Wanna Talk About salah satu "Keajaiban Dunia"

  • 0
- Assalamualaikum wbt -
Rasa macam nak sebar bahagia lah hari ni. Wanna talk about WOMAN. 
Yes ! Wanita. Boleh tak?? hehe... boleh boleh boleh ~ :)
*aku tanya aku jawab...cantikkk* -.-'

Sedang menaip untuk anda dari tadi. Nak share dengan anda 
semua tentang wanita. Boleh tak berkongsi disini? 
If tak suka boleh UNFOLLOW my blog. Kan kan kan ? heee :D

Orang selalu labelkan wanita dengan air mata . Oh kenapakah ? -.-'
Tahukah anda , mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan 
kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, 
kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam 
rasa yang ada dalam dirinya hinggakan tak mampu untuk di bendung lagi.
Maka menitislah air mata seorang wanita itu...
Subhanallah! Wanita adalah Mahakarya Allah yang Maha Agung.
Wanita adalah karya Besar Allah yang sangat indah dan menawan... 
Wanita adalah keajaiban dunia, lebih ajaib daripada keajaiban dunia yang anda ketahui.
Wanita satu bentuk, di sertai dengan beribu keajaiban yang menyertainya.
 Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.
Wanita dicipta Allah tidak sekali jadi. Ada proses di Arash sana. 
Sungguh , hanya Allah saja yang lebih mengetahui .


Bulatan yang ada dalam fizikalnya diambil dari rembulan, pancaran sinarnya
diambil dari matahari, kilaunya diambil dari bintang bintang di angkasa.
Air matanya diambil dari awan, semerbak wanginya diambil dari bunga-bunga,
warna kulitnya diambil dari bunga bunga mawar... Subhanallah...
Kelembutannya diambil dari desiran angin sepoi sepoi, keceriaannya
di ambil dari tumbuh-tumbuhan segar, getarannya diambil dari tumbuh-tumbuhan.
Keluasannya diambil dari samudera, kehangatannya diambil dari api,
dinginnya diambil dari salju, kelazatannya diambil dari madu.
Sengatannya diambil dari kalajengking, cerewetnya diambil dari burung.
Kelembapannya diambil dari embun pagi senyumannya diambil dari musim bunga,
sentuhan tangannya di ambil dari zakharif (intan permata).


Wanita adalah sebaik-baik keindahan dunia. Tidak ada lebih berharga di
dunia ini selain seorang wanita . Air mata wanita lebih dahsyat daripada undang undang.
Titah Raja sekalipun dapat dibatalkan oleh air mata wanita. Bidadari syurga kalah cantik
dengan wanita dunia. Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari syurga.
Kecerdasan wanita lebih hebat dari lelaki. Wanita dapat berfikir bermacam-macam dalam
satu waktu, sementara lelaki tidak. Wanita dicipta oleh Allah dengan fizikal
yang lemah gemalai, tetapi kekuatan lelaki dapat dihancurkan berkeping-keping olehnya.
Tangisan adalah senjata wanita. Air mata adalah kekuatan wanita
sekaligus kelemahannya. Bila wanita sudah mengalirkan air mata,
maka kekuatan lelaki akan hancur. Bila seorang ibu sudah menitiskan air mata
untuk anaknya, maka singgahsana Tuhan tergoncang !

Mengertilah kita akan Hakikat Kejadian Wanita ini HEBAT 
oleh SANG PECINTA yang MAHA HEBAT
Alhamdulillah... aku dilahirkan sebagai wanita ! ˘⌣˘ *SenyumTerharu*
Moga aku dan wanita-wanita lain menjadi makhluk paling indah 
kesayanganNYA sentiasa. InsyaAllah ~

Itu saja kisah Hakikat Kejadian Wanita yang ana nak kongsi. 
Thanks sebab sudi baca. Moga bermanfaat... InsyaALLAH dengan hendakNYA :)
wallahu a'lam , wassalam... ^__^

*Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata*