Gambar Ini Berbicara?

  • 0
Okay. Biarlah gambar ini berbicara.
It's difference antara orang yang kita suka dengan orang yang sayangkan kita.
Seriously. I'm really TOUCHED
Cinta itu bukannya harus di DELETE tapi di HIDDEN hingga nantinya akan di APPROVE untuk yang halal.
p/s : Ya. Tahu. Its jiwang. *eh apekah Fhewww. =.='
Lalalalalaaa ~ :p 
*comei dak ?
Okebai !

-Wallahu a'lam-
...Wassalam...

Google Mall. Eh.

  • 0
السلا م عليكم 
بسم الله الحمن الر حيم
Memang sedih dan geram bila kita nak sesuatu itu. Tapi kita tak dapat. Kan ?
Tambah tambah time tengah sopeng sopeng. *shopping* 
Gggrr... Well, rasa macam nak angkut satu dua supermarket bawak balik. Haha.
Bila gi sopeng je bilamana yang lain sedang beli ikan, sayur or whatever. 
Aku dok melilau pi tempat lain dan mesti akan tersangkut kat kedai buku. Confirm kes punya bah.
Berapa lama pun takpa lepak situ. Rasa macam nak tidur kat situ jer.
Huahaha. Kalau bukan kedai buku, mesti kat tempat yang jual gadget.
Kalau tak jugak, mesti tempat es krem, coklat. Eh. =.='
Tapi kali ni bukan sopeng sopeng. Ni saje jenjalan kat Google Mall je.

 Alaaa....
Benci betol lah jenjalan kat Google Mall tu. Eh ade ke Google Mall? Harharhar. *saja jer*

Okay. Saya nak semua yang di atas tu eh ! =.='
Eh. Rumah idaman ?
Amacam ?
Agak agak buleh dak tagha tu ? Hikhikhik
Kira paling kurang dah ar ni. Kalau up lagi, takleh. Japgi pengsan. *Eh apekah.
Okay ah tu. Kan ? >.< *blink blink*
Pink tu yang tak leh tahan tuh. Haishh.
Nafsu belaka! *huduh benor* =.='
Okay. Takde apa pun sena nye.
Actually saja saja nak cuci mata sikit. SIKIT ja. Hehe.
Apa pun bersyukur dengan apa yang ada. Bersabar dengan apa yang tiada. -UAI-
 Ggrr... Tengah sabar la ni. Sesungguhnya keSABARan rasa teruji lagi di uji
bilamana mata melihat gambar gambar di atas. Uish, kena jaga pandangan ni. -.-
Bhahahahahar. *padan muka aku*
Well, alhamdulillah. Sekurang kurangnya keperluan semua cukup walaupun sometimes
tak dapat yang kita nak. Kalau tak puas hati jugak, check hati balik !!
Mesti ada apa apa yang kurang menyebabkan hati jadi macam tu.
Pupuk lah hati dengan sifat Qana'ah.
Sentiasa merasa cukup dengan nikmat apa yang ada. 
InsyaAllah tenang je even apa kita nak kadang kadang tak pernah dapat. 
Kan ? ♥

p/s : cari sendiri. eh apekah. *abaikan*

:::Wallahu a'lam:::
♥ Wassalam 

#Wordless Sunday (Baby)

  • 0
بسم الله الرحمن الرحيم
 السلا م عليكم ورحمة الله

Jika anda mengajar agama kepada anak lelaki,
seolah olah anda mengajar dia seorang sahaja. 
Tetapi jika anda mengajar anak perempuan,
maka sebenarnya anda telah mengajar ummah. 
- ibnu badis -
****

Well, actually tak tau nak update apa.
So just wanna post gambar cecomel sajaaa.
✿ Zasssss ! ✿ 



Abang mithali ~
Okay, tu jer. Malas nak upload bebanyak. 
Tak de keje memang gini. Heuheuheu ~
Ehhh !
Haaa. Ada lagi. Rasa macam teruja ouh bila tengok gambar ni. :')
*Gambar ni bergerak gerak , format gif. Menambahkan lagi kecomelannya*
˙·٠•●❤


Subhanallah.*tangan di pipi*
Comel kan! Okay. Jom pengsan beramai ramai. Bhahahahahar
p/s : Whoaa. Kenapakah hari ni rasa macam nak ajak orang gaduh lah. 
Harharhar. Eh apekah.
*sila abaikan* >.<

˙·٠•●❤
...wassalam...

Sesuatu Yang Pasti !

  • 0
السلا م عليكم ورحمة الله
بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang kita masih bernyawa.
Kita masih berjiwa.
Namun….
Setelah sampai ketentuan Allah, kita semua akan jadi macam
bangkai yang tidak bernyawa.
Allah telah menetapkan bahawa bila sampai masa dan ketikanya,
sekelian makhluk bernyawa ciptaanNya, pasti tidak bernyawa lagi.
Kenapa tidak bernyawa?
Kerana yang bernyawa akan menemui mati akhirnya.
Setiap yang bernyawa pasti akan sampai ajalnya.
Ajalnya adalah kematiannya.
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ ۞
Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.”
 (Surah Ali ‘Imran ayat 185).
Dalam surah lain pun ada.
Tapi takda pun dalam quran ayat Allah kata
"Setiap yang berjiwa pasti akan merasai perkahwinan." Kan ?
Ajal maut itu KETETAPAN. (sudah pasti)
Jodoh itu KETENTUAN. (tidak pasti, rezeki masing masing)
Tapi tengok orang sekarang asyik sebok dahulu kan hal yang tidak PASTI. *termasuk aku
Tak salah, tapi apalah salahnya dahulukan dan utamakan yang pasti. Kan ?
Ya, sesuatu yang pasti, tapi tak pasti bila. Yang pasti nya, ia adalah PASTI !
*bukan PASTI tadika tu ya! huhu
Hinggakan hal yang sudah pasti termaktub dalam Al Quran di abaikan.
Allahu allah. Nauzubillah... ˘﹏˘'
Orang tua mati, kanak-kanak pun mati.
Lelaki mati, perempuan pun mati.
Pemimpin mati, rakyat jelata pun mati.
Insan mulia mati, insan hina pun mati.
Orang kaya mati, orang miskin pun mati.
Para Anbiya dan auliya pun mati.
Para mukninin dan solihin pun mati.
Yang suka mati pun mati, yang benci mati pun mati.
Yang sakit pun mati, yang sihat pun ramai yang mati.
Orang gagah mati, orang lemah pun mati.
Para pesakit mati, para doktor pun mati.
Cikgu mati, murid pun mati.
Tukang gali kubur dan tukang mandi mayat pun mati.
Pendek kata….
Semua kita akan mati. Semua yang bernyawa pasti akan pergi.
Pergi takkan kembali tapi akan kembali. *eh apekah
Kembali bangkit di alam barzakh la maksudnya.
Hidup ni 2 kali, mati cuma sekali, tapi sekali tu pun rasa macam... err... -_-'
Yang tidak mati hanyalah Zat yang memiliki kemuliaan,
kekuatan, keagugan dan keluasan. DIA lah Allah SWT.
Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang Menciptakan
kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji
siapakah insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hamba-hambaNya.
Kalau semua kita akan mati, maka apakah tindakan kita?
Apakah persiapan kita?
Kita masih mahu menimbun dosa?
Kita masih belum puas membuka dan menelanjangkan aib manusia?
Apakah kita masih belum puas dengan harta yang ada?
Allah, kita semua akan meninggalkan dunia yang fana ini,
walhal bekalan kita tidak seberapa. ˘﹏˘'
Sungguh, persiapan kita pula tidaklah sesungguh mana,
walhal semboyan kematian semakin kuat kedengaran.
Maka, apa jaminan yang kita akan hidup sampai besok?
Takda siapa pun boleh bagi jaminan yang kita confirm akan
dapat hidup sampai esok. Japgi pun tak sure lagi. Kan ?

Anyone ? Hmm. ˘﹏˘'
:::Mode : Muhasabah::: 
p/s : Kenapa semua orang bertanyakan pada saya soalan 
yg sama setiap kali tegur/jumpa. "Bila nak kawen ni Izzah?" 
Jangan la di tanya. Mana saya nak tahu. huhu :'/
Sampai masa nanti saya hebahkan lah. InsyaAllah. Not now.
Bila di tanya soal jodoh, saya seolah olah di tanya tentang kematian,
"Bila nak mati?" Tahu ke nak jawab? Seriously, tak tahu. 
Even kalau kawen ni memang kita yang rancang, 
namun Allah jualah yang menentukan.


Wallahu a'lam
- wassalam -

Aku lebih baik dari dia ?

  • 0

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا م عليكم ورحمة الله
Just wanna share serba sedikit tentang Azazil.
Who know who is Azazil ? Okay.
Azazil adalah ustaz kepada para malaikat. Dia sangat alim dan ibadatnya 
paling banyak di kalangan malaikat hingga diangkat sebagai ketua malaikat.
Alim dan abid yang hebat, dialah yang paling makrifat dan mengetahui hakikat 
serta paling dekat dengan Allah. Tapi bila diciptakan nabi Adam, dia enggan sujud pada
Adam dan berkata pada Allah..
"Ana khaira minhu!"(aku lebih baik dari dia!)

Asbab perkataan 'aku lebih baik dari dia' itulah, dia dilaknat selaknat laknat nya dan
 menjadi iblis laknatullah, semua keturunannya dilaknat Allah smpai kiamat!!!!! 
Allahurobby... ˘﹏˘'

Sedangkan memang hakikatnya dia lebih baik dari adam secara logik.
Dia dari api, nabi adam dari tanah,
Dia ketua malaikat, nabi adam cuma insan,
Dia paling alim, nabi adam baru lahir dan di cipta belum tahu apa apa,
Dia paling kuat ibadat, nabi adam belum ada apa apa ibadat...
Kan ?

Allah tahu Azazil lebih baik dari nabi adam.
Tapi Allah sangat sangat sangat BENCI kepada sifat 'ananiyyat' (keakuan) yang ada dalam 
diri Azazil iaitu sifat takabur. Sifat merasa diri lebih baik dari orang lain.

Maka sedangkan sehebat hebat ilmuan dan ahli ibadat ahli makrifat macam Azazil
 pun boleh kantoi dgn sikap 'aku lebih baik dari dia', maka apa jaminan makhluk 
munafik dan hina macam kita ni untuk selamat dari sifat sifat seperti itu tu?????
 Allahu allah... ˘﹏˘'

 إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ
Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat.
Mari sama sama kita baiki niat. Janganlah sampai ada yang tersasar di antara kita.
Nauzubillah... :'(
-Komen yang sangat serius dari Si Penulis-
(Wallahi semasa saya tulis ni pun syaitan dok bisik,'lepas ni mesti orang fikir kau ni tawadhuk, tulis lagi , tulis lagi...'˘﹏˘'
Celaka punya syaitan ! Laknat kau dalam neraka !!!!

Warkah Buat Aku dan Kamu :)

  • 0
بسم الله الرحمن الر حيم
السلا م عليكم
Erm berdebar-debar nya. Nervous. Sebab?
Sebab selalu merepek, kali ini nak serious sikitlah. Boleh? Sikit je.
Tak serious sangat pun. Hehehe. Kadang kadang serious itu perlu.
Heh ngada ngada pulak ya. Huahahaha. Okay. Baiklah.


Awak ni kan... cantik sangat-sangat. Entah lah, saya jumpa ramai orang cantik,
 tapi awak ni naturally. Banyak yang saya jumpa, lawa sebab mekap. 
Eh, saya suka tengok awak. Dari sudut mana pun, mesti lawa. Buat muka straight ke, 
buat muka suwit suwit *sweet* sikit ke, semua lawa! Sampaikan bila saya tenggok awak kan, 
saya mesti akan fikir, kalau macam ni lah cantiknya Allah boleh jadikan seorang 
manusia biasa, mcmana agaknya bidadari syurga. Sebabnya digambarkan bidadari 
syurga tu, bila tengok dia, luluh hati dan jantung sebab cair, sebab lawa sangat.. 
Tengok awk pun saya dah luluh. Hihihik.

Ehh tetiba bunyi macam pelik pulak. Auchh, mesti awk seram. ˘﹏˘'

Tapi benda yang saya nak cakap ni, erm, terlebih dulu saya nak bagitahu yang 
tujuan saya cakap ni tidaklah lain tetapi hanya sebab hati ni berasa terpanggil untuk 
menyampaikan. Eh, nanti lah saya elaborate lagi. Kita pergi dekat content dulu ea. :D

Awak, sekarang ni, macam banyak kan modeling islamic? 
Dan banyak muslimah-muslimah punya style. Berhijab gituww.

Kita semua nak jadi muslimah yang sejati. Wanita yang solehah. Perempuan islam, 
yang taat kepada Allah dan Rasul, kita semua nak jadi... kan kan kan ? Hehe

Tapi dengan izin Allah, kekadang kita terlepas pandang beberapa perkara yang 
tersasar jauh dari titik muslimah tu. Dalam hal ni, saya nak ajak kita renungkan soal hijab.

Sebelum tu, saya dgn rendah diri dan hati nak mengajak kita sesama ponder, apa maksud hijab.
Kalau tengok ayat ni kan, “Semoga terhijab segala dosaku dihadapanMu kelak...”
Maksud hijab tu adalah macam tutup, cover, lindung, hilang... kan? Yeke? Hehe

Actually memang maksud hijab mcm tu. Hijab – bukan refer pada sehelai kain yg 
disangkut di kepala dan bertujuan untuk menutup rambut sbagai aurat wanita.
Tapi hijab – refer kepada pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan 
menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan.
Bila Islam mewajibkan ke atas wanitanya untuk berhijab, maka itulah yang Dia mahukan.

Eh, tengah tulih tulih ni... Okay, tetiba saya jadi malu. Malu pada diri sendiri.
Sebab, terasa dengan diri sendiri. Allahurobbi. Eh apekah? -___-

Tapi itulah, kita sesama berusaha baiki diri, dan seru orang lain. 
Sebabnya, kita tak nak pelihara diri sensorang, tapi kita nak saling memelihara. 
Dalam surah al 'asr kan Allah kata, demi masa, manusia tu dalam kerugian, 
kecuali orang yang saling berpesan dengan kebenaran 
dan saling berpesan dengan kesabaran.

Awak. Kecantikan awak yang Allah kurniakan itu, yang saya jeles tu, hihi, 
saya dengan rendah hati dan sedar diri, dengan penuh jahil dan fakir, nak ajak 
awak hijabkan dia (kecantikan/aurat). Hijab di sini, hijab seperti yang islam maksudkan tadi tu.
 Pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi,
merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan, dari pengetahuan dan idea
 mana-mana lelaki bukan mahram.

Hanya lelaki terpilih saja, yang halal saja, melihat awak apatah lagi menyentuh awak,
 seterusnya menyayangi dan mencintai awak hingga ke syurga Allah. Awwwww. >.<

Kita sesama berusaha ke arah ni. Saya menulis ni, bukanlah bermakna hey saya 
dah perfect dah berhijab, no no no, nehi ! Tidak. Tidak sama sekali. Hijab wanita tu ada 4.
Hijab tubuh, hijab mata, hijab mulut, dan hijab hati. Ok, take note ya.

Kita bersama sama berusaha ke arah ni. Ke arah menjadi muslimah yg sejati, 
wanita yang solehah, hamba yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul.

Kalau awk tak sure kan, betul atau tidak ini dan ini, awak berbalik semula pada 
konsep hijab yang basic tadi. Kemudian awk analyse la, bila awak berbuat begitu dan begini,
 adakah menepati konsep hiijab tadi? Kalau tidak maka bertindaklah, kalau ya maka 
Alhamdulillah semoga allah mengganjari usaha awak. :)

Sejujurnya, saya juga masih jauh tersasar. Tapi itu pun Allah masih sudi lagi hantar 
orang pada saya untuk menegur saya. Tapi kadang saya bebuat tak endah je. Tapi dalam hati...
 Seribu satu hal dan persoalan yang sedang di fikirkan dan tak mungkin dapat
 di ungkapkan di sini. Sungguh, walaupun kadang kadang rasa sentap, allahuakhbar saya rasa
sangat bersyukur kerana Allah masih sayangkan rupanya. Besarnya nikmat ALLAH pada 
saya yang hina ni, bila Dia sudi tuntun balik langkah kaki saya ni untuk kembali berpijak 
di atas jalan Nya. Padahal Dia boleh je pilih untuk biar saya, siapa suruh saya yang teruk, kan? 
Itulah tandanya, Allah tu Maha penyayang terhadap hamba2nya, 
semahu mahunya kita masuk syurga, Allah lagi mahu hambanya masuk syurga, 
se taknak2nya kita kena azab, Allah lagilah taknak hamba2Nya yang 
Dia sayang semua ni kena azab. Dia pun tak sanggup. Allah maha pengasih dan penyayang!
Allah tak kejam, apa lagi pada hambaNya. Allahuakhbar... :') *sebak pula tiba tiba

Ya, masih banyak lagi dan terlalu luas lagi aspek kehidupan yang perlu saya baiki untuk saya
benar benar jadi seorang muslimah yang benar benar MUSLIMAH. *byk nye benar2

Menyebut tentang muslimah, saya nak kongsi sikit maksudnya. 
Muslimah tu ialah wanita yang islam. Hmm, dalam maksudnya tu ya.

Islam maksudnya “tunduk, menyerahkan” kepada Allah. Perempuan yang islam, 
ialah prmpuan yang tunduk dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga dia kepada Allah. 
Dia sanggup bersusah berpayah, hanya untuk Allah. Dia bersenang bergembira, 
pun hanya untuk Allah. Apatah lagi dia berpakaian, bergaul, berhubung, dan sebagainya. 
Of course, di samping dia penuhi ibadah-ibadah wajib. Itulah muslimah. *aku? hmmm... :'(

Bila kita mengaku kita seorang muslim, adakah kita benar benar sudah hidup 
dalam keadaan tunduk kepada Allah? Sama-sama muhasabah. Banyak pincangnya 
dalam diri saya ni, tapi saya tak kan sekali-kali biarkan kawan-kawan sekeliling saya 
pun turut berpincangan. Saya ingin membawa manusia ke syurga, walaupun 
saya sendiri belum tentu layak masuk ke syurga. Wallahualam. :'(

Akhir kata, itulah saja yang saya nak smpaikan dekat awak. Kalau ada benda 
yang awak tak setuju, atau awk keliru, ur mostly welcomed to ask or discuss with me.

Saya simpulkan sikit, dalam warkah ini, saya dengan rendah hati dan penuh fakir ingin 
mengajak diri saya sendiri, dan awak semua wahai muslimah, untuk kita sama sama ponder
 balik erti hijab, dan apply kan dalam hidup kita.Wanita itu rahsia Allah. Dan Allah akan pilih 
adam yang istimewa saja untuk tahu rahsia itu nanti, bila smpai masanya nanti, insyaallah.

Okay.
Sesungguhnya, hamba sedang menegur diri sendiri... :'|
dan juga buat muslimah di luar sana...

p/s : Lagu "Abre Entra" ni best kan? Tapi sayang, tak tau makna dia. :'(
1 more, semalam gi teman adik tengok baju akad nikah dia. 
Subhanallah. Cantik baju akad nikah dia ya. Ahakss. 
Jeles ke? Okay. YES! SO WHAT? Hehehe. Okbai. >.<

wallahu a'lam.
wassalam