Pemuda Membaca Al Quran Dalam Keadaan Koma

  • 0
السلا م عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Ada terbaca 1 entri , dan rasa macam nak post di sini. Mungkin ramai yang
sudah tahu dan baca. Tapi saya nak post juga. Untuk semangat saya sendiri dan kita semua !
Ya semangat buat saya ! Boleh ya ? :)

Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, 
membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada
bilik pembedahan iaitu dalam keadaan koma. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan
yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik
apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan 
"Apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti ". 
Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah 
SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan
menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan
berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti,
 Amin Ya Rabbal Alamin.
YA , AKU PERLU FOKUS !
::::Mode : Muhasabah::::


**********************************************************************
Ini video nya...
...Bismillah...
Allahuakhbar... Menitis airmataku ini keharuan saat melihat video ini. Kagum dengan bacaannya yang sungguh merdu. Meremang bulu roma. Nak jadi macam dia. Hebatnya hambaMu ini ya Allah. Serius, nak menanges ~ Whuuu... *lap air mata
p/s : Sumber : Maklumat.my
Wallahu a'lam...
-Wassalam-