Salam Aidilfitri 1433h !

  • 0
Assalamualaikum. Bismillah. 
Banyak perkara yang belum terungkai dan menjadi tanda tanya. Barangkali.
Allahu allah. Banyak benda nak tulis sebenarnya ni. Banyak juga perkara yang terbuku
di hati dan fikiran ini untuk di kongsi. Akan tetapi jari ini seolah olah
kaku tika berada di keyboard. Minda serta merta membeku. 
Seolah oleh tiada kata yang dapat ku coretkan di blog ini.
 Hmm. Oh kenapa ya? Biarlah. Sungguh Allah maha mengetahui. :)
Baiklah. Sebenarnya itu bukan topik utama untuk entri kali ini. Itu muqaddimah je.
Well, uols juga mesti dah dapat teka saya nak post pasal apa. Bhahaha. Okay.
buat semua pembaca blog saya, kenalan kenalan, sahabat handai
dan semualah yang mengenali diri saya. Tak kenal? Takpa. Bukan artis pun.
No wonder la if tak kenal. Biasalah itu. AHAKSS . *senyum tangan tutup mulut*
Whoaa. Allahu allah. Esok dah nak raya. Cepat sungguh.
Tak terasa Ramadhan sepanjang 1 bulan ni.
Apa pun alhamdulillah masih di beri kesempatan lagi pada tahun ini
untuk meraikan 1 Syawal 1433h. Baiknya Allah! Eh. Seronok tak, nak raya ni?
Dan ya, bila time raya message dari kawan kawan bertalu talu masuk mengucapkan
 Selamat Hari Raya. Terima kasih di atas ingatannya ya. *senyum terharu :')
Kadang nak buka inbox pun hank. Tak tau la, ke memang fon tu yang masalah.
Minta nak tukar baru lettew. Oh sabar sajalah. Fheww. *lap peluh =.='
Okay. Biarlah. Haa. Mesti selalu ada soalan paling famous orang tanya kita. Kan?
 Okay saya jawab siap siap kat sini. Random la ea.
 Baju berapa pasang? Ehem. Alhmdulillah 3. 2 baju kurung. 1 jubah.
Warna apa baju raya tahun ni? Nak boria lettew. Ihikss. 
Warna Maroon, Kelabu dan PINK! Uols pulak??
Tak balik kampung? Tak. Kitorang pun duk kampung jugak. Lalalaa.
So, tiada istilah "balik kampung". Yang ada cuma, balik umah nenek. Hihi. 
Tapi tahun ni tak balik, sebaliknya dorang yang datang sini. Sebab walimah adik. :)
Dah buat kuih raya? Tak buat tahun ni. Kuih tunjuk je ok.
Boleh ke nak datang beraya rumah Izah? Boleh. Mai la. Tapi ada syarat WAJIB.
Bawa duit raya. Okay? Tak bawa, jangan datang! Bhahahaha *eh apekah
Opsss, gurau je tu. Maaf. Maaf. :D
Tak nak kirim kad raya ke? Tak. Pejabat pos pun busy nak raya. *memandai
Alah banyak lagi lah. Malas lah nak type banyak banyak. Itu antara
soalan yang terfamous lah. Tak larat nak jawab soalan yang 
sama walaupun untuk orang yang lain lain. Gggrr. =.='
Baiklah. Tak nak buang masa lagi. Nak ambil kesempatan pulak. Hehe.
 Dengan seikhlas hati dan merendah diri nya, di sini saya menyusun 
10 jari ingin memohon maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini 
sepanjang saya berBLOGger, berTWITTER, berYMer, berSKYPEr,
berFACEBOOKer, ber... apa lagi eh? Ah semualah sepanjang
 "ber ber" semua tu, mungkin ada yang mengguris hati kalian 
tanpa di sedari dengan penulisan saya yang sesedap jari je nak menaip ini. Kan?
Ada. Jangan tipu. Kan? Okay. Maaf ya. Maaf.
Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja. Mungkin. *eh apekah  -___-' 
Mohon maaf dari segala sudut. Tak kira lah apa jua kesalahan atau kesilapan. 
Sebagai manusia memang tak pernah dapat lari dari silap, tak pernah lekang dari dosa. 
Terkadang hati ini mudah berprasangka. Allahurobbi. ˘﹏˘'
Mohon di maafkan. Kosong kosong lah ya. :D
Oh ya. Ini kad raya ikhlas dari saya khas untuk sahabat sahabat semua.
Maaflah buruk sikit. Mungkin agak serabut. Edit ikut suka hati ja ni.
Tak pandai nak edit sangat sebenarnya. Ahakss.
Dan ya, PINK tetap menjadi pilihan. ♥ Wink wink ~
 Jeng jeng !

...BISMILLAH...
*klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat* 
تقبل الله منا ومنك صالح الأعمال
كل عام و انتم بخير
 Wallahu a'lam
Wassalam