Tak Solat Ya ?

  • 0
...بسم الله الرحمن الرحيم

^.^ السلام عليكم

Baru lepas tolong abah booking airasia ticket secara online. 
Tiba tiba teringatkan belog yang tak seberapa tapi comel macam saya ni. 
Lama rasa nya tak update. Kan kan kan ? *sambil melambai lambai*
Aceceh padahal tak sampai sebulan pun.
Overlah u ni Izzah. fhewww ~ *sakit gigi...ggrrrrr* =_="

Okey , start !
Wanna talk about orang yang tinggalkan solat .
 Credit to Ustaz Azhar Idrus... *janggut ustak comei*
-Alamak kenapa UAI hala kan camera kat Izzah ni... Alaa... malu laaa... hihihik-

Sedar tak , masih RAMAI yang MENINGGALKAN SOLAT !
1 KeFARDHUan yang paling besar dalam Islam .
Orang yang tidak mengerjakan solat ini tidak layak bernama ISLAM.
Kerana orang yang tidak solat adalah musuh Allah , musuh Malaikat , 
musuh Para Rosul , musuh Para Nabi , musuh orang yang beriman.
Tetapi kita tak pandang meninggalkan solat sebagai satu JENAYAH !
Bagi kita jenayah nya ialah pembunuh , perogol , peragut atau pun rompak dan samun. 
Meninggalkan solat TAKDE APA... *Oh what nonsense!! -.-'*
Bahkan ada orang yang di hormati walaupun dia orang yang tidak solat.
Hukumnya HARAM kita cium tangan orang yang tidak solat. 
Tapi kita ni JAHIL ! Tidak ada ILMU ! 
Tangan orang yang tidak solat di cium ? ewww... LAILAHAILLALLAH ! !
Tok guru kite kata , 
Baik kita cium hidung kambing daripada kita cium tangan orang yang tidak solatKerana orang yang tidak solat, telahpun di janjikan masuk NERAKA SAQAR !
Allah hikayatkan dalam Quran , 
Malaikat bertanya,
"Apa sebab kamu duduk dalam api ramai sangat ni , 
sampai berjuta-juta orang duduk dalam api ni ?"

Maka jawab mereka itu,
"Kami bukan penjenayah hebat , kami bukan rompak bank , 
kami bukan perogol bersiri , kami bukan geng pancung kepala orang , 
cuma kami TIDAK SOLAT jer..."

Tidak solat ? 
Tak kira anak raja, anak permaisuri , anak menteri , presiden dunia sekali pun , 
pasti tuhan letak ke dalam Neraka Saqar ! Allahurobby... 

Nak ke ??
Nauzubillah... *tutup mulut geleng geleng kepala*
Muhasabah balik... Jagalah solat kita , kerana itu HAK Allah.
Kalau kita jaga hak Allah , nescaya Allah akan jaga hak kita... InsyaAllah !
wallahu a'lam...