Kemanisan berMADU

  • 1

Saya bukan garang lah. Tapi saya sedang cuba untuk tegas dalam sesuatu hal !
 If i say NO, means NEVER. Sila faham bahasa. Jangan buat tak faham bahasa. Ya ?
Well , mungkin ada yang akan cakap , 
"You should never say never" macam dalam petikan filem We Are Family tuh. *tahuaje!*
Haha. Saya tak cakap NEVER , but NO . Lalalalaaa... *MukaSlumber*
Mohon maaf kalau ada yang tidak senang dengan saya mahupun cara saya. 

okayy ? tu je nak bagitau . babaiii . :)
OPSSS...
Ada lagi laa... Itu cuma ending acah acah jer. Ahakss. >.<
Wanna share 1 cerpen di mana cerpen ini telah menyetuh hati saya.
Hehehe , boleh pulak dia sentuh kan. Hebat sunggoh ! Lalalalaaa ~
Actually , ada sorang kawan ni, suruh baca cerpen ni ,
dia kata Sesuai Untuk Bacaan Izzah. *Aceewah!
Memula macam malas nak baca , tapi baca jugak lahh. Sebab nampak menarik.
Tapi kan , tak tau la tang mana sesuainya tuh. Hahahaha. Mungkinkah ? *pengsan
Ahh... layann je laa... :)
Mungkin ramai yang dah baca cerpen ni kot. Kan ? Tapi saya nak post juga. Hehe >.<

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. 
Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan
dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak
Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." 
Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya..... "  Fikri baru ingin memulakan bicara.

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. 
Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" 
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik
Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah
menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya.
Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali
memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun,
hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia
menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal
memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih
dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya.
Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah
nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah,
 namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha
Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi
program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat
dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya,
sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung
sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.
Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri,
sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah,
Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah.
Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri
perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa
Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah
 sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.
Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya,
Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun
kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,"
jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu
dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah,
Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga,
makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri
semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah,
Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah,
seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan
Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga
 takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu
dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah
yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah,
sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu
Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah,
dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya
 sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini.
Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil
memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid,
lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan..." jawab Fikri.

**************************************************
"!...سبحان الله"
Hati ku bermonolog sendirian setelah habis membacanya... *touching*
Seriously , touching mix terharu... huhuk

p/s : Bila tengok pasangan belum halal yang sedang hangat kapel mapel
 ber i miss you, ber saya rindu awak, ber ailebiyu. Geli bulu hidung ouh !
 Tapi ada orang kata, "Jangan geli geli nanti kena batang hidung sendiri." 
Ggrr... Nauzubillah ! ˘﹏˘'