Warkah Buat Aku dan Kamu :)

  • 0
بسم الله الرحمن الر حيم
السلا م عليكم
Erm berdebar-debar nya. Nervous. Sebab?
Sebab selalu merepek, kali ini nak serious sikitlah. Boleh? Sikit je.
Tak serious sangat pun. Hehehe. Kadang kadang serious itu perlu.
Heh ngada ngada pulak ya. Huahahaha. Okay. Baiklah.


Awak ni kan... cantik sangat-sangat. Entah lah, saya jumpa ramai orang cantik,
 tapi awak ni naturally. Banyak yang saya jumpa, lawa sebab mekap. 
Eh, saya suka tengok awak. Dari sudut mana pun, mesti lawa. Buat muka straight ke, 
buat muka suwit suwit *sweet* sikit ke, semua lawa! Sampaikan bila saya tenggok awak kan, 
saya mesti akan fikir, kalau macam ni lah cantiknya Allah boleh jadikan seorang 
manusia biasa, mcmana agaknya bidadari syurga. Sebabnya digambarkan bidadari 
syurga tu, bila tengok dia, luluh hati dan jantung sebab cair, sebab lawa sangat.. 
Tengok awk pun saya dah luluh. Hihihik.

Ehh tetiba bunyi macam pelik pulak. Auchh, mesti awk seram. ˘﹏˘'

Tapi benda yang saya nak cakap ni, erm, terlebih dulu saya nak bagitahu yang 
tujuan saya cakap ni tidaklah lain tetapi hanya sebab hati ni berasa terpanggil untuk 
menyampaikan. Eh, nanti lah saya elaborate lagi. Kita pergi dekat content dulu ea. :D

Awak, sekarang ni, macam banyak kan modeling islamic? 
Dan banyak muslimah-muslimah punya style. Berhijab gituww.

Kita semua nak jadi muslimah yang sejati. Wanita yang solehah. Perempuan islam, 
yang taat kepada Allah dan Rasul, kita semua nak jadi... kan kan kan ? Hehe

Tapi dengan izin Allah, kekadang kita terlepas pandang beberapa perkara yang 
tersasar jauh dari titik muslimah tu. Dalam hal ni, saya nak ajak kita renungkan soal hijab.

Sebelum tu, saya dgn rendah diri dan hati nak mengajak kita sesama ponder, apa maksud hijab.
Kalau tengok ayat ni kan, “Semoga terhijab segala dosaku dihadapanMu kelak...”
Maksud hijab tu adalah macam tutup, cover, lindung, hilang... kan? Yeke? Hehe

Actually memang maksud hijab mcm tu. Hijab – bukan refer pada sehelai kain yg 
disangkut di kepala dan bertujuan untuk menutup rambut sbagai aurat wanita.
Tapi hijab – refer kepada pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan 
menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan.
Bila Islam mewajibkan ke atas wanitanya untuk berhijab, maka itulah yang Dia mahukan.

Eh, tengah tulih tulih ni... Okay, tetiba saya jadi malu. Malu pada diri sendiri.
Sebab, terasa dengan diri sendiri. Allahurobbi. Eh apekah? -___-

Tapi itulah, kita sesama berusaha baiki diri, dan seru orang lain. 
Sebabnya, kita tak nak pelihara diri sensorang, tapi kita nak saling memelihara. 
Dalam surah al 'asr kan Allah kata, demi masa, manusia tu dalam kerugian, 
kecuali orang yang saling berpesan dengan kebenaran 
dan saling berpesan dengan kesabaran.

Awak. Kecantikan awak yang Allah kurniakan itu, yang saya jeles tu, hihi, 
saya dengan rendah hati dan sedar diri, dengan penuh jahil dan fakir, nak ajak 
awak hijabkan dia (kecantikan/aurat). Hijab di sini, hijab seperti yang islam maksudkan tadi tu.
 Pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi,
merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan, dari pengetahuan dan idea
 mana-mana lelaki bukan mahram.

Hanya lelaki terpilih saja, yang halal saja, melihat awak apatah lagi menyentuh awak,
 seterusnya menyayangi dan mencintai awak hingga ke syurga Allah. Awwwww. >.<

Kita sesama berusaha ke arah ni. Saya menulis ni, bukanlah bermakna hey saya 
dah perfect dah berhijab, no no no, nehi ! Tidak. Tidak sama sekali. Hijab wanita tu ada 4.
Hijab tubuh, hijab mata, hijab mulut, dan hijab hati. Ok, take note ya.

Kita bersama sama berusaha ke arah ni. Ke arah menjadi muslimah yg sejati, 
wanita yang solehah, hamba yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul.

Kalau awk tak sure kan, betul atau tidak ini dan ini, awak berbalik semula pada 
konsep hijab yang basic tadi. Kemudian awk analyse la, bila awak berbuat begitu dan begini,
 adakah menepati konsep hiijab tadi? Kalau tidak maka bertindaklah, kalau ya maka 
Alhamdulillah semoga allah mengganjari usaha awak. :)

Sejujurnya, saya juga masih jauh tersasar. Tapi itu pun Allah masih sudi lagi hantar 
orang pada saya untuk menegur saya. Tapi kadang saya bebuat tak endah je. Tapi dalam hati...
 Seribu satu hal dan persoalan yang sedang di fikirkan dan tak mungkin dapat
 di ungkapkan di sini. Sungguh, walaupun kadang kadang rasa sentap, allahuakhbar saya rasa
sangat bersyukur kerana Allah masih sayangkan rupanya. Besarnya nikmat ALLAH pada 
saya yang hina ni, bila Dia sudi tuntun balik langkah kaki saya ni untuk kembali berpijak 
di atas jalan Nya. Padahal Dia boleh je pilih untuk biar saya, siapa suruh saya yang teruk, kan? 
Itulah tandanya, Allah tu Maha penyayang terhadap hamba2nya, 
semahu mahunya kita masuk syurga, Allah lagi mahu hambanya masuk syurga, 
se taknak2nya kita kena azab, Allah lagilah taknak hamba2Nya yang 
Dia sayang semua ni kena azab. Dia pun tak sanggup. Allah maha pengasih dan penyayang!
Allah tak kejam, apa lagi pada hambaNya. Allahuakhbar... :') *sebak pula tiba tiba

Ya, masih banyak lagi dan terlalu luas lagi aspek kehidupan yang perlu saya baiki untuk saya
benar benar jadi seorang muslimah yang benar benar MUSLIMAH. *byk nye benar2

Menyebut tentang muslimah, saya nak kongsi sikit maksudnya. 
Muslimah tu ialah wanita yang islam. Hmm, dalam maksudnya tu ya.

Islam maksudnya “tunduk, menyerahkan” kepada Allah. Perempuan yang islam, 
ialah prmpuan yang tunduk dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga dia kepada Allah. 
Dia sanggup bersusah berpayah, hanya untuk Allah. Dia bersenang bergembira, 
pun hanya untuk Allah. Apatah lagi dia berpakaian, bergaul, berhubung, dan sebagainya. 
Of course, di samping dia penuhi ibadah-ibadah wajib. Itulah muslimah. *aku? hmmm... :'(

Bila kita mengaku kita seorang muslim, adakah kita benar benar sudah hidup 
dalam keadaan tunduk kepada Allah? Sama-sama muhasabah. Banyak pincangnya 
dalam diri saya ni, tapi saya tak kan sekali-kali biarkan kawan-kawan sekeliling saya 
pun turut berpincangan. Saya ingin membawa manusia ke syurga, walaupun 
saya sendiri belum tentu layak masuk ke syurga. Wallahualam. :'(

Akhir kata, itulah saja yang saya nak smpaikan dekat awak. Kalau ada benda 
yang awak tak setuju, atau awk keliru, ur mostly welcomed to ask or discuss with me.

Saya simpulkan sikit, dalam warkah ini, saya dengan rendah hati dan penuh fakir ingin 
mengajak diri saya sendiri, dan awak semua wahai muslimah, untuk kita sama sama ponder
 balik erti hijab, dan apply kan dalam hidup kita.Wanita itu rahsia Allah. Dan Allah akan pilih 
adam yang istimewa saja untuk tahu rahsia itu nanti, bila smpai masanya nanti, insyaallah.

Okay.
Sesungguhnya, hamba sedang menegur diri sendiri... :'|
dan juga buat muslimah di luar sana...

p/s : Lagu "Abre Entra" ni best kan? Tapi sayang, tak tau makna dia. :'(
1 more, semalam gi teman adik tengok baju akad nikah dia. 
Subhanallah. Cantik baju akad nikah dia ya. Ahakss. 
Jeles ke? Okay. YES! SO WHAT? Hehehe. Okbai. >.<

wallahu a'lam.
wassalam