Friendship and Love

  • 0
Bismillah. Salam 14 syawal.
Dah 2 minggu kita raya rupanya ya. MasyaAllah tak terasa!
Banyak benda nak type sebenarnya. 
Tapi...

*bunyi cengkerik*

Okay lupakan. 
Tadi tengah borak borak dengan seorang sahabatku,
Soalan cepumas dari dia yang membuatkan aku agak terkedu. Sikit je.
 "Seandainya kita mencintai lelaki yang sama, kau sanggup berkorban untuk aku?" 

Aku cuma tersenyum. Sedikit tersentuh dengan soalannya.

"Kalau kau?"
 Soalan ku kembalikan padanya. *angkat kening*

"Kalau aku, aku sanggup. Tapi aku taknak jumpa.
Bukan benci. Cuma aku takut sangat andai di uji macam tu."
Bersuara lemah.

"Yes, memang tak mustahil berlaku. 
Tapi macam mana lah kau boleh terfikir macam tu?"
Geleng geleng senyum.

"Sebab kebanyakkan orang yang aku kenal, mesti kenal kau.
Kau pun mesti kenal dorang." Tunduk.

"Eh. Haha. Sebab kita kan sahabat. Kawan kau pun macam kawan aku.
Tapi tak semua. Kan? Dah la tu. Jangan fikir bukan bukan."
Pujukku di selangi dengan tawa kecil.

Dia diam. Dan tersenyum. Sebab aku tersenyum. Barangkali.
Namun, jauh di sudut hati kecilku agak... Err... Entah! Terimbas barangkali.
Sudahlah. Aku cuma nak kau tahu.
Prinsip aku. Sahabat dan cinta. Sahabat adalah segala gala nya bagi aku. 
Even si dia tu dah jadi suami pun masih boleh berkongsi.
 Inikan pula hanya cuma orang yang kita cinta. Tak penting. Mungkin.
Jadi, kau faham kan maksud aku? :')

Aku dah merasa semua itu sebenarnya. Yang namanya dunia memang begitu.
Kau mungkin cuma tahu ceritera tentangku. Kau mungkin mengerti situasi ku sekarang.
 Tapi kau takkan dapat rasa apa yang hati aku rasa sekarang.
Kau tahu. Tapi kau tak rasa. Jadi... tetap TAK SAMA.
Itu lumrah kehidupan. Belajar untuk terima apa adanya. Redha apa yang berlaku.
Bila termenangis , aku tak malu. Bukan aku menangis sebab tak dapat si dia. 
Bukan sebab manusia. Bukan! Tapi itu cara aku pujuk hatiku. Kau?
Allah dah sediakan yang lebih indah sebenarnya. Cuma belum tiba masanya.
Tunggu saja lah. Kalut nak pi mana nya. Kan?
Cuma kadang kadang, i pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah.
Just wanna say. Menangislah sepuasnya andai itu yang membuat dirimu tenang.
Menangislah. Kau tak lemah. Itu tandanya kau kuat!
Orang yang lemah itu mengeluh. Bukan menangis.
Menangis itu tanda kau sedang mencuba, cuma kau kurang kuat.
Lalu kau cuma lakukan apa yang kau mampu saat itu. Iaitu menangis.
Apa guna Allah cipta air mata kalau kita tak gunakannya. Kan? EH. -_-'
Ya, menangis sepuasnya itu dapat menenangkan sebenarnya.
Menangis sambil bermuhasabah diri. Allah sentiasa memujukmu.
Jangan mengeluh. Tapi merintih pada Allah. Allah rindukan kita.
Maka di ujinya kita dengan ujian yang Dia tahu kita mampu. 
Cuma kita saja yang rasa tak mampu. 
Ya, Allah tahu KITA MAMPU. Sumpah, aku tak tipu !
Allah bagi pinjam je semua itu. Semua Allah punya. Mana kita punya? 
Tak ada. Satu pun tak ada. Kita sendiri ni pun Allah yang punya. Lupa?
Lepaskanlah segalanya. Itu cuma di dunia.
Dunia itu tiada apa. Bersifat sementara saja. Macam kita juga. 

Letih sebenarnya. Letih sangat. 
Ikut nafsu, lesu. Ikut marah, parah. Ikut hati, mati. Ikut jiwa, kecewa.
Ikut akal, kadang terkial kial. Ikut iman, insyaAllah aman.
So let charge our IMAN. :D

Inilah di antara cara aku memujuk hati yang perit. How bout uols?

Aku sayang dia. Dia sayang kau. Kau sahabat aku. 
Tapi jika kau sakiti hati dia, tak jaga perasaan dia, dia terluka.
Aku pun sama terluka.
Memang sakit. Tapi takpa. Itu baru sikit. :')
Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati setiap hambaNya. Allahu allah.

Anyway, itu cerita lama sebenarnya. CERITA LAMA okay?
Lama. Lama dah sebenarnya. Dalam beberapa masa yang lalu. Ihikss.
Cuma soalan sahabatku tadi membuatku TERpreview semula. *tergelak kecil*
Sekarang alhamdulillah aku sudah berjaya bangun.
 Sakit aku dah sembuh dari sebelumnya! Ya, ini semua dengan izinNya.
Ianya mematangkan. Even sekarang pun takde lah matang sangat pun. 
Masih terserlah sifat keanak anakkan ku ini. Serius. Tanya mak! Haha. Ohho ~ ^_^
Tapi insyaAllah, at least better than before. Right ?
Ingat sampai bila bila. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Al-Baqarah : 286
p/s : Oh kenapa ya sejak akhir akhir ni aku suka berbicara tentang hati?
Sebab, aku tahu anda semua ada hati sebenarnya. Ada. Aku tahu.
Sebab aku pun ada. ^^ *peace*

Wallahu a'lam. 
Wassalam.