Wanna Talk About salah satu "Keajaiban Dunia"

  • 0
- Assalamualaikum wbt -
Rasa macam nak sebar bahagia lah hari ni. Wanna talk about WOMAN. 
Yes ! Wanita. Boleh tak?? hehe... boleh boleh boleh ~ :)
*aku tanya aku jawab...cantikkk* -.-'

Sedang menaip untuk anda dari tadi. Nak share dengan anda 
semua tentang wanita. Boleh tak berkongsi disini? 
If tak suka boleh UNFOLLOW my blog. Kan kan kan ? heee :D

Orang selalu labelkan wanita dengan air mata . Oh kenapakah ? -.-'
Tahukah anda , mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan 
kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, 
kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam 
rasa yang ada dalam dirinya hinggakan tak mampu untuk di bendung lagi.
Maka menitislah air mata seorang wanita itu...
Subhanallah! Wanita adalah Mahakarya Allah yang Maha Agung.
Wanita adalah karya Besar Allah yang sangat indah dan menawan... 
Wanita adalah keajaiban dunia, lebih ajaib daripada keajaiban dunia yang anda ketahui.
Wanita satu bentuk, di sertai dengan beribu keajaiban yang menyertainya.
 Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.
Wanita dicipta Allah tidak sekali jadi. Ada proses di Arash sana. 
Sungguh , hanya Allah saja yang lebih mengetahui .


Bulatan yang ada dalam fizikalnya diambil dari rembulan, pancaran sinarnya
diambil dari matahari, kilaunya diambil dari bintang bintang di angkasa.
Air matanya diambil dari awan, semerbak wanginya diambil dari bunga-bunga,
warna kulitnya diambil dari bunga bunga mawar... Subhanallah...
Kelembutannya diambil dari desiran angin sepoi sepoi, keceriaannya
di ambil dari tumbuh-tumbuhan segar, getarannya diambil dari tumbuh-tumbuhan.
Keluasannya diambil dari samudera, kehangatannya diambil dari api,
dinginnya diambil dari salju, kelazatannya diambil dari madu.
Sengatannya diambil dari kalajengking, cerewetnya diambil dari burung.
Kelembapannya diambil dari embun pagi senyumannya diambil dari musim bunga,
sentuhan tangannya di ambil dari zakharif (intan permata).


Wanita adalah sebaik-baik keindahan dunia. Tidak ada lebih berharga di
dunia ini selain seorang wanita . Air mata wanita lebih dahsyat daripada undang undang.
Titah Raja sekalipun dapat dibatalkan oleh air mata wanita. Bidadari syurga kalah cantik
dengan wanita dunia. Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari syurga.
Kecerdasan wanita lebih hebat dari lelaki. Wanita dapat berfikir bermacam-macam dalam
satu waktu, sementara lelaki tidak. Wanita dicipta oleh Allah dengan fizikal
yang lemah gemalai, tetapi kekuatan lelaki dapat dihancurkan berkeping-keping olehnya.
Tangisan adalah senjata wanita. Air mata adalah kekuatan wanita
sekaligus kelemahannya. Bila wanita sudah mengalirkan air mata,
maka kekuatan lelaki akan hancur. Bila seorang ibu sudah menitiskan air mata
untuk anaknya, maka singgahsana Tuhan tergoncang !

Mengertilah kita akan Hakikat Kejadian Wanita ini HEBAT 
oleh SANG PECINTA yang MAHA HEBAT
Alhamdulillah... aku dilahirkan sebagai wanita ! ˘⌣˘ *SenyumTerharu*
Moga aku dan wanita-wanita lain menjadi makhluk paling indah 
kesayanganNYA sentiasa. InsyaAllah ~

Itu saja kisah Hakikat Kejadian Wanita yang ana nak kongsi. 
Thanks sebab sudi baca. Moga bermanfaat... InsyaALLAH dengan hendakNYA :)
wallahu a'lam , wassalam... ^__^

*Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata*





Err... Testing Post ?

  • 0
Assalamualaikum wbt...
Wordless yang teramat apabila melihat NEW POST jadi begini... 
¬_¬
-
-
-
Testing testing ~ 
*macam testing mic lah pulak* -.-'
Err.. actually , new post ni problem sikit. 
Compose nya hilang , sebelum ni ok jer. haishh .
Tetibe semenjak tak berapa nak menjak ni dia meragam pulak.
Pastu try klik kat atas tu . (Lihat gambar)


Tetibe dah jadi lain . Tak sama macam dulu...
Ada compose , tapi dah jadi baru la pulak , lain macam pulak rasa nya... 


Macam dah tak best pun ade... ggrrr... ˘﹏˘'
Memerlukan mood yang lebih comel untuk update la nampaknya lepas ni ya.. 
huwaahhh huwahhh ~  *pengsan*
Wahai yang dulu , ku merindui mu. hukhukhuk *sulk !*
Mungkin orang lain semua dah guna yang baru ni , Izzah je still guna yang lama tuh.
Ya, Izzah memang ketinggalan zaman New Post pun . hehe . adehlaaa... 0_o'
Okeyh , Mohon undur diri...
wassalam...

Wangian Syurga Dalam Cintamu

  • 0


Mereka berkata,
"Cinta menjadikanmu gila sedangkan kau seorang yang faham agama."
Ku katakan pada mereka ,
"Mengapa kalian iri padanya?"
Jawabnya,
"Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa mereka...."
Adakah Muhammad mengharamkan cinta dan menghina ummatnya
yang jatuh cinta ? Jangan berlagak mulia dengan menyebut
CINTA sebagai DOSA ! Jangan pedulikan apa orang kata
tentang cinta. Bukankah manusia harus menetapi pilihannya?
- Ibnu Hazm Al Andalusi -

*petikan dari buku Wangian Syurga Dalam Cintamu*

Sebenarnya....

  • 1

Sebenarnya... semua wanita islam tau menutup aurat itu wajib...
Sebenarnya... semua lelaki islam tau batasan aurat nya juga...
Sebenarnya... semua orang tahu kiamat itu akan tiba...
Sebenarnya... semua orang tahu kalau pembalasan itu pasti ada..
Sebenarnya... semua orang tau neraka dan syurga itu wujud...
Sebenarnya... semua orang takut bila bicara tentangnya...
Sebenarnya... semua orang tahu akan itu semua...

Cuma... sebenarnya...
RAMAI ORANG
BUAT TAK TAHU ! ! !
Tu jer jawapan dia sebenarnya !
Harap maklum.
Sekian terima kasih . ⌣́_⌣̀

"Diam Itu Lebih Baik"

  • 0

*Someone loves you out there...*
"Tapi dia hanya mendiamkan diri dan menyimpan
hasratnya hinggalah tiba masanya..."

Cinta ? Suka ? Minat ?
"Diamkan aje lah…"
Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap
masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu,
redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang
yang lebih beriman untukmu. InsyaAllah... ^,^
"YA! Diam adalah lebih baik!"
*NadaTegas*
Diam seorang muslimah itu, bukan kerana membenci kehadiran seseorang
tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin
kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir,
jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu
masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Ya Allah... nauzubillah... seorang muslimah itu tidak akan sanggup !

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara
Saidina Ali dan Saiditina Fatimah Az-Zahra ?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain,
tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari
pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T,
mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
*sumber : Iluvislam.com*
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan
oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian,
tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal
perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.
Allah uji selalu.Allah... sungguh lemah diri yang naif ini . :'(

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini.
Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T.
Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan
ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi
hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.


Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...
wallahu a'lam... :')

Salam Maulidurrosul :)

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم
... السلام عليكم
Alhamdulillah , segala puji dan puja kita kepada Allah SWT
yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita ,
Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta
Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul,
penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan...


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Prophet Muhammad S.A.W ,
The greatest man ever ! Subhanallah... ;)
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Tentang Ukhuwah KITA

  • 0


Edit khas buat teman-teman seperjuangan dan semua sahabat ,
kenalan yang mengenali diri ku ini... ^,^
-
-
-
-
-

Liyana | Aida | Nurul | Puteri | Tinie | Amirah | Aisha
Athirah | Huda | Khadijah | Zaidah | Aina | Acik Sanah
Afiqah | Syafiqa | Along Zalikha | Asiah | Mursyidah | Salsabila
Nisa' | Rabiah | Rahmah | Fatimah (KITAB) | Kak Ida (KITAB)
Usti | Syifa' | Hidayah | Hannan | Husna | Farah | Hanim
Fathul Arifah | Hamidah | Sai'eda | Adibah | Marina | Iman
Ummu | Nadhirah | Fatin | Syuhada | Sarah | Habibah
Dan…
ramai lagi…
Terimalah aku seadanya sebagai temanmu ,
Ajari dan bantulah aku untuk menguruskan iman ku ,
Bantulah aku untuk mengawal nafsu duniaku ,
Sokong dan bantulah aku untuk menjaga hatiku ,
Pimpinlah aku andai aku tersasar dari jalanNYA ,
Bimbinglah aku ke jalan di redhaiNya ,
Bersabarlah dengan kerenahku yang kadang-kadang
boleh menggugat iman kalian... :'3
*MAAF* Hanya ungkapan itu yang mampu ku ungkapkan .
Dan aku akan cuba berubah menjadi yang terbaik . InsyaAllah .
Janganlah membenci diriku kerana kebodohan dan kesilapanku ,
Tegurlah kesalahanku dengan berhikmah ,
Perbetulkanlah kesilapanku agar ku lebih mengerti ,
Kenanglah daku dalam doa kalian sahabat-sahabatku....
Sungguh , doaku sentiasa mengiringi kalian... :')
Bersahabatlah dengan ku kerana Allah , Iman dan Taqwa .
Iaitu persahabatan yang tidak mengenal erti
di tinggalkan kan dan meninggalkan di saat susah dan senang .
Nasihat dan semangat berjuang di jalanNya yg tidak putus-putus!
Membuat aku merasa lebih bersemangat di jalanNya keranaNya .
Allah ada , sahabat yang membimbing iman pun ada .
Subhanallah . . . indahnya ! ^,^ *TersenyumBahagia
Semoga ikatan kita yang di dasari keimanan dan taqwa
ini berkekalan hingga ke syurga .
-
-
-
-
Seperti firman Allah dalam Al Quran :

Teman karib, pada hari tersebut (Hari Kiamat),
sebahagiannya menjadi musuh
kepada sebahagiannya yang lain,
melainkan mereka yang bertakwa.”
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)
*Mohon maaf kepada sapa-sapa yang namanya tak di tulis ,
becoz ramai sangat. Bukanlah bererti tak ingat .
Ingatlah , kalian sentiasa berada di hati ini .
Doaku sentiasa mengiringimu sahabat-sahabat semua !
Semoga UKHUWAH FILLAH KITA di redhaiNya
dan kekal hingga ke Jannatul Firdaus
yakni tempat idaman kita semua ! Biiznillah ~
Izzah sayang kalian semua lillahi ta'ala !
JUMPA DI SANA YA ! J
...tau tau tau...
*AnggukAnggukComel*
Amin ya Rabb . ^_^