Dia Juga Mampu [repost]

  • 2
p/s : If ada "[repost]" tu, maknanya, post ni saya dah pernah post sebelum ni, saja saya post semula. :)

Subhanallah. . .
Masih adakah lelaki seperti ini (yang dalam artikel bawah ini) di dunia sekarang ini.
Allah. . . ! adeke ? adeke? adeke? hukhukhuk
Hmmm.... di zaman abad kini yang makin maju pesat lalu sesat
sungguh payah lagi susah . Hatta laki dan perempuan semua sama sahaja.
Allahurobby , jauhkan aku dari godaan syaitan dan
fitnah dunia yang semakin mencengkam alam jiwa remaja abad ini !
Moga di teguhkan iman yang ibarat macam graf tu haa .
Kejap naik , kejap turun . fuh! =.='
Allahumma amin ~ ^,^

Actually , saya jumpa artikel ni kat Iluvislam.com.
Saya ade ubah sikit-sikit. Tak banyak pun. So kalau sape-sape yang dah baca
sebelum ni perasan lah kot kat mana yang lain sikit dari asal. hehe . okey ? ;)
-
-
-
Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu.
Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan.
Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu.
Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut.
Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana.
Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja
yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang
tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya.
Kata ustaz di masjid kelmarin :
"Hanya jika benar kita faham apa makna dunia,
maka tiada langsung niat mengejar kemewahan
yang menggila ini akan terlintas."
Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline , ferrari , lamborghini atau lancer.
 Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar awek
chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia. Allah...

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat mereka-mereka berpegang tangan dan berpesta.
Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles.
Dia juga punya nafsu, dia juga punya rasa cinta. Adakah anda percaya?
Wajib percaya , kerana dia bukan malaikat . Hanya manusia biasa .

Dia ada hendset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa.
Dia punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga.
Walaupun hendset dia murah dan bukan i-phone tetapi dia mampu untuk bergayut
berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, dia mampu melakukannya seperti apa
yang mereka lakukan bersama si "dia" mereka itu !

Cuma dia tidak mampu untuk menghina agama. Agamanya cantik, bersih,
lengkap dan indah. Tuhannya dan Rasulnya tidak pernah sesekali mengizinkan
perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza keupayaan kita.
Dari segi fitrah , dia juga sama dengan yang lain. Tiada beza...
Cuma hanya IMAN yang membezakan nya. Subhanallah... ^,^

Ini sahaja yang dia tidak mampu melawannya tetapi mereka yang terlalu berani
membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, dia berjanji dan bersumpah andai sudah
terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri
paling berharga kerana cintanya tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempatnya berpaut dan berdoa, semoga terus melindunginya
dari tsunami dunia yang menggila. Semoga dia, diriku, anda dan mereka terus berpaut
pada dahan yang sama. Berikanlah petunjuk hidayah pada mereka. Amin ya rabb.

Aku dambakan seperti dia... namun aku merasakan...
Allah.... :'(
Aku tidak mampu menjanjikan yang terbaik,
namun aku hanya mampu mencuba menjadi yang terbaik . Biiznillah !
Wallahu a'lam .