"Diam Itu Lebih Baik"

  • 0

*Someone loves you out there...*
"Tapi dia hanya mendiamkan diri dan menyimpan
hasratnya hinggalah tiba masanya..."

Cinta ? Suka ? Minat ?
"Diamkan aje lah…"
Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap
masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu,
redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang
yang lebih beriman untukmu. InsyaAllah... ^,^
"YA! Diam adalah lebih baik!"
*NadaTegas*
Diam seorang muslimah itu, bukan kerana membenci kehadiran seseorang
tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin
kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir,
jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu
masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Ya Allah... nauzubillah... seorang muslimah itu tidak akan sanggup !

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara
Saidina Ali dan Saiditina Fatimah Az-Zahra ?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain,
tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari
pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T,
mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
*sumber : Iluvislam.com*
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan
oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian,
tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal
perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.
Allah uji selalu.Allah... sungguh lemah diri yang naif ini . :'(

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini.
Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T.
Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan
ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi
hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.


Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...
wallahu a'lam... :')