chow dulu .
wallahu a'lam.
-wassalam-

p/s : Maaf dengan penggunaan "aku" pada yang lebih berusia. :)

Matang vs Sifat Keibuan

‎"Wajah perempuan yang matang mempunyai naluri sifat keibuan."
"Tengok muka pun tahu . Macam bebudak!"
"Tak matang langsung . Macam mana lah ada anak nanti."

dan... errr...

Banyak lagi !! =_='

Memang kebanyakan wajah perempuan yang matang
mempunyai naluri sifat keibuan,
tapi bukan semua la. Heh! Ana keluarkan statement ni bukan sebab ana
mempunyai wajah budak tadika tau . ggrrr... *pengsan sat*

Bangun balik sambung cerita. Hee... >.<

Ni cerita tentang sahabat-sahabat ana lah ya . hehe
Ana ada dua orang sahabat ni , sorang ni , muka dia... alooo ~ baby face !
auww comel la jugak . *jeleskottt*
Yang lagi sorang ni pulak nampak jauh lebih matang dari yang tadi tu , *ayu gitu*
tapi sayang sekali dia tak tau pun cara nak pegang baby.
Dia terkejut bila tengok sahabat "babyface" tadi tu ,
seperti sudah biasa uruskan baby.
Ana reti ke dak nak pegang baby ? rahsia... bhahaha .
Ni pasal sahabat-sahabat ana jer eh . lalaaaa

Malas nak story pepanjang la eh . *malas nak menaip seno nye*
Kesimpulannya,
Don't judge a women by her cute face !
Pada pendapat ana , tak semestinya mereka yang berwajah
matang mempunyai sifat naluri keibuan itu . kan kan kan ?
Ana ni takde lah suka sangat dengan baby , tapi takleh nampak baby .
Nanti jadi suka . huahaahaahaa *pelik*

Kalau pergi Tesco , Giant or mana-mana pasaraya ,
Kalau nampak baby melayu , biasa lagi . but suka ! tambahan kalau yang
chinese look punye baby ! huwarghh . rasa mcm nak amek je budak tu bwk balik .
Kalau anak india , err.. biasa jer . hehe . but cute la jugak . kan ?
Nampak anak cina jer , terus lupa nak beli apa , syok dok tengok anak cina
yang comelcomel !!!! Rase macam nak geget geget je pipi yang
gebu lagi lembut itu . Kemerahan jer . Dengan mata sepet nya . ish3! geram ~
Sampai nyonya (mak baby cina) tu cuak je tengok ana .
Bhahahaahahhrrr . takut hilang anak kott. ngeeee *mukapencurihatibabycomel*
Jangan risau , ana suka lihat je . Ushar and usik dari jauh je ,
tak amek pun . Tapi kalau kasi gendong nak ajer . hehe \^,^/

*amat suka baby yang chinese look . sebab SUKA ! tatau nape .*
*gerraammm neh*
Ada jugak orang cakap :
"Selalunya orang perempuan nie walaupun tak matang ,
dia tetap ada sifat keibuan walaupun siket bila dapat pegang baby..."
# Betoi ka ?
My answer : tadaaaaa ! ---> perhaps YES ! ♥ >,<

Tapi , ramai juga yang kata ana tak matang dan masih kebudak-budakkan .
Sebab... eerr... ada laaa . mana boleh habaq . huh ! Ye erk ?
Tak kisah pun yang tu . cumaaaa...
-
-
-
Kadang-kadang risau dengan sifat keTIDAK MATANGan ana yang semula jadi neh .
-
-
-
-
-
-
-
# Tetibe terpiker , boleh sabar ke laki aku dengan
kerenah aku ni nanti ek ?
err . hehe . Kang di terajang nya akuuu . *pengsan* fuh!
#GATAL ! bhahahahaar

K , nak tidoq ! Tataaa ~

. wallahu a'lam .
- wassalam -

Layanan terhadap isteri cara Rosulullah S.A.W

  • 0

"Wanita ibarat cahaya bintang dambaan lelaki .
Tanpanya lelaki akan hidup dalam kegelapan .
Wanita yang membawa lelaki kepada kebahagiaan ."

Jika ada lelaki yang mengangkat tangan untuk memukul isterinya
kelakiannya malahan semakin tercalar !
Lelaki yang ingin mencontohi kelakian baginda Nabi Muhammad S.A.W ,
bagindalah seorang yang mengambil berat , sabar, penyayang
dan sentiasa tersenyum jika berjumpa ahli keluarganya . Subhanallah...
Inilah insan yang paling sempurna . ^,^
"Pertahankan wanita dan berbuat baiklah pada mereka."


Pink Car

  • 0

Di pagi hari yg indah...
Sewaktu sedang bersarapan bersama-sama keluarga terchenntaaa...
Ku luahkan hasratku yang telah terpendam sekian lama pada abah ,
"Abah... Izzah teringin nak belajar bawa kereta . Abah ajar la Izzah...
Lepastu kan , kalau Izzah dah pandai bawak kereta , Izzah nak kereta
yang warna pink tau. COMEL tewww."
Dengan nada manja dan memujuk sambil buat muka comel
dengan penuh harapan. heee :D

Abah jawab ,
"Kalau nak belajar bawak kereta , nak ambil lesen kereta ,
tunggu lepas kawen nnti. Suruh zauj ajarkan ."
dengan nada selamba .

Terdiam... dalam hati bertanya ,
"alaaaa... bilaa ? huhh ! "
*pengsansenyapsenyap*

Mak yang sedang mencicah biskut mendengar perbualan
si anak dan bapak tiba-tiba bersuara ,
"Izzah ni bawa motor pun takut-takut , berangan nak bawa kereta pulak.
Tak tahu lah macam mana suami Izzah nak ajar nanti .
Tak hidup terus kereta tu nanti agaknya . "

Aku di tertawa...
*buatbuatmerajuk!!*

Hahaha . apa-apa pun tak kisah seno nya. Saja ngengade
nak bawak kereta lah , apa lah.
Tapi kan , kereta warna PINK lawa kot!!
Bukan saja lawa , tapi comel ~
Ish3 , sapa lah yang kata tak comel tu memang dia tu tak comel .
hehehe. >,< SERIUSS !!
TAK CAYE ?!!
Cetengok neh ! ~


Tu baru luar…
Jom tengok dalam pulaaakk…
Jeng jeng jengggg !
-
-
-



Haa… tu kan ?
Ecececehhh ~
Suke lettewwww ! >,<
Tu laa… orang cakap tak caye ~
Hehehe ;)
akibat teruja , lalu... *pengsan* =,='

Harap Tenang , Ada Ujian !

  • 0

Apabila desakan datang bertalu-talu...
Hah! Mula la menggelabah tak tentu pasal.

Sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri daripada desakan tersebut.
Mula berfikiran yang bukan-bukan. Kebanyakannya akan berfikiran negatif
terhadap takdir perjalanan kehidupan. Menyalahkan takdir.
Mula la cemburu dengan kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Lalu
ingin memusnahkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Mula la menyalahkan orang lain di atas setiap kesusahan yang kita hadapi.
(padahal diri sendiri yang ego tidak mahu menerima
bahawa sendiri melakukan kesilapan)
Cepat marah dan emosi menjadi tidak stabil.
Berpandangan negatif terhadap orang sekeliling.
Berfikir bahawa sendiri tidak layak untuk hidup di dunia ini.. nak buat macam mana..
terlalu banyak kesusahan yang dihadapi..
(Padahal hati tidak cukup tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah)
Dan yang paling teruk, berperangai tidak elok dan mungkin cenderung untuk bunuh diri !!

Ahhh ! What the joke ?!
Well, manusia memang tidak akan mampu untuk lari daripada ujian kehidupan. Ada orang, ujian kehidupannya di beri dengan ujian kesenangan untuk mendapatkan setiap perkara yang ingin dicapai. Di beri harta, pangkat, keluarga yang membahagiakan. Ahh.. seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan dalam kehidupannya. Tapi, siapa tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa mereka. Mungkin dari luarannya kita nampak mereka bahagia tetapi secara spiritualnya tidak.
Ada orang, ujian kehidupannya seribu satu kesusahan. Sudahlah berpendapatan rendah, keluarga pula berantakan. Seolah-olah kehidupan penuh dengan kecelaruan dan keserabutan. Sudah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bebanan kesusahan, tapi masih lagi tidak berjaya. Akhirnya putus asa dengan kehidupan. Hidup seolah-olah tiada tujuan lagi. Hanya bergelut untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. Selalu berfikir, kenapa apa yang diinginkan tidak tercapai. Walau seribu satu cara dilakukan. Mungkin, kita sebenarnya belum bersedia untuk menghadapi apa yang diinginkan. Sabarlah. Berusahalah untuk bersedia mencapai apa yang diingini itu.
Duhai teman, kehidupan merupakan sesuatu yang lebih daripada apa yang kita jangkakan. Walau sesukar mana ujian yang kita tempuhi, walau berliku dan penuh onak duri jalan yang kita lalui, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia takkan menurunkan sebarang ujian kesulitan kepada hamba-Nya melainkan terselit kesenangan dan kemudahan kepada mereka untuk menempuhinya. Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Janganlah berputus asa!
Mungkin ada kesilapan-kesilapan atau dosa-dosa silam yang telah kita lakukan. Oleh yang demikian, Dia beri ujian kepada kita sebagai kifaroh (penebus) kepada dosa-dosa silam. Bersabarlah. Semakin kuat kita diberi ujian, semakin sabar dan tabah kita menghadapinya, semakin dekat kita kepada-Nya, semakin besarlah nikmat yang akan diberikan di kemudian hari. Percayalah, hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah, tetapi tidak bermakna pelangi petang tidak akan muncul di sepanjang perjalanan. Kehidupan merupakan satu ladang tanaman. Hasilnya akan kita tuai di akhirat nanti. Di hari pembalasan. Di alam yang hakiki. Allah... :)
Sungguh, kita manusia tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Mungkin, ada yang terfikir, bimbang terjerumus di dalam kekufuran ujian. Mempersoalkan setiap ujian yang diberikan Allah kepadanya. Risau. Tetapi teman-teman, berusahalah untuk terus berada di landasan-Nya. Memang, senang bercakap . Nak melaksanakannya tu ? Allahurobby... Tetapi jangan risau , manusia adalah lebih dari apa yang disangkakan.
“dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (adz-Dzariyat: 56)
Selagi kita berpegang kepada tujuan kita dilahirkan ke dunia ini, selagi itulah kita akan mampu untuk merasa tenang dan bahagia. Mungkin kita diberi ujian kesukaran hidup sekarang dan kesenangan hidup pada masa akan datang.
Kekadang pernah merasakan, terlalu penat, terlalu lelah. Seolah-olah kesukaran ini tiada penghujungnya. Menemui jalan buntu. Pada saat itu, muhasabahlah diri kita sendiri. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah dengan sebaiknya? Adakah kita mendahulukan amanah-amanah Allah di dalam kehidupan seharian kita? Sekiranya Dia sentiasa hidup di dalam diri kita, nescaya kepenatan dan perasaan kesunyian itu akan terubat. Semakin dekat kita dengan Dia, semakin kuat kita diuji. Makin di sayang , makin di uji ! Hanya orang-orang yang bertuah akan dapat merasai nikmat di sebalik ujian. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Janganlah kita kufur kedua-dua ujian tersebut. Kufur ujian kesenangan adalah ditakuti merasakan bangga dan sombong diri. Seolah-olah apa yang diusahakan adalah hasil usaha sendiri. Seolah-olah sendiri yang punya. Kufur ujian kesusahan lagi ditakuti. Seolah-olah tidak ada satu pun nikmat yang Allah berikan kepada diri selain dari kesusahan yang berpanjangan. Ingatlah, kita bukanlah seorang Nabi mahupun seorang Rasul. Tetapi kita wajib mencontohi mereka. Ujian Allah kepada mereka lebih besar daripada ujian hidup yang kita hadapi.
Namun, jangan pula bangga dengan kesilapan diri sendiri. Sudah tahu berbuat kesilapan, bangga dengan kesilapan sendiri. Malah tidak pula mahu untuk berubah. Lantaran ego yang menguasai diri. Come on la beb , move on please ~ you are better than what you think . Seriously ! :)
So, belajarlah untuk berlapang dada dengan ujian Allah. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Apabila diuji dengan kesenangan, sentiasa ingat ada orang yang lagi susah kehidupannya. Begitu juga jika diuji dengan kesusahan, ada lagi insan lain yang lagi susah kehidupannya. Bertuahlah sekiranya kita tidak gagal di dalam ujian kehidupan. Mungkin kita berjaya dalam kehidupan pada pandangan mata manusia. Tetapi belum tentu kita akan berjaya pada pandangan Allah. Bertuahlah kita sekiranya berjaya pada pandangan Allah dan juga manusia. Tetapi, pandangan manusia bukanlah apa-apa. Kerana kita semua serupa. Tiada bezanya. Melainkan darjat di sisi-Nya yang membezakan kedudukan kita. Subhanallah...
Bersabarlah dan bermujahadahlah duhai teman. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang diusahakan dapat dicapai dengan jayanya. Namun, sekiranya tidak berjaya, ingatlah bahawa perancangan Allah untuk kita lebih baik daripada perancangan kita untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang apa yang kita perlukan.
Terimalah seadanya. Pujuklah diri , agar bersyukur , bersabar dan redha dengan ketentuanNya... :)
WALLAHU A'LAM... ^__^

p/s : Nasihat ini khas untuk sahabat2 yang sentiasa di uji olehNya dan
terutama sekali untuk DIRI SENDIRI ~ ;)
Ketahuilah , Allah sayangkan kita. Kasih sayang Allah lebih luas berbanding
kemurkaanNya... Allah sayang kita , kita sayang Allah... ♥ ;)

Ciptaan Allah yang bernama WANITA !

  • 0

Ciptaan ALLAH yang bernama...
WANITA !!
Malaikat menghadap Allah dan bertanya :
"Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :
"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada
ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini memiliki lebih dari 200 organ yang selalu
bergerak agar boleh menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak membuatnya mampu
melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya.
Ciptaan ini kelak mampu membuat segala macam makanan yang dihidangkan erasa enak.
Dia seorang yang kuat kerana mampu mengandung anak dan sanggup melahirkan zuriat
suaminya berkali-kali. Dia mampu memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit.
Dia boleh melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya.
Tanpanya lelaki tidak besemangat."

Malaikat terkejut dan berkata :
"Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan ! Ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada malaikat, Allah berfirman :
"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar !
Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku.
Dia boleh menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit.
Dia kuat bekerja sepanjang hari dan malam..."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya,
lalu bertanya kepada Allah :
"Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :
"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat.
Kamu tidak mampu menggambarkan sampai dimana kekuatannya,
dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya:
"Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :
"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara,
dia boleh berdialog dan juga berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :
"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :
"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ Tersimpan air mata…
dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya :
"Kenapa mengalirkan air mata?"

Allah menjawab :
"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban.
Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan,
ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta,
kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala
macam rasa yang ada dalam dirinya..."

p/s : Jadi... jangan hairan kenapa ana suka dan mudah menangis walaupun
hanya kerana hal yang kecil dan di anggap remeh . Tapi hati ini , siapa yang tahu ?
Hanya Allah yang lebih mengerti... :)

Subhanallah.... Allah.... :')

SPM ?

  • 0
Assalamualaikum... Wanna story....
Masa ambil peperiksaan SPM hari tuh kot. Saya berjuang habis habisan
menjawab soalan-soalan SPM yang saya tak pernah belajar pun sebelum ni. haha. *pelik*
Serius ! Tak belajar pun. Tapi time periksa pergi dengan penuh semangat ,selamba
dan rilex nya tanpa sebarang persiapan . *wah! hebat kau ye Izzah...*
Haaa.. hebat la sangat... sapa yang cakap mcm tu memang
"KAU BELUM KENAL SIAPA AKU" ~ Bhahahahaharr . *gelak jahat yang comel*
Dah la datang dewan lewat , pastu keluar awal . Amacam ?! hikhihkik.
Sampai ada orang kata , "Aku tak pernah jumpa orang yang seRILEX kau ni Izzah."
Orang lain yang risaukan untuk saya , dorang piker , macam mana la budak ni
nak jawab exam , dah la tak tahu apa. Saya pun piker jugak sebenarnya.
Tapi... aahhh !! lupakan semua itu. Yang penting jawab.
Bila keluar dewan , orang pakat tanya ,
"macam mana ? boleh jawab tak tadi ?"
Saya cuma senyum malu-malu meowww je lahhh.
then jawab , "Boleh je jawab... Jawab tu memang jawab ,
semua soalan ana boleh jawab. Penuh jawapan ana taruk tau.
Tapi tak tau betul ke tak." huahaaaa =.=' >> manusia pelik!
Sebab... hantam saja bhaa !

ok la .
Mau tidorr sudah neh.
wassalam...
p/s : Result dah kuar. Jangan tanya result ! TAK PERLU... -__-
*Di edit semula pada 28/04/2012 - Sabtu*

Usrah fillah... ♥

Usrah itu perlu ada 3 ciri utama yang saling menyokong didalamnya.

Pertamanya adalah :
Taaruf iaitu Perkenalan .
Kenal Mengenali antara ahli di dalam usrah yang perlu dipupuk lebih awal. Perkenalan ini penting untuk menyalur kasih sayang dan mahabbah persaudaraan Islami di antara yang hadir dalam aktiviti usrah. Ini perlu difahami dari sudut firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10 dan surah Ali Imran ayat 103. Keduanya membawa aspek persaudaraan yang pastinya bermula dari perkenalan atas dasar iman kepada Allah semata. Disuruh juga dalam surah Ali Imran agar tidak berpecah-belah buruk sangka.

Keduanya adalah :
Tafahum yang membawa makna Memahami .
Faham Memahami bahawa hidup ini diatas keizinan yang diberi Allah dan akan ada kesilapan dalam perbuatan manusia. Maka di kala itu, diantara sahabat perlulah menasihati sahabatnya yang berlaku silap tadi teguran yang membantu dan membina syakhsiyyah baik. Dan tidak pula menghina. Adapun begitu juga dengan sahabat yang menerima teguran dan nasihat tadi, mestilah berlapang dada dan memahami bahawa agama Islam ini sentiasa mahukan umatnya saling menasihati untuk kebaikan bersama.

Yang terakhir juga poin Ketiga adalah :
Takaful iaitu Bantu .
Membantu sahabat lain yang mempunyai kesulitan dan masalah. Ini adalah berdasar dan bertepatan dengan suruhan Allah dalam surah Al Maidah ayat 2 yang dirakamkan sebegini:


"Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam urusan dosa, keji dan permusuhan. "
♥ ^,^










Yeahhh !!! Allah ma'ana... ^,^