Imtihan plus LIPAN.

  • 0
Bismillah. Malam ni lepas teraweh, saya di tugaskan untuk tebuk hafazan pelajar. 
Dan ya, alhamdulillah. Selesai juga imtihan hafazan pada malam ini. 
Memang nak bagi siap hari ni jugak. Sebab esok imtihan fardhu ain pula.
Nak buat siang, bebudak ni minta untuk di beri masa mengulang. Tak apalah. Bagi je la.
Dari pukul 10.00 p.m tadi start. Pukul 2.30 a.m baru selesai. Fuh. Boleh tahan juga ya. Haha. :D 
*tenyeh tenyeh mata*
Salah seorang pelajar yang aku sempat snap masa
dia tengah baca time imtihan tadi.
*belakang tu kurma berkotak kotak* :D
Yang paling tak tahan, tengah sedap sedap saya tebuk hafazan bebudak ni, entah lipan dari mana 
pun tak tahu lah, tiba tiba menyelinap masuk dalam kainku. Oh cemanalah boleh tak sedar ni.
Boleh sedar tu pun, sebab dah kena gigitan "cinta" dari si lipan ni kat peha. Peh. Sakit weh.
Sakit gila. Siapa yang pernah kena sengat lipan, tahulah rasanya. Terkial kial dah ni.
Menjerit di buatnya. Terkejut budak yang tengah imtihan tu. Haha. Kasihan dia.
Lintang pukang bacaan nya sebab terkejut. Bukan niatku. Ini TERPAKSA. Dan memaksa.
Ampun ya. Ampun. Oh Allah. Can i pengsan now? -.-'
Sangat menggamit suasana. Ya, kehadirannya benar benar "memeriahkan" suasana
 yang tadinya tegang dan serius. Tengah imtihan tu beb. Baru nak bajet "serius",
boleh boleh nya dia datang. Masuk dalam kain pulak tu?! Dah la masuk dalam kain,
di sengatnya pulak?! Kuajaq punya lipan. Haishh. Mau tak menggamit suasana. HAH.
Ciss. Melampau gila! Bhahaha. *cekak pinggang, geleng kepala*
Student yang tengah imtihan tadi pun terbantut nak meneruskan bacaan.
Sekali ngan dia riuh terkial kial! Bhahahahar. Padahal lipan je pun. Eh lipan pun?!!
LIPAN tu beb! LIPAS boleh tahan lagi. Tapi itu pun cukuplah sekali. 
Ku tak mahu lagi. Geli gila. Aduduh. Terjoget joget di buatnya. Meh la joget sekali. Ewah ewah.
EH. Hahahahahahha. Kdiam! Fuh. Fuh. Ggrr. *semput*
Ya Allah. Oh sabarlah sabariah. Ok stop here. Taknak cerita lagi. Yang pastinya,
 lipan tu dah mati saya kerjakan cukup cukup. Dah penyet penyet dia.
Kena kerat berapa juta kerat dah tak tau lah. Pembunuhan yang kejam tak ini???
Agak agak boleh masuk news tak? Kahkahkah. Okay. Saja MEREPEK. Huhu. Amekau.
 Sapa suruh mula dulu nak ajak aku bergurau time time ni.
Sudahlah. Ianya memalukan dan amat menggelikan. Huhu ~
*pengsan* -,-'
Oh ya. Anda semua,  tadarus macam mana? Dah khatam berapa kali ni?
Saya? Biarlah rahsia. Hihihihi. *blushing* :')
JOM FIGHT ! 
*eksen je lebih. fight ngan adik pun kalah. EH. sshhh. DIAM KAU. hahaha.* =.='

Okay lah, tak kisah lah khatam ke belum, laju ke slow, yang penting 
niat itu ikhlas lillahi ta'ala. Istiqomah. Kalau boleh jangan bulan ni je. Bulan bulan lain pun.
InsyaAllah. Perlahan lahan bagi yang tidak biasa. Kalau yang dah mashi, dah biasa,
KEEP IT UP. Bagi semangat kat kami yang tak biasa ni! Allahu allah. :')

Baiklah. Tak ada apa pun sebenarnya. Saja meluangkan masa dengan blog seketika.
Selamat beribadah ya buat sahabat sahabat semua !
Dan jangan lupa. Ehem ehem. Kenang daku dalam doa kalian ya. Syukron. ^_^'

Wallahu a'lam
...Wassalam...