Listen To Your Heart. :)

  • 0

Untuk kali ke seratus lima puluh juta,
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama,
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu,
Di depan semua engkau tarik tangan aku,
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu,
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia.”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali,
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi,
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi,
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi.

Di setiap seratus lima puluh jutanya,
Aku pun dalam hati semacam tak percaya,
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja,
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata,
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya.”
Buat apa di cerita.
Bahagia kita rasa.
Biar tak dipercaya.
Peduli orang kata.

Baju ronyok tak apa.
Asal pakai selesa.
Berkilau tak bermakna.
Kalau hati tak ada.

Aku lebih bengis dari sang naga,
Tapi bisa nangis semata demi cinta,
Suaraku keras tak berbahasa,
Kerana aku rimas gedik mengada-ngada!

Aku mudah baran tidak semena.
Mana boleh tahan angin cemburu buta.
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala.
Aku punya manja kau saja boleh rasa.

"Rahsia kita berdua."
*suara berbisik*

Null

  • 0
Assalamualaikum ! Hai uols. Lama tak jumpa. 
*berlari sambil melambai*

Hmm. Nantilah. Bila bila.
*terus berlalu pergi*

Sayang dan terlalu sayang...

  • 0

Kau lihat jalan aku mudah,
Kau kata family aku supportive,
Kau nampak aku ceria ketawa,
Tapi kau tak tahu mehnah,
Dia tetap ada untuk aku.
Kau kata aku kuat, kau kata kau lemah.
Tapi kau tak tahu, sebab kau aku kuat.
Sebab Dia, aku bertahan.
Akhawat fillah, aku cinta banget dengan kalian.

Aku tahu,
Dia yang ubah aku,
Dia yang temukan aku dengan jalan ini,
Dia juga temukan aku dengan kalian.

Dan hanya pada Dia,
 Aku mohon, aku doa, aku rintih.
Moga kita terus sahabat.

Bukan aku ego,
Bukan aku hati kering,
Tapi aku tak boleh tunjuk air mata.
Aku malu.
Apalah sangat mehnah aku terima.
Berbanding dengan kalian.

Dulu mungkin ya,
Aku tak matang,
Sikit-sikit aku nangis,
Sikit-sikit cengeng,
Sikit-sikit mengadu.

Tapi kalian,
Bukan mudah menjadi 'KITA' yang kini
Seriously.

Memang impian aku semua indah-indah belaka.
Kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi.
Tapi kau pun tahu bukan, Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita.
Bukan ikut suka hati kita.

Kalau satu hari nanti aku dah tiada,
Tak boleh ligat lagi,
Tak boleh pimpin tangan bersama kalian lagi,
Tak mampu bersuara lagi,
Tak mampu tersenyum lagi,
Aku mohon,
Ampunkan aku.
Maafkan aku.
Doakan aku.

Aku sayang, sayang...
Malah terlalu sayang dengan kalian semua.
Akhawat fillahku. Abadan abada! Biiznillah. 
LOTS OF LOVE. 
- Izzah -
cc : Ukhti Athirah

No title. Boleh?

  • 0
Bismillah. Assalamualaikum.
*jari yang sudah mula menari nari di keyboard*
Bukan sengaja tak bersuara tapi kadang-kadang diam tu lebih power.
 Bukan nak kata saya power, tapi itulah hakikatnya. Ehem. *betulkan spec*
(via Huda)

Rasa tersangatlah leceh bilamana sedang cuba untuk update
blog via telefon mudah alih yang kononnya pintar ini lahai. So uncool.*sigh*
Samsung Tab pula, tak sama nikmatnya sebagaimana menaip menggunakan
keyboard yang betul betul keyboard. Ape kelass touch touch. Auchh! 
Mengada leyyuww. Fuhh. Muehehe. -.-"

Nak menaip memerlukan kenikmatan dan keselesaan ketika menaip.
Baru besh bohh. Ke guane?

Lappy pulak memroblem kan dirinya. Tak boleh nak buka.
Maaflah lappy, aku terpaksa menduakan mu! 
"Abah, nanti belikan Izzah laptop baru tau."
Abah jeling je dari jauh. Hahahaha. *lari terkedek kedek , nyorok belakang pintu*

Hahahaha. Aku dah kata, aku bukannya post bermanfaat setiap masa pun.
Aku punya hobi. Dan hobi aku inilah. Menaip dan terus menaip tanpa 
ada hala tuju. Bahaya juga sebenarnya. Bila bila masa boleh terbabas.
Hati hati je lah. Haihh.
Nak baca takpa. Takmau baca pi main jejauh. 
Muehehehe. *kembang kempis hidung*

Mungkin terlalu banyak berfikir. Sampai blur gini.
Atau mungkin takleh fikir langsung. Haha. Eh tak mungkin. Tak mungkin.

Hidup kita yang dalam keadaan yang sangat stress bererti lebih mementingkan dunia.
Tak salah. Semua orang pun memang ada masalah. 
Cuma nak ingatkan, jangan sampai kita letih di dunia dan seksa di akhirat.
Letih nak fikir untuk yakinkan hati dalam sesuatu hal sebenarnya.
Tak apa. Saya cuba. Mohon doanya ya sahabat sahabat sekalian.

Maafkan bila ku tak sempurna. :')