Aku dan rasaku.

  • 1
Bismillah.
Mereka suka kata aku ibarat patung.
 Dan ibaratkan aku dengannya yang tak punya perasaan.
 Sejujurnya, ku juga punya hati. Apa lagi perasaan. 
Aku manusia biasa. Lupa?

Jika aku sedih.
Kalian cuma mampu tolong berdukacita. 
Sedangkan hakikat yang sebenar, kalian tak rasa apa yang aku rasa. 
Tak sama. :'(

Jika aku gembira.
Kalian cuma mampu senyum tanda bahagia untukku.
Hakikatnya kalian tak rasa apa aku yang rasa.
Betapa gembiranya aku tak sama dengan gembira kalian. Tak sama.

Aku juga tak tahu apa yang kalian rasa sebenarnya.
Aku dah usaha. Tapi aku tahu, rasa nya tetap tak sama. Kan?

Jadi, aku lebih memilih untuk cukup aku dan penciptaku saja yang tahu.
Hatta sahabat sendiri. Keluarga terdekat cuma tahu isi hati. Bukan rasa hati.
Kecuali... Bakal imamku nanti. Siapa dia? Aku tak tahu.
Aku tak tahu bagaimana nasibku nanti. Maka aku bersabar dengan aturan Ilahi.
Bukan sekarang. Mungkin nanti. InsyaALLAH. Pasti nanti.
Ya. Dengan dia lah aku akan berkongsi segala rasa hati. Walaupun aku tahu
dia mungkin bukanlah terlalu mengerti. Tapi dah dia yang ada di hati. 
Redhanya atas redhaNya adalah syurgaku.
Dengan izinNya. Dia jugalah antara insan yang aku nak jumpa kat syurga nanti.
Jadi, setakat nak berkongsi rasa hati, apa aku peduli ? 
Hahahaks. *tetibe mood kawen* 
K, sila abaikan. *tergelak kecil*
Takku nafikan.
Aku lebih suka dan banyak menyendiri. Tapi aku tak suka hidup sendiri.

Maha hebat Allah. Mencipta kita semua manusia sama
Ada hati. Sejujurnya aku tak pernah tengok pun rupa hati manusia. Bentuk 
macam mana pun aku tak tahu. Para medik mungkin tahu.
Yang aku tahu...
Kita cuma di pinjamkan sebentuk ketulan daging bernama hati, 
Tapi mempunyai 1001 perasaan yang berbeza walaupun terkadang sama.
Tapi kita tak rasa.

Subhanallah. ALLAH MAHA HEBAT!
Bangga aku menjadi hambaNya !
Punya tuhan sehebat Dia !
♥ Allah. Allah. Allah. ♥
Aku bahagia dengan jiwaku. Inilah rasaku. Allah di hatiku. Islam agamaku.
Al Quran temanku. Muslimah solehah usahaku.
Si soleh harapanku. SyurgaNya impianku. RedhaNya hidupku.
Doa, teguran, nasihat dan bimbingan dari kalian adalah penguatku.
 Aku dengan izinNya, tetap dengan jiwaku. :')

Biarlah begini. Aku selesa begini. 
Allahu akhbar!

Wallahu a'lam.
Wassalam.