SPM ?

  • 0
Assalamualaikum... Wanna story....
Masa ambil peperiksaan SPM hari tuh kot. Saya berjuang habis habisan
menjawab soalan-soalan SPM yang saya tak pernah belajar pun sebelum ni. haha. *pelik*
Serius ! Tak belajar pun. Tapi time periksa pergi dengan penuh semangat ,selamba
dan rilex nya tanpa sebarang persiapan . *wah! hebat kau ye Izzah...*
Haaa.. hebat la sangat... sapa yang cakap mcm tu memang
"KAU BELUM KENAL SIAPA AKU" ~ Bhahahahaharr . *gelak jahat yang comel*
Dah la datang dewan lewat , pastu keluar awal . Amacam ?! hikhihkik.
Sampai ada orang kata , "Aku tak pernah jumpa orang yang seRILEX kau ni Izzah."
Orang lain yang risaukan untuk saya , dorang piker , macam mana la budak ni
nak jawab exam , dah la tak tahu apa. Saya pun piker jugak sebenarnya.
Tapi... aahhh !! lupakan semua itu. Yang penting jawab.
Bila keluar dewan , orang pakat tanya ,
"macam mana ? boleh jawab tak tadi ?"
Saya cuma senyum malu-malu meowww je lahhh.
then jawab , "Boleh je jawab... Jawab tu memang jawab ,
semua soalan ana boleh jawab. Penuh jawapan ana taruk tau.
Tapi tak tau betul ke tak." huahaaaa =.=' >> manusia pelik!
Sebab... hantam saja bhaa !

ok la .
Mau tidorr sudah neh.
wassalam...
p/s : Result dah kuar. Jangan tanya result ! TAK PERLU... -__-
*Di edit semula pada 28/04/2012 - Sabtu*

Usrah fillah... ♥

Usrah itu perlu ada 3 ciri utama yang saling menyokong didalamnya.

Pertamanya adalah :
Taaruf iaitu Perkenalan .
Kenal Mengenali antara ahli di dalam usrah yang perlu dipupuk lebih awal. Perkenalan ini penting untuk menyalur kasih sayang dan mahabbah persaudaraan Islami di antara yang hadir dalam aktiviti usrah. Ini perlu difahami dari sudut firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10 dan surah Ali Imran ayat 103. Keduanya membawa aspek persaudaraan yang pastinya bermula dari perkenalan atas dasar iman kepada Allah semata. Disuruh juga dalam surah Ali Imran agar tidak berpecah-belah buruk sangka.

Keduanya adalah :
Tafahum yang membawa makna Memahami .
Faham Memahami bahawa hidup ini diatas keizinan yang diberi Allah dan akan ada kesilapan dalam perbuatan manusia. Maka di kala itu, diantara sahabat perlulah menasihati sahabatnya yang berlaku silap tadi teguran yang membantu dan membina syakhsiyyah baik. Dan tidak pula menghina. Adapun begitu juga dengan sahabat yang menerima teguran dan nasihat tadi, mestilah berlapang dada dan memahami bahawa agama Islam ini sentiasa mahukan umatnya saling menasihati untuk kebaikan bersama.

Yang terakhir juga poin Ketiga adalah :
Takaful iaitu Bantu .
Membantu sahabat lain yang mempunyai kesulitan dan masalah. Ini adalah berdasar dan bertepatan dengan suruhan Allah dalam surah Al Maidah ayat 2 yang dirakamkan sebegini:


"Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam urusan dosa, keji dan permusuhan. "
♥ ^,^










Yeahhh !!! Allah ma'ana... ^,^