Angin Yang Hiba Itu

  • 0
Kau kata,
Kau mampu,
Namun, 
Yang aku lihat cuma kepura-puraan,
Kebodohan kau yang sangat menyakitkan.

Kau kata,
Amanah itu,
Kau mampu pikul,
Tapi yang aku lihat,
Kau berdusta dengan janji manis kau.

Kau menyatakan,
Selama mana kau berpijak pada bumi Allah ini,
Kau tidak akan angkuh,
Tapi yang aku lihat,
Angkuhmu bagai tiada batasnya,
Laksana manusia durjana.

Aku melewati setiap daripada mu,
Menghampakan,
Menghibakan,
Tiada satu pun yang menggambarkan sifat khalifah itu,
Dan jika masih ada,
Hanya seperti sebutir permata di dalam lumpur.

Tetapi,
Tidaklah aku mengalah dengan kekurangan ini,
Kerana aku tetap angin yang bertiup,
Tetap mencari,
Khalifah yang sebenar.

***
Dear Bloggie.
AKHIRNYA !
Apalah susah benar nak "new post" ini.
Hilang mood nak menaip tau dak.
*dahi berkerut sekerut alam, mulut muncung 90 darjah*

Moga belum terlambat saya ingin mengucapkan
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
buat semua yang mengenali diri ini.

Nak cerita pasal raya korban kat sini dah malas.
Salahkan blog! Beliau yang buat hal time tengah ada semangat nak menulis.
Hahaha. Kbai.

Nah. Beliau sangat suka kacau saya ketika bertwitter.
Nampak dari jauh pun dah senyum senyum mintak dukung. 
Tergoda yuwww bila nampak dia. Aumm. Mihmihmih.

Wallahu a'lam
Wassalam

Repost : Allah Maha Adil . ;)

  • 0
Saydatina Aisyah r.a berkata, 
"Aku bertanya pada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar hak nya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah SAW 
"Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."

Kalau lelaki, jika di takdirkan 4 orang isteri, dalam syara' tidak boleh lebih tanpa talaq.
Bermakna hanya 4 orang wanita yang syurganya pada seorang lelaki itu.

Seandainya wanita, jika di kurniakan 10 orang anak lelaki ,
dan kalau ada rezeki, InsyaAllah boleh lebih lagi. Tu diaa. Subhanallah!
Bererti 10 orang yang syurganya terletak pada seorang wanita itu.

See?!
Allah itu Maha Adil. ♥ :)
Siapa kata Allah asyik lebihkan lelaki je. Haishh. *geleng kepala*

Betapa mudahnya jadi perempuan. Alhamdulillah.
Orang pompuan mudah masuk syurga , tapi
kenapa Rasulullah cakap orang pompuan yang ramai masuk neraka?
Memang senang nak masuk syurga
Taat perintah Allah
Taat suami
Jaga solat
Jaga faraj
Masuklah mana mana pintu syurga yang kamu nak masuk.

Macam senang saja kan. Tapi zaman sekarang ni ,
nak istiqomah 4 benda tu lah yang payah.

Payah sangat ke? *kerut dahi*
 InsyaAllah try my best ! Ewahhh. ;)

WALLAHU A'LAM
...Wassalam...

#Wordless

  • 0
Macam macam perkara nak kena fikir. Banyak hati nak kena jaga. 
Berusaha untuk mempertahankan sesuatu demi sesuatu. Berat rasanya. Allahu.
Mohon doa dari sahabat sahabat semua.

Bantu saya untuk menjaga hati saya. Ianya sangatlah bukan mudah untuk saya 
yang lemah ini. Mohon bantu saya. Doakan saya.

Tak larat nak type. Letih nak perah idea. Tapi nak update.
Terdapat unsur keboringan di situ.
Mengada ngada bukan? Tak sangat k. Please ah. Hahaha.*muka serius*
Copy je tweet saya yang beribu ribu dari twitter tu. *jujur*
Sebab saya memang suka merepek. Saya akui itu.
Saya sangat changgeh bab merepek ni. Hoh! *geleng geleng senyum*
Haaa. Nampak tak unsur sedikit merepek di situ? Hahahahaha k. -.-'
InsyaAllah akan di perbaikpulih kan keMEREPEKan itu. Fuh.
Takpa. Saya bahagia macam ni. Takpa. :'3
Saya akan usaha. Janji ada doanya. ^_^
p/s : Saya mungkin boleh tolak cinta demi persahabatan. 
Tapi saya takkan boleh tolak jodoh demi persahabatan.
Cinta itu hadir dari hati. Jodoh itu ketetapan dan ketentuan dari Ilahi.
Demi kau. Untuk dia. Kerana Allah.

Sebarkan Bahagia.

  • 0
Assalamualaikum. Bismillah. 
Saya nak share satu artikel dari Ustazah Fatimah Syarha yang saya sangat suka!
Dan saya rasa bahagia bila baca artikel ini. Oh kenapakah? 
Ada la. Muehehe. *jeling senyum*
Apa apa pun, semoga bermanfaat. InsyaAllah. Sebarkan bahagia. :')

Terima-kasih buat wanita paling 'solehah' di dunia iaitu Fatimah Az-Zahra binti Muhammad. 
Beliau tidak rela hidup bermadu. Ayahandanya juga tidak mahu agama 
puterinya terfitnah kerana cemburu. Itu hak beliau yang Islam raikan. 

Terima-kasih juga buat Rasulullah SAW yang tidak memadukan 
Khadijah r.ha ketika tiada darurat yang mendesak hingga 'tidak dimadu' 
menjadi salah satu kemulian Khadijah yang dibincangkan oleh para ulama tafsir dan hadis.

Oleh itu, wanita yang sanggup hidup bermadu, silakan. Tiada paksaan.

Wanita yang tidak mahu mempersulit-sulitkan dirinya dengan hidup berpoligami, 
ada solusinya dalam Islam iaitu hak meletakkan syarat ta'liq ketika akad agar tidak dimadukan suami.
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang
mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.”
(HR Bukhari)
By : Ustazah Fatimah Syarha
Wallahu a'lam.
Wassalam.

Merepek sejenak.

  • 0
Bismillah.
Assalamualaikum uols.
Ruanganku...

Memikirkan sesuatu.
Mata yang tidak mengantuk. Tiba tiba teringatkan blog. Hmm. *terus on ipad*

Ada yang bertanya, "Kenapa lama tak update belog ni?"
Okay. Terharu dengan soalan itu. Ceewah. Ahakss.

Tak busy mana pun sebenarnya.
Well, macam biasa. Alasan yang sama.
Anda pun tahu rasanya. Muehehe.

"Tak tau nak taip apa..."

Mengada betul alasan! Memang. Hish. *geleng kepala*
Oh ya, sedang sibuk dengan ini sebenarnya.
Cekidaut!
Tahu kan?
K, jangan banyak tanya. Kereta je. Taknak motor. 
Tu diaa. Berlagak gila! Heee. :D

For the first day. Kursus yang sangat membosankan. Serius.
Rasa macam nak lari balik je! Huwaahhh. Ada sedikit unsur ketensionan di situ.
Tak minat benda ni semua sebenarnya. Tapi cukup sekadar "ada". 
Dah lama berangan teringin nak drive kereta. Drive je. Taknak lesen pun.
Cukup lesen dari abah je. Tapi benda ni pun perlu juga. Memang perlu.
Untuk... err... Untuk biar tak kena saman sebab takda lesen. 
Ceh! Budak budak punya jawapan. Hahaha.
Eleley. Baru first day. Terserlah kepoyoannya di situ. Alahai.
Dah malas story pasal ni.
Tak suka. 

Ribbon tu comel. I loike !
Kebosanan dalam dewan kursus tadi. Inilah jadi nya. Haha.

Alhamdulillah. Semalam mak abah beli kan satu set perabot untuk bilik aku.
Katil, almari, meja solek, meja sisi. Warna putih yuwww. 
Dorang cakap bilik aku macam bilik orang dah kawen. Pergh. Okay lettew.
Ala ala design Korea gitu. Suka sangat!
Tapi tu sementara je. Kan? Apa pun bersyukur dengan nikmatNya.
Alhamdulillah.

K, stop situ. Taknak cerita lebih.
Rupa rupanya, anak murid aku pun pembaca blog ku. Alahai.
Haishh. Bahaya. BAHAYA. Hahahaha. *senyum jeling*

Oh ya. Big thanks to Kak Athirah sebab tolong kemaskan bilik. *hugs*
Semalam masa kemas kemas almari lama, terjumpa sesuatu.
Di mana sesuatu itu aku pun sudah seakan akan hampir lupa akan kewujudannya.
Taraaaaa ~
Diary.
Ya, diary lama.
Last tulis pun bila entah. Tapi tadi bukak, 
last aku tulis, "29/09/2008. Isnin. 9.19 a.m. Dalam bilik."
Kat buku yang warna purple gambar Minnie tu.
Ada code lagi tau buku tu. Code nya, aku je yang tahu.
Tapi aku dah lupa sebenarnya. Tadi nak bukak pun cungkil guna pisau. Haha.
Ewah ewahhh. Hahaha. Detail! Tulisan itu pun terlalu ringkas.
Itu pun cuma bercerita pasal....errr. Ada laa.
Mana boleh cerita kat sini. Muehehehee. *blushing*
Tapi, comel kan diary ni? Well ~ 

Walaupun dunia blogging tidak serancak dulu,
 insyaAllah titipan dan perkongsian akan diteruskan walaupun
 kekerapan update mendukacitakan dan terkadang selalu isi yang sangat
memerihkan. Seakan sia sia. Tiada makna. 
Rasa seperti tawar. Tawar sangat. Tak rasa apa. 
Tegur kalau tak kena. Nasihat elok elok. Jangan bash aku.
Unfollow je kalau tak suka k. Tak paksa. :')
Meski pun aku tahu kebarangkalian tiada yang baca. 
Itu lah salah satu sebab kenapa kekerapan update amat mendukacitakan.
Maafkan aku.
Maaf.
Maaf.

*tengok jam*  
Okay. Esok kelas. Dah hampir pukul 3 a.m dah.
Masih segar sebenarnya. Tapi tak boleh. Nanti dalam kelas
tersengguk sengguk dengar student tasmi'. Kasihan dorang. -_-"
Alahai. Paksa untuk tidur ini kadang kadang merimaskan.
Paksa untuk bagun tidur lagi laa. Tidur lewat, bangun awal.
 LETIH. Letih tahu. LETIH. Please ah! Gggrrr.
*letak kepala atas meja*

Tapi kalau macam aku ni sama je. Tidur awal ke. Tidur lewat ke. Takde beza.
Nak bangun nya tetap sama. Sama sahaja. Hahahaha. Kdiam. *geleng geleng senyum*

Untuk kesekian kalinya.
Ada yang pertikai penggunaan "aku". Kasar. Kurang adab. Biadab katanya. Hahaha. 
Alahai. Penggunaan kata ganti nama, ikut keselesaan masing masing.
Adakalanya saya menggunakan "aku" dalam penulisan. Adakalanya "saya".
"Ana". Pun sama. "I". Pun boleh. Sama je sebenarnya. Ya, mungkin agak
kasar. Tersangat kasar dan terlalu biadap bila ia digunakan untuk
 berbicara dengan ibu bapa terutamanya, then dengan orang lebih dewasa dan 
semua orang pun dalam bentuk perbualan. Kecuali kalau memang dah biasa. 
Member lama lah katakan kononnya.
"Kau Aku". "Aku Hang" ja. Ye dok? Ya. Saya tahu.
 Tapi rasanya, penggunaan "aku" untuk seni dan bercerita dalam penulisan takda masalah.
Macam bebelan, monolog, cerpen, novel, puisi, lirik lagu dan sebagainya. Banyak "aku".
Jadi tak perlu nak pertikai rasanya. Awak berdoa pun, ber"Kau Aku" je dengan tuhan.
So, how is it?

Okay lah. Membebel. Menulis punya menulis, dalam tak tahu nak menulis apa tu pun,
tak tahu juga macam mana jari ni nak berhenti menari nari kat keyboard ni. Fheww.
Haa. Last one. Note to self.
Emosi dan perasaan berkait rapat dengan HATI.
 Jaga HATI. Emosi dan perasaan berkualiti. JOM jaga HATI! :')
*senyum* *lap air mata dengan tudung*

"Pejam mata and say ALLAH ADA. 
Usahkan cuma lidah berkata. Biarkan hati yang berbicara. Dia yang merasa.
 Fahamilah jiwa yang sedang ingin berbahasa."
Monolog ku sendirian.
*jalan sorang sorang* *sepak batu* *pandang langit* *tunduk*

Wallahu a'lam.
Wassalam.