"Kenapa lama tak update"

  • 0
Aku kidal. *saja nak bagi tahu*
Gambar hiasan semata mata. Bukan aku k. Tapi dia kidal. Kau?

Eniweyyy.
Assalamualaikum uols. *baling batu*
Well. Hari ni 1 Safar 1434h. Saja aku ambil kesempatan nak update blog.
Cantik tarikh hari ni dalam tahun hijrah.
1/2/34 Kan. Lagi cantik dari 12/12/12.
Jumaat. Penghulu segala hari.
Hahaha. K tak penting.

Sesungguhnya, memang lama tak update. Tak ada orang tanya pun.
 Sebab tu macam tak peduli sangat, sampai la semalam someone ni tanya.
Kenapa ntah tiba tiba tanya. Alaaa.
Tak payah lah tunggu entry dari aku. Kecewa je nanti.
Reasons kenapa aku tak update? Well, aku memang tak ada reasons kukuh.
 Cuma sifat MALAS je ada sekarang.

Tahu tak MALAS tu apa dan macam mana rasanya?
Sukar di gambarkan. Tak mudah untuk di tafsir. Ceewah. Hahaha.

Kenapa MALAS? Sebab sekarang banyak fokus pada kelas je.
Jadi tak banyak isu nak di ceritakan.
 Otak pun jadi tepu je. Tangan pun seolah olah kelu. Eh kelu? Macam tak sesuai.
 Ke kejang? Eh. Apa-apa lah!

Mesti ada yang akan cakap,
"Ahh alasan. Ni semua sebab tweet. 
Asyik bertweet je. Ada pulak idea kau nak tweet 24 hours?"

Hahaha. Heyy bijaknya. Mana tahu?
Yeah, that's it. Bila ada Twitter, sesungguhnya keinginan dan keterujaan nak menaip kat blog,
memang agak sudah berkurang. Asyik membebel kat Twitter je,
dah lepaskan semua cerita kat Twitter, dah jadi nothing lah nak cerita kat blog. Kan?
FACTS!

Best ke Twitter? Entah kenapa, tapi kadang-kadang jemu la jugak.
 Tapi jemu-jemu pun, tak ada lah tinggal berminggu.
 Even sehari pon tak tinggal benda alah tu. Memang perangai.
Hahaha. Tapi dah nekad nak kurang bertweet. We'll see. *betulkan spec*
Apa bestnya Twitter? Entah lah, mungkin sebab kau boleh nak bebel apa pun,
tanpa harap orang comment macam status FB. Aku rasa laa.

EHH. Tajuk macam tak kena dengan entry pulak. Tajuk pasal kenapa tak update? 
Tapi entry pasal twitter, kira macam Twitter penyebab tak update? Kah kah kah.
So UNcool. 

Aku tak ada apa benda nak cerita pun sebenarnya.
Ohaa. Aku balik dari bercuti ke Langkawi. Pergi sana tu pun sebab
ada jemputan walimah. Kalau tak, jangan haraplah nak pergi. *lap hingus*

Tak jauh mana pun. Tapi perjalanan yang meletihkan.
Sakit satu badan. Kenapa ntah. Memandangkan itu first time aku ke sana, aku rempuh je.

K malas nak cerita panjang. Pokoknya okay la. Dapat beli banyak coklat.
Upload gambar coklat? Baru sampai je dah kena serbu macam artis.
Tak sempat berbuat apa apa. Rimas yuww. Maklumlah retis. EHH. :'D


Dan yang paling best aku pergi sana, bajet macam photografer.
 Mengada ngada gila lah. Well. *timang timang DSLR*
Semua benda aku snap. Peduli apa aku. Memang tidak boleh belah lah.
Aku memang suka bajet. Kau? Mih mih mih.
Maklumlah dah ada DSLR. Oh bukan nak berlagak ya. 
Cuma saja nak bagitahu. Ehh suka hati lah nak bagitahu apa pun.
 *jeling*

Aku malas nak upload semua gambar gambar yang aku snap.
Tapi aku rasa aku ada bakat. Wahh, ayat tidak boleh blah.
 Macam mana nak bagi boleh blah ni ea. Haihh. *flips tudung*
Heh, sesungguhnya aku memang dah jadi tak reti nak menaip entry bernas.
Wuuuuuuuuu. TT_TT

Ohhaa. One more, baru baru ini ada orang tegur aku,
"Kau semakin biadap." katanya.

Just wanna say,
 Aku bukan sengaja nak biadap dengan orang.
Aku cuma tak reti hormat dengan orang yang suka biadap dengan aku.
Bukan style aku lah kalau setakat nak cari pasal dengan orang yang tak cari pasal dengan aku.
Dan aku tak suka orang suka cari pasal tak pasal pasal.
Memang melampau gila lah. *sepak batu*

Orang baik dengan aku. Aku baik dengan orang. Orang jahat dengan aku. Itu terpulang.

Aku dah kata, aku takkan start kalau orang tak mula.
 Kau yang mula dulu. Siapa suruh.

Semua orang ada stail sendiri. Aku stail aku lah. Kau stail kau lah.
Orang suka atau tak suka, itu belakang cerita.
Yang penting aku selesa, Allah tak murka. Settle.
Kbai. *terus berlalu pergi*

Wallahu a'lam.
Wassalam.