Bukti Kebesaran Allah

  • 2
Saya nak bercerita sikit la. Tak banyak. Sebab tahu pun sikit aje. 
Takkan nak menambah nambah pulak. Kan ? Kang citer lain pulak jadi nye. Huh!
Dari mana saya tahu ? Dari abah saya. Ya, abah saya. 
Dari mana dia (abah) tahu ? Dari ibu buaya ni sendiri masa ziarah ke tempatnya baru baru ini. 
I'm serious ! Ok? 
Ibu "buaya" ? Ya, BUAYA. Ia berkaitan dengan seorangekor buaya. Ggrrr....
Dan saya ingin berkongsi serba sedikit pada pembaca² sekalian. Boleh kan?
Tak suka??? Kalau tak suka , oh tidak mengapa. 
Tiada sebarang unsur paksaan untuk membaca di sini ya. *ala ala freedom gituw*  Hehe :D
Saya akan tulis seringkas yang mungkin dan harap ianya mudah di fahami. Insyaallah.
Ini adalah kerana ketandusan idea untuk menulis lebih lagi. Hehehe. *Malas lettew
Cerita ini kebarangkalian ada hubung kait dengan alam ghaib. 
Dan yang lebih pasti , tiada unsur penipuan atau mencipta sesebuah cerita di sini. *Harap maklum. :)
...WALLAHU A'LAM...
بسم الله الرحمن الرحيم
Ceritanya begini , ehem ehem ! *test test  Ohkeh , serius serius. :D
Abah cerita , dia ni ada kembarnya. Dan kembarnya lelaki, manakala dia ni perempuan.
Kembar sepasang la kira nya masa dalam kandungan ibu dia.
Dan tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu² guna bidan kampung jer, takde nak pergi hospital² dah.
Masa melahirkan , hanya darah saja yang keluar. Tapi bayi nya tak ada.
Tak tau lah pi mana , kata nya di ambil jin. Tiba tiba ada sesuatu yang macam masuk dalam
badan bidan tu. Dia seolah olah di rasuk. Dia cakap, dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi 
tapi berbentuk seekor anak buaya. Pastu pergi macam tu je. Macam mana keadaan ibu dia masa tu ? 
Wallahu a'lam. Terkejut agaknye. Hehehe. Nak tak nak , redha je la. Anak dia sendiri jugak.
Keadaan bidan tu ? Entah, pengsan kot. Hehe *tak tanya la pulak
Kata kembar... Mana bayi lelaki nya? Haa , semua orang ingat gugur. Sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiba tiba 3 hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan 
seorang lagi bayi lelaki yang di sangkakan gugur itu, ternyata tidak gugur pun. Alhamdulillah, 
bayi lelaki itu di lahirkan sempurna sifat nya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.

Seperti yang di janji kan oleh "sesuatu" itu. *i dunno what , just called "sesuatu"
Hari ke 3 , dia datang sebagai anak si ibu, berbentuk anak buaya.
Ibu nya terkejut melihat seekor anak buaya sebelah bayi lelaki nya.
Dan buaya ini di beri nama Nur Hasanah. Binti ? 
Err... Tak tanya la pulak nama bapak dia. Nama kembar dia tak tanya la pulak.
Anak buaya itu di jaga rapi, di tatang sepertimana dia menjaga bayi lelakinya.
Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki , maka seperti itu juga layanan yang di beri pada si 
anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain lah.
Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya itu adalah seeokor ayam yang di tahlil.
Ya, di tahlil. Pastikan ayam itu wajib di tahlil kan terlebih dahulu baru dia akan makan.
 Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali.
Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah... Hihihhihi
Hahaha. Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan,
nak nonton tv atau apa apa aje lah. Dia akan goyangkan badannya.
Kalau tiada yang mengerti niatnya, dia akan masuk dalam badan sesiapa saja 
yang ada di depannya ketika itu. Lalu katakan apa yang dia mahu, kemudian masuk
 dalam buaya tu balik. Sori la , kalau nampak macam tak logik. Tapi inilah hakikat.
Tukar cadar ? Yes. Dia tidur atas katil tau. Hehehe. Kemain lagi buaya ni. Kan? Hehe
Menonton Tv ? Yaa... nonton tv! Dia gemar menonton kata ibunya. 
Hairan bukan ? Naluri manusia tetap ada. Kembar dia? Jalani hidup seperti manusia biasalah.
Kini , dia (buaya) itu di jadikan pameran kerana keANEHannya. 
Saya di fahamkan keluarga mereka ada keturunan pahlawan buaya. 
Then turun kat dia, dan katanya dia adalah generasi terakhir.
Wallahu a'lam.
Subhanallah... First of all ! Saya mula mula dengar , 
"MACAM DONGENG JER... SUMPAH TAK PERCAYA!"
Namun bila di amati kalam Allah yang memang tidak dapat di sangkalkan lagi,
  Surah Az-Zariyat Ayat 56 :“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" 
Ayat ini secara terang-terangan membuktikan bahawa jin itu wujud dan
 seperti kita, mereka juga perlu beribadah kepada Allah.
Oleh itu adalah wajib bagi kita untuk mempercayai perkara yang ghaib.
Maksud perkara ghaib adalah perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar,
cuma realitinya diketahui melalui perkhabaran Allah dan Rasulullah saw.
Jin adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib.



Sebenarnya ada beberapa soalan yang sedang bermain di benak fikiran,
Antaranya : 
Mak bapa dia manusia, dari benih manusia, tapi fizikalnya haiwan.
Dia ni hidup di kira sebagai manusia ke, jin ke, haiwan sebenarnya?
Mati nya di hisab ke tidak ea ?
Dosa pahala di kira tak ?
Naluri nya sama dengan manusia ke tidak agaknya ya ?
Contohnya seperti ingin menikah, ada keluarga sendiri, nak beli itu ini. *merepeknya aku! -__-'
By the way, memang soalan macam budak tadika. Tapi... Ye la... Jadi terfikir fikir jugak.
Semuanya... WALLAHU A'LAM.

Di sini saya ada upload beberapa keping gambar untuk di share kepada anda. ^__^
Bismillah...
Nur Hasanah nama di beri...

Time ni , dia tengah nonton TV.
Mak dia tengah betul kan bantal untuk dia , sebab dia goyangkan badannya
bagi isyarat yang dia tak nampak tv nye. *Im serious!
Comel jerr kan. >.< 

Sempat untuk bergambar orang belakang nuhh. 

Nak sentuh pun takut takut pada mulanya... Haha

Abah kata , kulit dia nampak keras dan kasar.
Tapi bila sentuh , lembut jer. :)



Abah sempat lagi posing dengan buaya comel ni. Hehehehe

Tempat mandi dia.

Bathroom dia. :)

Saya di fahamkan, katil  itu milik kembarnya. :)
Sebelah sebelah jerrr...

Need to remember , dia tak suka orang pegang
kepala or muka dia. Kecuali family dia sahaja. ok?
HARAP MAKLUM. :)

Baiklah, cukuplah sampai di sini sahaja untuk entri kali ini.
Sekali lagi saya ulangi , TIADA UNSUR PENIPUAN di sini.
Nak percaya atau tidak , itu terserah... Hak masing masing. Ok ? :)

p/s : Mohon maaf di atas segala kekurangan. :)

Wallahu a'lam
- WASSALAM -