Stories Memories :)

  • 0
Sedang saya agak sedikit leka membaca tweet mweet yang membina 
dari sahabat sahabat TWITTER , tiba tiba saya perasan banyak yang tweet tentang...
#schoolmemories ---> first lagi tuh... HOT lekonon. >.<

Huaaa... ia tiba tiba mengingatkan saya pada peristiwa pada 13 tahun yang lepas
kalau tak silap. Ehh yeke? Hehehe *lembap math* -____-  Dan saya pun saja nak tweet apa yang terlintas.
Seriously , i won't imagine it again for now ! No longer.
 Whoaaa. -__- *sumpah hodoh*
Tiba tiba saja rajin nak bercerita kenangan masa zaman gemilang kanak kanak ribena dulu. :D
Ianya ketika pada tahun 1999 di mana waktu itu saya baru masuk tahun 1 sekolah rendah. >.<
Ada satu malam tu, lepas mengaji, selesai buat homework sume saya terus ke ruang tamu.
Nampak abah tengah shave misai dia. Whoaa... saya pun memerhatinya dengan penuh minat.
Tak tau kenapa rasa teruja. Bhahahahaha. Ya, tak pelik, budak budak memang gitu. Hehe
Tiba tiba rasa ingin mencuba juga. Saya lihat sorok sorok di mana abah simpan
pisau gilette dia tuh, pastu amek senyap senyap. Kenapa senyap senyap? 
Sebab kalau abah tau abah marah. Yelah, benda tu kan bahaya. Tajam dan boleh 
mencederakan kanak kanak yang comel macam saya ketika itu. Ngehehe. >.<
Pastu berdiri depan cermin sebijik macam mana yang abah buat tadi.
Tiba tiba macam terpaku depan cermin tu, tercari cari tempat sesuai di wajah
untuk di cukur. Nak cukur kat mana pun taktau. Misai takde, janggut lagi la takde.
Tapi nak jugak cukur. Hahaha. Tengok rambut, takkan nak cukur rambut, nanti
botak , tak comey laa... ggrr... ˘﹏˘'
Belek punya belek muka ni, last last KENING menjadi tumpuan. Hehe
Dok berasa , takde kening takpa, orang tak perasan. Kening sikit je, tak banyak macam rambut.
So, saya merasa ketiadaan kening tak menjadi masalah pada ketika itu.
Lalu, saya pun mencukurlah kening itu dengan penuh bersungguh sungguh dan gigihnya!
Hahaha. Sampai licin tak tinggal sikit pun. Rasa puas hati ! Best. 
Macam nak cukur bulu mata sekali. Adoilaa... Cuma takut terkena biji mata, so tak berani. 
Nak cukur rambut, kang mak marah sebab nampak sangat lah kalau cukur rambut. 
Kan kan kan ??? Err.... =_='
Dulu saya tahu bahawa cukur kening itu adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah,
tapi kefahaman saya ketika itu, yang saya tahu cukur kening sebab nak bagi lawa haram la.
Tapi saya nak cukur bukan sebab nak lawa, saja suka suka takde kerja ingin mencuba. 
So tak haram la. Pandai pandai buat hukum sendiri ! *akibat suka memandai mandai :'(
Haishh. Nasib baik budak lagi time tu. Kalau sekarang? Allahu... Nauzubillah... ˘﹏˘'
Keesokkan harinya, macam biasa bersiap siap nak ke sekolah.
Saya perasan, mak pandang pelik je muka saya. Saya pun pelik tengok mak.
Hahaha, bagus lah, sama sama pelik. Pastu mak cakap,
"Kenapa mak tengok muka Izzah hari ni macam lain ye. Pelik dari biasa.
Nampak lain dan pelik. Tapi tak tahu kat mana peliknya...."
Saya pun betul betul pelik dengan kenyataan mak, apa yang peliknya. 
Biasa je. Actually , saya lupa yang semalam saya cukur kening ! Lalalalaaa ~
Pastu pergi sekolah macam biasa...
Masa di sekolah ! Haaa... ni yang nak citer ni.
Biasalah dulu kalau time rehat kitorang suka conteng conteng papan hitam kat depan tu.
Conteng conteng je la apa pun, asalkan conteng. Tah macam mana boleh pulak
berebut kapur ngan kawan masa tu sampai gaduh gaduh. Hahaha.
Tapi takde la tarik tarik tudung, lawan mulut je. Sakit hati je lebih.
Tengah lawan mulut sedap sedap, tiba-tiba kawan pandang muka saya lama lama.
Saya pun pelik, aihh, tak jadi gaduh ke dia ni ? Hahaha
Pastu dia jerit kekuat , 
"Izzah takde kening ! Dah la takde kening, pastu nak rebut kapur ngan orang."
Perghhhh ! Baru saya ingat yang saya cukur kening. Adoihhh.
Last last mengalah, malas nak gaduh lagi, takut dia kecoh kat 1 kelas pula nanti. Huhu
Entah macam mana, kecoh 1 kelas, "Izzah budak takde kening..."
Srot sret srot sret je masa tu. Hanya mendiamkan diri. Rasa macam nak lari balik. Huaaaaa !
Well , balik rumah terus mengadu dengan mak. Bhahaahaha. Antara perkara wajib ketika itu
ialah mengadu dan bercerita pada mak tentang apa yang berlaku di sekolah setiap hari. Lalalaaa ~
Saya tahu mak bosan dengar, tapi mak still mendengar dengan penuh kesetiaan, kesabaran
dan memberi respon yang menggalakkan walaupun hanya tolong gelak. Hehehe
Now, saya dah rasa sendiri. Adik adik yang bersekolah, bila balik sekolah je asyik 
bercerita pasal sekolah je. Kawan kat sekolah, cikgu, buku, pensel dan macam macam. 
Err... sumpah bosan ! Rasa macam nak taruk salotip gam gajah kat mulut dia suruh senyap. 
Tak habeh habeh berceloteh. Hahahaha. Kini baru ku tahu perasaan mak dulu.
Tapi mak tetap sabar dengan kerenah anak sulungnya ini. Hehehe *terharu
Nak berceloteh kat abah tak best , abah style angguk angguk pastu buat tak tau. 
Takde feel nak berciter. Tu yang maleh tu. Kalau mak , mak tolong gelakkan pun dah cukup.
Hihihihi. Ok, sambung ! Pastu ngadulah kat mak, kawan kawan ejek takde kening.
Pastu mak pandang dahi saya, lalu terus tertawa. Rasa macam...Waaaa. Kenapa mak ni ?
Then mak kata, "Patut lah mak nampak pelik je. Baru perasan yang Izzah takde kening. 
Mana pergi keningnya ? Macam mana boleh licin macam ni?"
Pastu saya pun ceritalah dari awal sampai lah selesai cukur kening. Mak hanya tertawa lucu,
abah hanya mampu geleng geleng senyum. Saya ? Hanya tertunduk malu... grr... :'|
Esok nya, mak bubuh celak kat kening. Fuhh lega dapat hadir ke sekolah
dengan kening baru. Bhahahahahahahar. Pelik pelik jerrr...
Mujur tumbuh balik , kalau la tak tumbuh semula... Alien selamanya kah? Oh jangan.*kelu*
Baru ku tahu, orang takde kening sebenarnya lagi pelik daripada orang takde rambut tau. 
Jadi sapa sapa yang suka cukur kening tu, tak payah la. Walaupun nak bagi lawa, sumpah HODOH.
Allah cipta semulajadi ni pun dah sememang memangnya lawa lagi indah tau. Trust me !
Pupuk rasa bersyukur. Kalau rasa macam tak bersyukur tu, cepat cepat check hati.
Jumpa doktor pun tobat lahum doktor pun taktau sebab apa. Sebab Allah je yang tahu HATI kita.
So , tak payah nak cukur kening sangat lah.
Better cukur rambut daripada cukur kening. Huahahaha. Kan kan kan ?
*err... tak payah cukur rambut la, cukur mana yang perlu jer. fhewww ~ 0_o'
Try to imagine muka orang takde kening langsung. Kosong jer. Licin, clean and clear.
 Aauuuuwwwww ! 
Rasa mcm nak pengsan lelaju bahhh. ggrrr Y_Y'
Orang zaman sekarang cukur kening nak bagi lawa... 
Tapi ini cukur kening takde kerja, tetiba jadi macam err... alien. Adoilaaa. *BudakBudak
p/s : Ini semua adalah insiden yang tak di sedari masa kecik dan di yakini belum baligh lagi. Hahaha. Err... "Tersengaja cukur kening !" Ehh apekah. *gelenggelengsenyum (",)
Could you please stop talking about me?!  Ehhh... hehehe *perasan sat >.<
-Wassalam-