"Bertemu dalam doa"

  • 0
Bismillah.
Dia. Insan yang aku selalu berkongsi rasa.
Sedih. Gembira. Suka. Duka. Berkongsi ilmu. Tasmi' sama sama.
Semua ada. Susah senang ada bersama. Kami sangat akrab. Aku selesa. Dia pun.
Alhamdulillah. Allahu allah. ^_^

 Tapi...
Ukhuwah kami semakin retak. Kondisinya yang sangat lemah!

EH. Loading? Tak lah. Abaikan. Dia memang macam ni.
Mengada ngada. Tak ada apa. Hiasan semata mata. :D

"Apa pendapat kau bila ada yang menghalang untuk kita jadi sahabat 
yang rapat dan akrab? Apa yang kau rasa?" 

Aku. Diam. *bunyi cengkerik*

"Ada seseorang yang tak suka dan tak selesa kita berkawan."

"Siapa? Aku taknak. SEDIH. Aku akan cuba pertahankan ukhuwah persahabatan 
kita selagi termampu! Ya, selagi boleh." Balasku yakin.

"Itu permintaan ayah aku. Dia tak suka aku rapat dengan kau." 

"Tapi kenapa?"
"Patutlah kau nak datang rumah aku sekali pun payah sangat. 
Aku dah berapa kali ke rumah kau ajak kau ziarah ke rumahku. 
Susah benar nak dapat keizinan.
Rupanya orang tak suka. Takpa. Aku sedar. Tapi kenapa?"

Dia. Diam. *bunyi cengkerik*

"Kau nak tinggal aku?"

Dia geleng geleng kepala.
"Aku sayang kau. Kita tetap sahabat. Sampai bila bila."

Aku. Cuba untuk senyum.
Dia pun sama. Kemudian berlalu pergi. 

"Kau kata taknak tinggal aku? Aku cuma nak kau tahu. 
Kau adalah sahabat yang aku sayang." Bersuara lemah.

"Aku tak tinggal kau. Kita jauh. Tapi dekat." Senyum.

Matanya bergenang. Aku tahu. Dia pun sedih. Bukan aku saja.
Dia terus berlalu pergi. Hilang dari pandangan.
Tinggalkan aku sendiri dan menyendiri.
Aku berbicara sendiri. Aku masih tertanya tanya. KENAPA?
"Sedihkan?" Angguk lemah. Menangis sendiri. Sampai puas!

"Mungkin aku ada terbuat salah silap tanpa di sedari sepanjang bersahabat 
dengan kau sampai ayah kau tak suka kau bersahabat denganku. 
Meskipun ya salah aku. Kenapa sampai jejaskan ukhuwah kita? 
Itu yang aku tak boleh terima! TAK BOLEH tahu?!
Tapi. Aku tak tahu apa salah aku. Aku bingung." Masih sendiri.

Aku. Masih mencari di mana silapnya.

"Aku nak tahu. KENAPA DENGAN AYAH KAU NI SEBENARNYA? 
BUKAN AKU AJAR KAU MENCURI, MEMBUNUH SEMUA TU.
 JADI DERHAKA? JAUH SEKALI. TAK. Kenapa sebenarnya ni?!"

Sent to 019******* 
Delivered MASSGAGE SENT.

....5 Minit berlalu...
Aku terlihat di skrin telefon bimbit, "1 new massage from 019*******."
Aku mencapai dan "View massage".

"Maaf. Ayah aku fikir kita lebih dari sahabat dan ada "perasaan" 
sebab terlalu akrab. Tapi aku sayang kau. Maaf. :(" 

Allahurobbi. Patutlah.*senyum kelat*
Tak reply. Malu. Sedih. Geram. Kecewa. Terasa. Sentap. Semua ada.
Sebak di dada ku tahan saja.
Memang aku ada perasaan. Kita semua ada perasaan. 
Tapi bukanlah perasaan seperti yang mereka tafsirkan.
Kenapa mesti fikirkan yang bukan bukan? 
Okay. SEDIH! Juga perasaan. Kan? :'(

Baiklah. Kau wajib taat orang tua kau. Bila ayah kata "jangan", 
maka janganlah. Aku redha. Tapi kau tetap sahabat aku.

Meskipun aku ada perasaan. AKU MASIH WARAS! 
Oh mudahnya mereka menafsir perasaan kita yang bukan perasaan mereka itu. 
Takpa. Takpa. Memang begini ujianNya. Aku harus lalui walau penuh duri. 
Allah tetap ada sekali. Tak perlu gusar lagi. Allahu allah. Terasa perit. Rasa sakit. 
Ya. Memang begini. Tenang saja. Allah kan ada. *pujuk hati*

"Tidak mengapa. Aku terima.
"Kau kena hormat. Itu permintaan mereka. Wajib kau taat! 
Aku? Takpa. Biarkan saja. Aku dah biasa."

Tunduk. Diam.

"Ternyata tak semudah bicara." Senyum kelat.

"Tapi bagi aku, kita tetap sahabat sampai bila bila. Jangan putus doanya ya."
Aku harap kita akan sentiasa bertemu dalam doa!
Iya lah. Memang begini. Aku tahu aku tak sendiri. 
Allah ada.
Alhamdulillah.
Senyum kembali. Hiburkan hati. Lalalalalaaa. *joget joget*

p/s: Aku harap kau baca sebenarnya. Tapi aku tahu kau takkan baca. 
Takpa lah. Itu sekarang. Siapa tahu nanti.

Wallahu a'lam.
Wassalam.