Nasihat atas nasihat.

  • 0
السلا م عليكم
بسم الله الرحمن الر حيم
Wanna post sedikit nasihat, teguran dan peringatan dari the real Imam Muda. 
Khas buat semua muslimah di luar sana. Juga buat diri saya terutamanya. :')
Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, 
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi 
sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi *bukan mahram,
 tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat 
maut baga kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh 
untUk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh
dan benda-benda leleh yang lain.

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun (di fb) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat.
Tapi bila cuit sikit, dah tergedik-gedik !
Ngurat sikit, dah sangkut !
Ajak couple sikit, terus setuju !
Lepas tu, putus cinta, meleleh leleh !
Ada masalah sikit, doa nak mati !
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia !
Exam failed, kata taknak hidup lagi !
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu !
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram !

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh
 Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, 
Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, 
Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, 
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, 
jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, 
jangan kapel free free macam bohsia, jangan dok bermanja dengan
 lelaki macam perempuan tiada harga.

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal),
"Jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri,
maka separuh agamanya telah sempurna..." 
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama? 
Wallahu a'lam
Wassalam...