Merepek sejenak.

  • 0
Bismillah.
Assalamualaikum uols.
Ruanganku...

Memikirkan sesuatu.
Mata yang tidak mengantuk. Tiba tiba teringatkan blog. Hmm. *terus on ipad*

Ada yang bertanya, "Kenapa lama tak update belog ni?"
Okay. Terharu dengan soalan itu. Ceewah. Ahakss.

Tak busy mana pun sebenarnya.
Well, macam biasa. Alasan yang sama.
Anda pun tahu rasanya. Muehehe.

"Tak tau nak taip apa..."

Mengada betul alasan! Memang. Hish. *geleng kepala*
Oh ya, sedang sibuk dengan ini sebenarnya.
Cekidaut!
Tahu kan?
K, jangan banyak tanya. Kereta je. Taknak motor. 
Tu diaa. Berlagak gila! Heee. :D

For the first day. Kursus yang sangat membosankan. Serius.
Rasa macam nak lari balik je! Huwaahhh. Ada sedikit unsur ketensionan di situ.
Tak minat benda ni semua sebenarnya. Tapi cukup sekadar "ada". 
Dah lama berangan teringin nak drive kereta. Drive je. Taknak lesen pun.
Cukup lesen dari abah je. Tapi benda ni pun perlu juga. Memang perlu.
Untuk... err... Untuk biar tak kena saman sebab takda lesen. 
Ceh! Budak budak punya jawapan. Hahaha.
Eleley. Baru first day. Terserlah kepoyoannya di situ. Alahai.
Dah malas story pasal ni.
Tak suka. 

Ribbon tu comel. I loike !
Kebosanan dalam dewan kursus tadi. Inilah jadi nya. Haha.

Alhamdulillah. Semalam mak abah beli kan satu set perabot untuk bilik aku.
Katil, almari, meja solek, meja sisi. Warna putih yuwww. 
Dorang cakap bilik aku macam bilik orang dah kawen. Pergh. Okay lettew.
Ala ala design Korea gitu. Suka sangat!
Tapi tu sementara je. Kan? Apa pun bersyukur dengan nikmatNya.
Alhamdulillah.

K, stop situ. Taknak cerita lebih.
Rupa rupanya, anak murid aku pun pembaca blog ku. Alahai.
Haishh. Bahaya. BAHAYA. Hahahaha. *senyum jeling*

Oh ya. Big thanks to Kak Athirah sebab tolong kemaskan bilik. *hugs*
Semalam masa kemas kemas almari lama, terjumpa sesuatu.
Di mana sesuatu itu aku pun sudah seakan akan hampir lupa akan kewujudannya.
Taraaaaa ~
Diary.
Ya, diary lama.
Last tulis pun bila entah. Tapi tadi bukak, 
last aku tulis, "29/09/2008. Isnin. 9.19 a.m. Dalam bilik."
Kat buku yang warna purple gambar Minnie tu.
Ada code lagi tau buku tu. Code nya, aku je yang tahu.
Tapi aku dah lupa sebenarnya. Tadi nak bukak pun cungkil guna pisau. Haha.
Ewah ewahhh. Hahaha. Detail! Tulisan itu pun terlalu ringkas.
Itu pun cuma bercerita pasal....errr. Ada laa.
Mana boleh cerita kat sini. Muehehehee. *blushing*
Tapi, comel kan diary ni? Well ~ 

Walaupun dunia blogging tidak serancak dulu,
 insyaAllah titipan dan perkongsian akan diteruskan walaupun
 kekerapan update mendukacitakan dan terkadang selalu isi yang sangat
memerihkan. Seakan sia sia. Tiada makna. 
Rasa seperti tawar. Tawar sangat. Tak rasa apa. 
Tegur kalau tak kena. Nasihat elok elok. Jangan bash aku.
Unfollow je kalau tak suka k. Tak paksa. :')
Meski pun aku tahu kebarangkalian tiada yang baca. 
Itu lah salah satu sebab kenapa kekerapan update amat mendukacitakan.
Maafkan aku.
Maaf.
Maaf.

*tengok jam*  
Okay. Esok kelas. Dah hampir pukul 3 a.m dah.
Masih segar sebenarnya. Tapi tak boleh. Nanti dalam kelas
tersengguk sengguk dengar student tasmi'. Kasihan dorang. -_-"
Alahai. Paksa untuk tidur ini kadang kadang merimaskan.
Paksa untuk bagun tidur lagi laa. Tidur lewat, bangun awal.
 LETIH. Letih tahu. LETIH. Please ah! Gggrrr.
*letak kepala atas meja*

Tapi kalau macam aku ni sama je. Tidur awal ke. Tidur lewat ke. Takde beza.
Nak bangun nya tetap sama. Sama sahaja. Hahahaha. Kdiam. *geleng geleng senyum*

Untuk kesekian kalinya.
Ada yang pertikai penggunaan "aku". Kasar. Kurang adab. Biadab katanya. Hahaha. 
Alahai. Penggunaan kata ganti nama, ikut keselesaan masing masing.
Adakalanya saya menggunakan "aku" dalam penulisan. Adakalanya "saya".
"Ana". Pun sama. "I". Pun boleh. Sama je sebenarnya. Ya, mungkin agak
kasar. Tersangat kasar dan terlalu biadap bila ia digunakan untuk
 berbicara dengan ibu bapa terutamanya, then dengan orang lebih dewasa dan 
semua orang pun dalam bentuk perbualan. Kecuali kalau memang dah biasa. 
Member lama lah katakan kononnya.
"Kau Aku". "Aku Hang" ja. Ye dok? Ya. Saya tahu.
 Tapi rasanya, penggunaan "aku" untuk seni dan bercerita dalam penulisan takda masalah.
Macam bebelan, monolog, cerpen, novel, puisi, lirik lagu dan sebagainya. Banyak "aku".
Jadi tak perlu nak pertikai rasanya. Awak berdoa pun, ber"Kau Aku" je dengan tuhan.
So, how is it?

Okay lah. Membebel. Menulis punya menulis, dalam tak tahu nak menulis apa tu pun,
tak tahu juga macam mana jari ni nak berhenti menari nari kat keyboard ni. Fheww.
Haa. Last one. Note to self.
Emosi dan perasaan berkait rapat dengan HATI.
 Jaga HATI. Emosi dan perasaan berkualiti. JOM jaga HATI! :')
*senyum* *lap air mata dengan tudung*

"Pejam mata and say ALLAH ADA. 
Usahkan cuma lidah berkata. Biarkan hati yang berbicara. Dia yang merasa.
 Fahamilah jiwa yang sedang ingin berbahasa."
Monolog ku sendirian.
*jalan sorang sorang* *sepak batu* *pandang langit* *tunduk*

Wallahu a'lam.
Wassalam.