Angin Yang Hiba Itu

  • 0
Kau kata,
Kau mampu,
Namun, 
Yang aku lihat cuma kepura-puraan,
Kebodohan kau yang sangat menyakitkan.

Kau kata,
Amanah itu,
Kau mampu pikul,
Tapi yang aku lihat,
Kau berdusta dengan janji manis kau.

Kau menyatakan,
Selama mana kau berpijak pada bumi Allah ini,
Kau tidak akan angkuh,
Tapi yang aku lihat,
Angkuhmu bagai tiada batasnya,
Laksana manusia durjana.

Aku melewati setiap daripada mu,
Menghampakan,
Menghibakan,
Tiada satu pun yang menggambarkan sifat khalifah itu,
Dan jika masih ada,
Hanya seperti sebutir permata di dalam lumpur.

Tetapi,
Tidaklah aku mengalah dengan kekurangan ini,
Kerana aku tetap angin yang bertiup,
Tetap mencari,
Khalifah yang sebenar.

***
Dear Bloggie.
AKHIRNYA !
Apalah susah benar nak "new post" ini.
Hilang mood nak menaip tau dak.
*dahi berkerut sekerut alam, mulut muncung 90 darjah*

Moga belum terlambat saya ingin mengucapkan
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
buat semua yang mengenali diri ini.

Nak cerita pasal raya korban kat sini dah malas.
Salahkan blog! Beliau yang buat hal time tengah ada semangat nak menulis.
Hahaha. Kbai.

Nah. Beliau sangat suka kacau saya ketika bertwitter.
Nampak dari jauh pun dah senyum senyum mintak dukung. 
Tergoda yuwww bila nampak dia. Aumm. Mihmihmih.

Wallahu a'lam
Wassalam