Dia Juga Mampu [repost]

  • 2
p/s : If ada "[repost]" tu, maknanya, post ni saya dah pernah post sebelum ni, saja saya post semula. :)

Subhanallah. . .
Masih adakah lelaki seperti ini (yang dalam artikel bawah ini) di dunia sekarang ini.
Allah. . . ! adeke ? adeke? adeke? hukhukhuk
Hmmm.... di zaman abad kini yang makin maju pesat lalu sesat
sungguh payah lagi susah . Hatta laki dan perempuan semua sama sahaja.
Allahurobby , jauhkan aku dari godaan syaitan dan
fitnah dunia yang semakin mencengkam alam jiwa remaja abad ini !
Moga di teguhkan iman yang ibarat macam graf tu haa .
Kejap naik , kejap turun . fuh! =.='
Allahumma amin ~ ^,^

Actually , saya jumpa artikel ni kat Iluvislam.com.
Saya ade ubah sikit-sikit. Tak banyak pun. So kalau sape-sape yang dah baca
sebelum ni perasan lah kot kat mana yang lain sikit dari asal. hehe . okey ? ;)
-
-
-
Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu.
Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan.
Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu.
Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut.
Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana.
Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja
yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang
tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya.
Kata ustaz di masjid kelmarin :
"Hanya jika benar kita faham apa makna dunia,
maka tiada langsung niat mengejar kemewahan
yang menggila ini akan terlintas."
Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline , ferrari , lamborghini atau lancer.
 Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar awek
chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia. Allah...

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat mereka-mereka berpegang tangan dan berpesta.
Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles.
Dia juga punya nafsu, dia juga punya rasa cinta. Adakah anda percaya?
Wajib percaya , kerana dia bukan malaikat . Hanya manusia biasa .

Dia ada hendset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa.
Dia punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga.
Walaupun hendset dia murah dan bukan i-phone tetapi dia mampu untuk bergayut
berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, dia mampu melakukannya seperti apa
yang mereka lakukan bersama si "dia" mereka itu !

Cuma dia tidak mampu untuk menghina agama. Agamanya cantik, bersih,
lengkap dan indah. Tuhannya dan Rasulnya tidak pernah sesekali mengizinkan
perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza keupayaan kita.
Dari segi fitrah , dia juga sama dengan yang lain. Tiada beza...
Cuma hanya IMAN yang membezakan nya. Subhanallah... ^,^

Ini sahaja yang dia tidak mampu melawannya tetapi mereka yang terlalu berani
membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, dia berjanji dan bersumpah andai sudah
terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri
paling berharga kerana cintanya tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempatnya berpaut dan berdoa, semoga terus melindunginya
dari tsunami dunia yang menggila. Semoga dia, diriku, anda dan mereka terus berpaut
pada dahan yang sama. Berikanlah petunjuk hidayah pada mereka. Amin ya rabb.

Aku dambakan seperti dia... namun aku merasakan...
Allah.... :'(
Aku tidak mampu menjanjikan yang terbaik,
namun aku hanya mampu mencuba menjadi yang terbaik . Biiznillah !
Wallahu a'lam .

Keletah Adik Adikku Sayang

  • 2
Just wanna share picture adik adik yang ke 9,10 dan 11.
Di snap secara spontan and candid.
Tak banyak pun , saja nak memenuhi ruang. Hehehe.
Chaloww !
"Ini kisah kami berdua SEMUA ~ ^.^"
-SI KEMBAR SEPASANG-
Aku swoh dorang pandang kamera , tiba tiba
ada iklan kartun mende ntah kat tv tu...

Lalu... AKU DI ABAIKAN ! huarghhhh ~
Rasa mcm nak gigit sorang sorang. -__-  ggrr....

Gambar agak tidak memuaskan oleh kerana pergerakannya yang terlalu pantas mcm kilat.
Entah apalah yang di bualkan itu ~ haihhh... (",)
*Si kakak tu baru lepas mandi, itu pasal rambut dia melekat lekat mcm tu. Ahakss*

Banyak lagi gambar candid dorang sebenarnya, 
semua lucu je rasa kalau tengok.
Tapi malas lah nak upload banyak2. 
Opsss ! And lagi 1, mereka agak
seksi laaaa pulak kat gambar tu... Bhahaahahaha. 
Dah macam model iklan pampers BIG TWIN BABY. >.<
Meh tengok aksi Si Kembar bersama adik nya pulaa. Lalalaaa...

Teruja dapat adik lagi agak nya... Hehehe
Anyway, mereka sangat sukakan BABY ~

Sayangg adik . >.<
*Si kakak sedang mengucup pipi adiknya...*
*Si abang tengah belek botol susu miliknya sendiri...*

Si abang hanya melihat... Sebenarnya dia pun nak main jugak , tapi dia cemburu
kakak dia da buat tak endah kat dia. huahahaahah. Kelakar je dorang ~
Aceewahhh... adik akak dah pandai cemburu yaaa... *gelenggelengsenyum*

Khusyu' bermain...

Meh tengok gelagat baby Hariz si solo ya... 
Bukan si kembar ~ hehe

Muka tercengang kamera tiba tiba muncul hadapannya... hehe
Suka sangat buat muka comel , haishhhh. *tengah tahan geram*



Mulut nganga tu nak minta susu lettew. Lapar ye... Alahai...
kesian padanmukeeeeeee ~ bhahaahahahah *gelakjahat*

Hahahaahah. Jahat nya sapa yang letak cicak mainan kat muka dia ni. Adoii.

Muka tengah panik ! bhahaahaha *gelakjahat*

Okey lahh... Cukup cukup lah tuh gambar nya. 
Malas nak upload banyak banyak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
EH APEKAH ?! bhahaahahahar :p

Adik no 8 tengah potongkan kuku.
Anyway , dia ni pemotong kuku setia saya tau. Dia sentiasa memerhati kuku
saya yang cepat panjang ni , bila nampak mcm panjang mesti dia akan cakap ,
 "Najwa nak potongkan kuku tu!"
Dengan terharu nya... ku hulurkan tanganku yang halus mulus kuku panjang neh.
*MukaTerharu* ^__^
-
-
-
-
-
-
-
-
Haaa... ni haaa... ada lagi...
Okey , for the last one... Comel kan?
" ♥,♥ "
Alololoo.... jangan la nanes ~ ^_^'
p/s : Bila tengok baby yang baru lahir, kulit pun merah merah lagi, halus mulus. 
Then try to imagine bahawa kita dulu pun macam tu jugak.
 Tiba tiba dah besar macam ni... Ehh , bila aku besar dan panjang macam ni? 
Rasa macam, "Wahhh... Magic nya!!" Subhanallah... Allah sungguh hebat !
"Kejadian Manusia" Macam 1 magic, di mana magic yang Allah buat ni, 
takkan ada 1 manusia pun yg boleh tiru ! Allahuakhbar ~ (",)

*terpana selamanya dengan keHEBATan Allah bila tengok bayi...*
Wallahu a'lam...
-wassalam-

Kisah Di Bilik Mayat [repost]

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم
Post ni dah ada sebenarnya kat blog, tapi agak serabut sikit. Lalu di edit semula dan di delete.
Kemudian, post semula. Boleh kan ? Boleh kan? Untuk peringatan kita bersama...
Actually, story ni pakcik saya yang emailkan pada saya, untuk di jadikan pengajaran.
Then, saya nak share pada semua sahabat2 dan pembaca setia blog ini. *aceewah..ade ke? bhahahaha
Mungkin ramai yang dah baca di mana mana blog or any laman sesawang. Kan? :)
Just want commemorating my self... -_-'
-Gambar hiasan-
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang
penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati
penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
 Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam,
hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak
lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan
duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul
 di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.
Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul
4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Berusia mungkin dalam lingkungan 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat
jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
 "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,
wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan
menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang 
berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini."
kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik...."

"Tapi..." tambah wanita itu lagi. "Apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, 
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, 
dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, 
anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi
bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,
malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.
Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.
Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana
perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi
waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang 
ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga 
encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,
tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya,
 tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang
menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,
saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang
sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud 
bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan 
sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. 
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat 
bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.
Wallahu a'lam
*Mode : Jom Muhasabah* :'3

#Wordless Tuesday - Tukar Baju Belog !

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم
Actually , tengah tak tahu nak update apa. So, TUKAR BAJU je la ye blog.
Setelah berpenat lelah penatan mencari template yang sesuai di Blogskin.
Berpuluh ratus juta puluh template preview, semua cancel. Pastu nak ngedit pulak.
Nak kena make header yang teramat simple comel macam saya ni lagi.... adehla... 
Bagi orang yang tidak terlalu mahir dalam dunia blogging macam saya ni terutamanya, 
memang memakan masa agak lama untuk adjust sume ni. Hiyakkk ! Kebas segala gala nya.
 Dan.... alhamdulillah, akhirnya selesai pun belog yang tidak seberapa ini.
 Hantam saja la labuuu... hoho (",) *buatbuatmukeletih*
Banyak sangat la template yang comel comel , rambang mata je nak pilih ouh. 
So, saya rasa ini yang nampak macam menarik sikit. Anda rasa ? *angkatkening*
Menarik ? Ehhh kita sama taste la... *taksangka
Opsss... tak menarik eh ? Biarkan saja... bhahahaha :p
Yang penting , saya rasa ia menarik. *smilesatisfied*
Anyway , perasan tak lagu lama baru. Dah lama, tapi saja baru bubuh.
Mesti ramai yang dah biasa dengar lagu ni.
Best kan lagu Baba Baba neh ?
Adik kembar dengar pun angguk angguk jer...
Okey, takde apa nak story pun, saja nak meluangkan masa dengan belog kejap.
Chalowww. Wassalam.

Adik Baru... ^__^

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم

Alhamdulillah...
Kitorang dapat adik lagi ! Adik ke 11 . *angkat tangan say YEAYYY ~*
 Baby Hariz selamat di lahirkan pada 11/04/2012. Waktu pagi... pukul berapa tak perasan... hehe -_-
Ok , now malas nak type bebanyak , just wanna share pic baby yang sempat di snap !
Sebelum ni dah ada post kat fb , tapi 1 jer... So nak post kat blog je la okey ?
Tak banyak sangat pun , sebab mak tak kasi amek gambar bebanyak. Kenapa? Entah... hehe
Nak tengok tak ? Comel uhhhhh. Baby boy pulak tu. Dah lah Izzah sukaaa sangat ngan baby boy tau.
 Baby girl pun suka jugak. Tapi entah kenapa lebih cenderung kepada baby boy. Hehe 
Tapi ngan adik adik tak pilih kasih la ye, semua layan sama jerr... 
Cuma adik2 yang kecik selalu kena cium , kalau adik2 yang dah bebesar ? Auwww!! *pengsan -__-'
Okey... now jom tengok pic baby ~
-
-
-
-
Masa dalam hospital lagi... ^_^

Zzzzzz...

Setibanya di rumah... Tidur je kije. hehe

 Haihh... Tido lagi ! -_-
Ehem... mimpi apa la tu... Nyenyak btol...




Meh nak kejut baby ni... Bangun sayangg... Bangun bangun... 
*sambil mencuit pipi nya yg comel*
  Ada orang nak tengok kamu neh sayangg ~ (",)

Ha kau ! Bangun pun... hehe
Muka nya tercengang je nak kenal orang2 sekeliling.
(Pipi dia tu... di cakar oleh diri nya sendiri... adess -_-' )

Inilah... Hariz !
Dia boy... Tapi serba pink jer kan. Ni semua sebab si lover pink nihh la, semuanya nak pink! *Izzah lettew*
Ehh... cute what !! hehe ~ *senyum satisfied*
Sori... sempat snap pic time dia tidur je... Hehehe. Bukak mata je... Mintak susu kelaparan... :'p
Saborr je laa... Nanti kite snap bebanyak eahh. Insyaallah... ^__^
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak tengok lagi tak ???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa... 
*sure ramai yang kenal ! Acecehhh... perasan jerr...*
Ish Ish Ish... Comel nya...
*Ada sama macam baby di atas tu tak??*

Sape ni ye ?

Jari ade inai gituwww...ehek3

Mulut kemain lagi... Mak arr ni. Mentang mentang kecik lagi time nih, bagi cukup cukup! haha. adesss... -__-'

Ini lah Izzah ! Ehh... apekah ? Bhahahahaha *senyum memalu* 
p/s : Anyway Izzah dan Hariz nye dah ada. 
Sapa nak tolong jadi Mila pulak nih ? Ahaksss ! *tah pape* - SILA ABAIKAN! -

Secawan Rindu Ilahi

...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم

Wanna share 1 puisi kiriman dari teman di facebook.

Desir angin dan ombak merdu pantai tak membuat hati tertawan...
Hijau gunung lembah dan mekarnya bunga tak membuat hati terlena...
Kesunyian dan kehampaan tak terobati dengan kefanaan...
Hanya harapkan kasih sejati sang penawan...

Wahai kasih... 
Kerinduan ini bak padang pasir harapkan hujan...
Kerinduan ini bak kelamnya malam rindukan bulan...

Apakah engkau mencari secercah cahaya dalam malam yang kelam...
Apakah engkau mencari setetes embun dalam dahaga yang mendalam...
Apakah engkau mencari nyanyian merdu dalam keheningan sendu...
Apakah engkau mencari sepenggal harapan dalam asa yang hilang...

Tak kan ada yang dapat mengisi cawan-cawan rinduMu...
Tak kan ada yang dapat mengisi relung hampa hatiMu...
Hanyalah Ia sang pengisi kehampaan...
Hanyalah Ia sang pengubat rindu sejati...

Sahabat...

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم
Jangan kau sangka sahabatmu yang sering menegurmu itu
adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kau fikir  sahabatmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat  sahabatmu yang tegas beragama itu adalah manusia
yang paling sempurna.
Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.
Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka.
Sahabatmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga manusia.
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke
syurga bersama sama, insyaAllah ♥
p/s : Siapakah orang-orang yg berjaya?
Ha... Dalam surah Al-Mukminun ada sebut ciri ciri nya... Bacalah... (^__^)

"Love is Cinta"

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم

Wanna talk about LOVE. *ehh apekah?
Well, ada jugak nanti yang akan cakap, "Izzah ni, dah gatal lettew." bhahahar
Oh no ! Mana ada cekkk. Steady je nihh. Just wanna SEBARKAN CINTA lahh... Tak suka ?
Opsss... Jangan risau , tak perlu gundah gulana. Boleh unfollow my blog. OK?
Tiada paksaan pun. hehe.Thats all ~ lalalaaaaa ^.^'
Adakah tapak tanganmu berkeringat, 
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? 
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? 
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? 
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah
 yang diinginkan semua orang?
 Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana 
kamu tidak ingin melukai hatinya?
 Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya 
membuat hatimu melompat? 
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu 
mengambil berat tentangnya? 
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap 
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
 Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang
 kamu senangi untuk kepentingan dirinya? 
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
*ehh apekah ?! sweetnyaaa...adedehhh...romantiknya gambar ini... fuh! hahaha :p 
(Sekadar hiasan yaaa...)
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan?
ITULAH CINTA.
Adakah kamu tetap bertahan kerana kekurangannya menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
 ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA!
Jika benar kamu berjodoh dengan seseorang itu,walau 1000 wanita/lelaki hebat menghampirinya, mereka takkan berjodoh kerana kamu lah jodohnya... Allah dah tetapkan dari dulu lagi.TRUST ME !!
To all my lovely muslimah...
Boyfriend will be perfect if only he was your husband. Seriously !
Selagi BIBIRMU meniti nama seorang lelaki, selagi itu kamu tidak akan dapat
 MEMILIKI cinta dari yang ESA...
Selagi HATIMU mengingati seorang lelaki, selagi itu kamu tidak
akan dapat MEMILIKI cinta dari yang ESA...
Selagi DIRIMU mengejar cinta seorang lelaki yang BUKAN HALAL bagimu,
selagi itu kamu tidak akan dapat MEMILIKI cinta dari yang ESA...
Jangan melebihi cinta manusia daripada cinta Yang Maha Esa...
 Berpada-padalah dengan cinta yang tidak kekal itu...
-Wallahu a'lam -
Assalamualaikum Cinta... Waalaikumsalam Rindu.. 
Aaauuuwwwwww GELI GELI GELI ~ LEPAS KAWEN TAKPE GAK... *pengsan*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anyway... I dah jatuh cinta dengan budak comel ini ~ lalalaaa...
Anda bagaimanakah? hehe :'p
Comel kan kan kan ? Suke jugak lettewww... :'3
Tak suka , DIAM ! ngeh ngeh ngehhh...
p/s : Aaron Aziz itu HARIZ saya. - Izzah- 
Bhahaahaha... eh apekahh ! ish ish ish... *tutup muka* :'3
-Wassalam-

Tak Solat Ya ?

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم

Baru lepas tolong abah booking airasia ticket secara online. 
Tiba tiba teringatkan belog yang tak seberapa tapi comel macam saya ni. 
Lama rasa nya tak update. Kan kan kan ? *sambil melambai lambai*
Aceceh padahal tak sampai sebulan pun.
Overlah u ni Izzah. fhewww ~ *sakit gigi...ggrrrrr* =_="

Okey , start !
Wanna talk about orang yang tinggalkan solat .
 Credit to Ustaz Azhar Idrus... *janggut ustak comei*
-Alamak kenapa UAI hala kan camera kat Izzah ni... Alaa... malu laaa... hihihik-

Sedar tak , masih RAMAI yang MENINGGALKAN SOLAT !
1 KeFARDHUan yang paling besar dalam Islam .
Orang yang tidak mengerjakan solat ini tidak layak bernama ISLAM.
Kerana orang yang tidak solat adalah musuh Allah , musuh Malaikat , 
musuh Para Rosul , musuh Para Nabi , musuh orang yang beriman.
Tetapi kita tak pandang meninggalkan solat sebagai satu JENAYAH !
Bagi kita jenayah nya ialah pembunuh , perogol , peragut atau pun rompak dan samun. 
Meninggalkan solat TAKDE APA... *Oh what nonsense!! -.-'*
Bahkan ada orang yang di hormati walaupun dia orang yang tidak solat.
Hukumnya HARAM kita cium tangan orang yang tidak solat. 
Tapi kita ni JAHIL ! Tidak ada ILMU ! 
Tangan orang yang tidak solat di cium ? ewww... LAILAHAILLALLAH ! !
Tok guru kite kata , 
Baik kita cium hidung kambing daripada kita cium tangan orang yang tidak solatKerana orang yang tidak solat, telahpun di janjikan masuk NERAKA SAQAR !
Allah hikayatkan dalam Quran , 
Malaikat bertanya,
"Apa sebab kamu duduk dalam api ramai sangat ni , 
sampai berjuta-juta orang duduk dalam api ni ?"

Maka jawab mereka itu,
"Kami bukan penjenayah hebat , kami bukan rompak bank , 
kami bukan perogol bersiri , kami bukan geng pancung kepala orang , 
cuma kami TIDAK SOLAT jer..."

Tidak solat ? 
Tak kira anak raja, anak permaisuri , anak menteri , presiden dunia sekali pun , 
pasti tuhan letak ke dalam Neraka Saqar ! Allahurobby... 

Nak ke ??
Nauzubillah... *tutup mulut geleng geleng kepala*
Muhasabah balik... Jagalah solat kita , kerana itu HAK Allah.
Kalau kita jaga hak Allah , nescaya Allah akan jaga hak kita... InsyaAllah !
wallahu a'lam...