Let's Search For It !

  • 0
Bismillah.
Mood apakah ini? Sayu semacam hati ini. Hari ini dah 20 Ramadhan.
Ramadhan tinggal 10 hari je lagi. Ya Allah. :'(
Sekarang, 10 malam terakhir. Allahurobbi. Pasti anda semua dapat meneka
apa yang saya ingin tuliskan pada kali ini. :D
"LAILATUL QADAR"
Ya tepat sekali. Bijak nya anak ummi ni. *ewah ewah :p
Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui
 malam yang cukup istimewa. Ya. Ia adalah Malam Lailatul Qadar.
 Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada
 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Di malam itu lebih baik dari seribu bulan,
 dengan kita beribadah di malam tersebut. Tapi ingat. Bukankah di setiap hari lain itu juga baik,
 asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT. Malam Lailatul Qadar sering di sebut 
malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah dimalam tersebut pahalanya sama 
dengan ibadah seribu bulan. Allahu akhbar! Tak nak ke? Jom la. Tunggu apa lagi.
*Dok ajak orang jom jom. Tapi aku dok tercangak depan lappy tulis blog lagi. 
Apa ni Izzah?!! Ya Allah. :'( 
Fuh fuh sikit lagi nak habes kan entri ni. Hiyargh. 
Teruskan menaip! CEPAT! =.=' *

Sabda Rasulullah SAW: 
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada
 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (HR Bukhari)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: 
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu,
 janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.
(HR Muslim)

Sama sama lah kita mencari 10 malam terakhir.
Malam Lailatul Qadr. Malam yang indah dari 1000 bulan. Allah.
Nikmat apakah yang Kau berikan ini ya Allah.
Allah. Allah. Allah. :')
p/s : Dari dulu sampai sekarang, saya masih berfikir. Mengapa Allah SWT buat
 Malam Lailatul Qadar ni ya? Anyone? *curious*

Wallahu a'lam.
WASSALAM

Tentang Sahabat


Bismillah. Terasa seperti ingin berbicara tentang seseorang.
Mungkin agak sentimental. Tapi sebenar tidaklah sentimental mana pun.
Semua orang punya jiwa. Dan jiwa aku begini. Jiwa dia begitu. Jiwa kau?
Dia. Seorang yang pernah hadir dalam hidupku. Dan kehadirannya adalah ujian terbesar buatku. 
Membuatku rasa gusar saat memikirkannya. Sangat dan sangat!
Dia yang tak pernah sedar akan kehadiran aku dalam hidupnya. Walau sedetik cuma. Tapi aku?
Dia juga tak pernah tahu apa yang aku selalu cuba lakukan untuk dia. 
Penuhi permintaannya. Dan macam macam lagi. Dan... Dia takkan pernah sedar akan itu!
Aku hanya tempat untuk dia meluah keluh kesah di mana dia saat kesusahan.
 Aku sakit di perlakukan sebegitu. Aku kasihan. Maka dari itu aku cuba untuk bertahan.
Demi perasaan seorang insan yang bernama SAHABAT yang aku sayangi.
Supaya dia tidak merasa sunyi tika dalam kesusahan. Tapi dia tak pernah nampak aku.
Datangnya tika berduka. Perginya saat bersuka. Aku ?
Adakah aku melakukan hal yang sia sia? Ya. Terasa sangat sia sia. 
Tidak lagi untuk sekarang. No longer! NEVER! 
Aku tak pernah wujud pun dalam kamus hidup dia. Apa lagi di ingatannya. Jauh sekali!
Mana aku dalam hidup dia? Mana aku dalam hidup kau hah?!
Cukuplah. CUKUP. Ah.Terasa sebak pula tiba tiba.
Sungguh tegar dirinya. Sungguh tinggi keegoannya.
Apapun yang terjadi. Aku mungkin bukan sahabatnya. Tapi dia tetap sahabatku.
Kehadirannya membuatku sakit. Kehilangannya menambah perit.
Ah. Sudahlah. Itu semua DUNIA. Fana. Tiada yang kekal untuk difikirkan.
Apapun aku harap ukhuwah kita kekal sampai bila bila.
Sebab? Aku sayang ukhuwah ini lillahi ta'ala. Jangan biarkan terputus
hanya gara gara mainan perasaan yang macam macam ini. Jangan.
 Aku cuma nak kau tahu. Aku sayangkan kau sahabat! *wipe tears and hugs*
Allah mengetahui segala rasa.
Kecewa? Oh tentulah tidak. Biarlah. Cerita lama. Cuma sebagai manusia
yang masih punya ingatan, pastilah kadang kadang teringat. Tiba tiba. Kan? :')
Allah yang bagi kita ingat. Dia juga yang bagi kita lupa.
 So, no wonder la if tiba tiba rasa terINGAT. Allah jugak yang bagi rasa macam tu.