Wordless #OnFridayNight

  • 0
*terkebil kebil*
PANG! DUSH! K dah.
Bismillah. Assalamualaikum ols. ^__^
Err... Rindu... *peluk blog*
Ketandusan idea yang semakin menjadi jadi ini membuatku rasa
awkward untuk menulis. Fikiranku kosong. Melayang entah kemana.
Terpinga pinga di depan laptop.
Jari menari nari kosong di ruang keyboard.
Seolah olah tiada hala tuju. Ah!

Bila time ada benda nak tulis, rasa malas pula nak kena on laptop semua.
Kalau di ikutkan bermacam macam hal yang saya nak tulis sebenarnya.
Tapi... Depan lap je jadi blank. Hahaha. Mengada kau ni Izzah!
Jadi twitter saya pilih sebagai medan spontan untuk saya bermonolog,
merepek, berborak, tarbiyah dan apa saja secara spontan. 
Copy or retweet bila malas nak perah otak. Haha.

Okay. Apa benda ni sebenarnya. Tiba tiba cerita pasal Twitter pula.
Promote twitter ke apa hah?! Muehehe. Haishh. *sigh*

Agak sibuk kebelakangan ini.
Sibuk dengan hal sendiri ! Hehe.
*bajet busy macam bisnes woman je kau*

Nak tulis. Tapi tak tau nak tulis apa sebenarnya. 
HAHAHAHA. Okay. Tak lawak. -_-"

Ya, saya bukannya reti nak berbahasa indah berbunga-bunga 
macam novelis , travelogis semua tu. Buat je lah mana yang termampu.  
Merepek. Pun seni. Kan? Ahakss.

Sudah lah.
Surrender.
Nak update ini saja pun sudah benar benar
mencuri masaku sebenarnya. Gggrr. Lama ni, tau dak!
*jeling kat jam lappy*
Hahaha. Adedeh. Lain kali saja.
SUDAH!

Eh. Kadang-kadang hati kita sering berbelah bahagi. 
Kan? ˘﹏˘'

Aku dan rasaku.

  • 1
Bismillah.
Mereka suka kata aku ibarat patung.
 Dan ibaratkan aku dengannya yang tak punya perasaan.
 Sejujurnya, ku juga punya hati. Apa lagi perasaan. 
Aku manusia biasa. Lupa?

Jika aku sedih.
Kalian cuma mampu tolong berdukacita. 
Sedangkan hakikat yang sebenar, kalian tak rasa apa yang aku rasa. 
Tak sama. :'(

Jika aku gembira.
Kalian cuma mampu senyum tanda bahagia untukku.
Hakikatnya kalian tak rasa apa aku yang rasa.
Betapa gembiranya aku tak sama dengan gembira kalian. Tak sama.

Aku juga tak tahu apa yang kalian rasa sebenarnya.
Aku dah usaha. Tapi aku tahu, rasa nya tetap tak sama. Kan?

Jadi, aku lebih memilih untuk cukup aku dan penciptaku saja yang tahu.
Hatta sahabat sendiri. Keluarga terdekat cuma tahu isi hati. Bukan rasa hati.
Kecuali... Bakal imamku nanti. Siapa dia? Aku tak tahu.
Aku tak tahu bagaimana nasibku nanti. Maka aku bersabar dengan aturan Ilahi.
Bukan sekarang. Mungkin nanti. InsyaALLAH. Pasti nanti.
Ya. Dengan dia lah aku akan berkongsi segala rasa hati. Walaupun aku tahu
dia mungkin bukanlah terlalu mengerti. Tapi dah dia yang ada di hati. 
Redhanya atas redhaNya adalah syurgaku.
Dengan izinNya. Dia jugalah antara insan yang aku nak jumpa kat syurga nanti.
Jadi, setakat nak berkongsi rasa hati, apa aku peduli ? 
Hahahaks. *tetibe mood kawen* 
K, sila abaikan. *tergelak kecil*
Takku nafikan.
Aku lebih suka dan banyak menyendiri. Tapi aku tak suka hidup sendiri.

Maha hebat Allah. Mencipta kita semua manusia sama
Ada hati. Sejujurnya aku tak pernah tengok pun rupa hati manusia. Bentuk 
macam mana pun aku tak tahu. Para medik mungkin tahu.
Yang aku tahu...
Kita cuma di pinjamkan sebentuk ketulan daging bernama hati, 
Tapi mempunyai 1001 perasaan yang berbeza walaupun terkadang sama.
Tapi kita tak rasa.

Subhanallah. ALLAH MAHA HEBAT!
Bangga aku menjadi hambaNya !
Punya tuhan sehebat Dia !
♥ Allah. Allah. Allah. ♥
Aku bahagia dengan jiwaku. Inilah rasaku. Allah di hatiku. Islam agamaku.
Al Quran temanku. Muslimah solehah usahaku.
Si soleh harapanku. SyurgaNya impianku. RedhaNya hidupku.
Doa, teguran, nasihat dan bimbingan dari kalian adalah penguatku.
 Aku dengan izinNya, tetap dengan jiwaku. :')

Biarlah begini. Aku selesa begini. 
Allahu akhbar!

Wallahu a'lam.
Wassalam.

Monolog Seorang Muslimah Desa

  • 0

Langit tetap membiru seperti biasa,

Burung yang berkicau di rimba,

Seawal pagi lagi sudah terbang,

Mencari sesuap nasi buat yang tersayang,

Air di sungai tetap tabah mengalir,

Menelusiri denai semilir lautan,

Sang mentari punyai kisahnya yang tersendiri,

Dada langit yang dipalit awan,

Berarak pantas mengelilingi bumi Tuhan,

Kelibat pelangi pula kan muncul selepas hujan,

Dan dia...

Seorang muslimah desa,

Masih berdiri di tempat duduknya,

Ditemani pelita usang yang pudar cahayanya,

Kain lusuh yang menyeka airmata,

Tetap erat dalam pelukannya,

Bagaikan menanti sesuatu,

Yang dirinya sendiri tak pasti,

Apakah hati ingin menakluki,

Sebuah pertaruhan jiwa dan hati,

Yang akhirnya membungkam sepi,

Penghujung yang tak di ingini.

Wahai Pencipta dunia,

Selamatkan dia, seorang muslimah desa.

Yang ingin terbang menggapai cinta,

Bukan pelangi sesudah kelam senja,

Namun hanya mendamba sekuntum bahagia,

Dalam mengabdi dirinya,

Buat sang Pemilik nyawa.
“Jika kamu tidak mengisi masamu dengan Islam, maka jahiliyyah akan mengisinya.” 
Tulisan dari hati. Moga dapat mengetuk hati yang lain, dari 
yang tertutup rapat, terbuka luas dengan sendirinya. InsyaAllah.
Jauh di sudut hati kecil ku ini sebenarnya ingin menjadi seorang penulis. 
Tapi ku rasakan ianya MUSTAHIL. Maka, aku pendamkan saja lah hasrat itu. 
Takda bakat menulis pun. Lalu "Blog" ku pilih sebagai medanku untuk 
memberi ruang pada salah satu hobiku. Bukan sebagai penulis.
Tapi "Sweet Blogger". :')
 Itulah aku. Kadang kadang mudah sangat putus asa. 
Kurang keyakinan pada diri sendiri. Memang perangai. 
Hishh. Tapi memang betul pun. Aku tahu.
Wallahu a'lam
Wassalam

Friendship and Love

  • 0
Bismillah. Salam 14 syawal.
Dah 2 minggu kita raya rupanya ya. MasyaAllah tak terasa!
Banyak benda nak type sebenarnya. 
Tapi...

*bunyi cengkerik*

Okay lupakan. 
Tadi tengah borak borak dengan seorang sahabatku,
Soalan cepumas dari dia yang membuatkan aku agak terkedu. Sikit je.
 "Seandainya kita mencintai lelaki yang sama, kau sanggup berkorban untuk aku?" 

Aku cuma tersenyum. Sedikit tersentuh dengan soalannya.

"Kalau kau?"
 Soalan ku kembalikan padanya. *angkat kening*

"Kalau aku, aku sanggup. Tapi aku taknak jumpa.
Bukan benci. Cuma aku takut sangat andai di uji macam tu."
Bersuara lemah.

"Yes, memang tak mustahil berlaku. 
Tapi macam mana lah kau boleh terfikir macam tu?"
Geleng geleng senyum.

"Sebab kebanyakkan orang yang aku kenal, mesti kenal kau.
Kau pun mesti kenal dorang." Tunduk.

"Eh. Haha. Sebab kita kan sahabat. Kawan kau pun macam kawan aku.
Tapi tak semua. Kan? Dah la tu. Jangan fikir bukan bukan."
Pujukku di selangi dengan tawa kecil.

Dia diam. Dan tersenyum. Sebab aku tersenyum. Barangkali.
Namun, jauh di sudut hati kecilku agak... Err... Entah! Terimbas barangkali.
Sudahlah. Aku cuma nak kau tahu.
Prinsip aku. Sahabat dan cinta. Sahabat adalah segala gala nya bagi aku. 
Even si dia tu dah jadi suami pun masih boleh berkongsi.
 Inikan pula hanya cuma orang yang kita cinta. Tak penting. Mungkin.
Jadi, kau faham kan maksud aku? :')

Aku dah merasa semua itu sebenarnya. Yang namanya dunia memang begitu.
Kau mungkin cuma tahu ceritera tentangku. Kau mungkin mengerti situasi ku sekarang.
 Tapi kau takkan dapat rasa apa yang hati aku rasa sekarang.
Kau tahu. Tapi kau tak rasa. Jadi... tetap TAK SAMA.
Itu lumrah kehidupan. Belajar untuk terima apa adanya. Redha apa yang berlaku.
Bila termenangis , aku tak malu. Bukan aku menangis sebab tak dapat si dia. 
Bukan sebab manusia. Bukan! Tapi itu cara aku pujuk hatiku. Kau?
Allah dah sediakan yang lebih indah sebenarnya. Cuma belum tiba masanya.
Tunggu saja lah. Kalut nak pi mana nya. Kan?
Cuma kadang kadang, i pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah.
Just wanna say. Menangislah sepuasnya andai itu yang membuat dirimu tenang.
Menangislah. Kau tak lemah. Itu tandanya kau kuat!
Orang yang lemah itu mengeluh. Bukan menangis.
Menangis itu tanda kau sedang mencuba, cuma kau kurang kuat.
Lalu kau cuma lakukan apa yang kau mampu saat itu. Iaitu menangis.
Apa guna Allah cipta air mata kalau kita tak gunakannya. Kan? EH. -_-'
Ya, menangis sepuasnya itu dapat menenangkan sebenarnya.
Menangis sambil bermuhasabah diri. Allah sentiasa memujukmu.
Jangan mengeluh. Tapi merintih pada Allah. Allah rindukan kita.
Maka di ujinya kita dengan ujian yang Dia tahu kita mampu. 
Cuma kita saja yang rasa tak mampu. 
Ya, Allah tahu KITA MAMPU. Sumpah, aku tak tipu !
Allah bagi pinjam je semua itu. Semua Allah punya. Mana kita punya? 
Tak ada. Satu pun tak ada. Kita sendiri ni pun Allah yang punya. Lupa?
Lepaskanlah segalanya. Itu cuma di dunia.
Dunia itu tiada apa. Bersifat sementara saja. Macam kita juga. 

Letih sebenarnya. Letih sangat. 
Ikut nafsu, lesu. Ikut marah, parah. Ikut hati, mati. Ikut jiwa, kecewa.
Ikut akal, kadang terkial kial. Ikut iman, insyaAllah aman.
So let charge our IMAN. :D

Inilah di antara cara aku memujuk hati yang perit. How bout uols?

Aku sayang dia. Dia sayang kau. Kau sahabat aku. 
Tapi jika kau sakiti hati dia, tak jaga perasaan dia, dia terluka.
Aku pun sama terluka.
Memang sakit. Tapi takpa. Itu baru sikit. :')
Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati setiap hambaNya. Allahu allah.

Anyway, itu cerita lama sebenarnya. CERITA LAMA okay?
Lama. Lama dah sebenarnya. Dalam beberapa masa yang lalu. Ihikss.
Cuma soalan sahabatku tadi membuatku TERpreview semula. *tergelak kecil*
Sekarang alhamdulillah aku sudah berjaya bangun.
 Sakit aku dah sembuh dari sebelumnya! Ya, ini semua dengan izinNya.
Ianya mematangkan. Even sekarang pun takde lah matang sangat pun. 
Masih terserlah sifat keanak anakkan ku ini. Serius. Tanya mak! Haha. Ohho ~ ^_^
Tapi insyaAllah, at least better than before. Right ?
Ingat sampai bila bila. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Al-Baqarah : 286
p/s : Oh kenapa ya sejak akhir akhir ni aku suka berbicara tentang hati?
Sebab, aku tahu anda semua ada hati sebenarnya. Ada. Aku tahu.
Sebab aku pun ada. ^^ *peace*

Wallahu a'lam. 
Wassalam.