Kedatangannya Yang Di Nanti Nanti

  • 0
Rasa macam dah berabuk.. *fuh fuh. buat aksi ala² meniup habuk
Padahal bukan lama mana pun tak hapdet. Lebih lebih la kau ni Izzah. Haha.
Macam nak taip banyak benda. Tapi tak tertaip pula rasanya. 
Sebab nak jaga hati banyak orang. Sedang cuba dan masih cuba untuk tidak 
mengikut hati yang macam² ini. Kadang kadang bila marah atau sedih tangan 
ni macam tak nak ikut cakap otak. Dia main sedap jer nak meraban. 
Tak sedar kadang² or memang syaitan tu tengah meniup² membisikan 
yang bukan² ditelinga. Dan saya masih belajar menjadi orang yang baik². 
Baik yang dalam erti kata baik. Sebab kengkadang bila hati terlalu inginkan 
sesuatu, diri tak sedar yang baik itu telah tiada. *wah deepnyaa
Nak jadi baik sebab nak mengharap redha Allah s.w.t. InsyaAllah. :')
Okaylah.
Pejam celik. Pejam celik. Tup tup dah nak puasa. Kan?
Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. 
Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.
Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, 
ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. 
Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. 
Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan. :)
Whoaa. Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak sedar je. Allahurobbi.
Alhamdulillah kita semua masih di beri kesempatan untuk menyambut 
kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang sangat di nanti nantikan.
Sebab apa?? Sebab nak RAYA. Yeaaa. Ciss ! HAHAHAHA. *geleng kepala*
Bulan Ramadhan, paling sinonim dengan Bazaar Ramadhan. Wahh.
Time tu, kalau pergi bazaar ramadhan je, nak nak pulak pepetang, 
dekat dekat nak berbuka pula, perghh. Dengan pelbagai juadah makanan, kuih kuih
yang ada untuk di jadikan juadah berbuka. Ahh. Enak belaka time tu. 
Sabar sabar. Pastu bila berbuka pula kalau kat sini macam kenduri je hari hari. 
Kadang bertukar lauk, kuih kuih dengan student student kat sini, ngan jiran jiran. 
Wah. Best best. Anda pula bagaimana?
Pastu terawih pula. Whoaa. Kalau macam tahun tahun sebelum ni selalunya
abang abang pondok sini je yang jadi imam. But now dorang semua tak ada.
Tak bestnya... Tak rasa macam suasana dulu. Huwaaaaa! :'(
Em, tapi dengar abah cakap tahun ni abah kata nak jadi
 imam terawih. Tapi tak tahu lagi lah abah tu. Dulu boleh la. 
Sekarang susah sikit. Dengan sakit lututnya, sakit uratnya, sakit pinggangnya. 
Hmm. Kasihan abah. Semoga di beri kesihatan pada abah. Amin ya rabb. :')
Ahh. Tak kira lah siapa pun imam nya kali ni.
Asalkan dapat terawih even kadang kadang tak penuh. =.='
Cukup 8 rakaat je, kadang kadang mula lah. Esshhh. Melampau gila. Hahaha >.<
Sebaik sunat. Bukan wajib. Tapi tu lah. Yang wajib tu wajib lah.
Yang sunat bila lagi kalau bukan sekarang. Kan? Okay. Tak pa. Tak pa.
Try... BUANG MALAS YANG MELAMPAU LAMPAU tu! ˘﹏˘'
*Bergeraklah walau merangkak, tambahlah amal walaupun sedikit.
 Allah melihat dan menghitung semuanya. :')

Eh! Bagaimana pula dengan ibadah tambahan? Jangan kata tunggu
bulan Ramadhan je baru nak tambah amalan. Bulan lain pun sama. Okay?
Ingat tu Izzah ! Jangan nak berlagak sangat malas malas tu. Nafsu belaka. =.='

Maha sempurna aturan ALLAH, sama-samalah memburu keredhaanNya. 
Jika benar kalian mencari KeredhaanNya.
Kalian ikhlas berpuasa keranaNya. Maka lakukan Sebaik-baiknya,
Insyaallah... Ingat, SYAITAN SENDIRI PUN TEWAS DENGAN NAFSUNYA.
 Sahur? Well. The best part is nak kejut adik adik. Oh sabarlah sabariah.
*sabariah? hahahahahahahaha. OKDIAM !
Whoa. Susahnya nak bangun. MasyaAllah. Hahaha. Sampai kan depan rezeki pun
tersengguk sengguk lagi. Allahurobbi. Adik adik... *geleng geleng senyum
Kakak nya insyaAllah senang jer nak bangun even rasa ngantuk sebenarnya.
Ya, bagi orang kuat tidur macam saya. Ianya sangat mengantuk. Arghh!
Mengantuk tahu?! MENGANTUK! Macam mana la ni. ggrr... =='
Hahahahahaha. Ewah ewah. Mengada kau ya! Dah dah.

Well, Ramadhan adalah bulan yang full of memory bagi saya.
 Entah kenapa hati ni rasa sayu je. Gembira berbaur sedih. Ohh. 
Kenapa ya. Huhu. Barangkali ini bulan puasa untuk saya yang terakhir. 
Mungkin. Siapa tahu. Kan? Hmm. 
*tunduk ke lantai, air mata yang mula bergenang sedari tadi,
 terus mengalir ke pipi, PLUP. Menitis ke lantai.* ˘﹏˘'
Anyway, saya ingin mengucapkan

SELAMAT BERPUASA bagi SEMUA UMAT ISLAM

di muka bumi Allah ini. Puasa jangan tak puasa tau! Bukan susah mana pun.
Tak makan je. Bukan kena buat apa apa yang berat pun.
Tak mati aih setakat tak makan tak sampai sehari tu. Ok?
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
"RAMADHAN KAREEM !"
p/s : Banyak harapan dan doa aku sebenarnya. Tapi cukuplah aku dan Penciptaku sahaja
 yang tahu. I’m just human being. Tak lepas dari buat kesilapan. 
Sifat manusia ada padaku. Aku bukan tuhan. :')
Wallahu a'lam
~ WASSALAM ~