No title. Boleh?

  • 0
Bismillah. Assalamualaikum.
*jari yang sudah mula menari nari di keyboard*
Bukan sengaja tak bersuara tapi kadang-kadang diam tu lebih power.
 Bukan nak kata saya power, tapi itulah hakikatnya. Ehem. *betulkan spec*
(via Huda)

Rasa tersangatlah leceh bilamana sedang cuba untuk update
blog via telefon mudah alih yang kononnya pintar ini lahai. So uncool.*sigh*
Samsung Tab pula, tak sama nikmatnya sebagaimana menaip menggunakan
keyboard yang betul betul keyboard. Ape kelass touch touch. Auchh! 
Mengada leyyuww. Fuhh. Muehehe. -.-"

Nak menaip memerlukan kenikmatan dan keselesaan ketika menaip.
Baru besh bohh. Ke guane?

Lappy pulak memroblem kan dirinya. Tak boleh nak buka.
Maaflah lappy, aku terpaksa menduakan mu! 
"Abah, nanti belikan Izzah laptop baru tau."
Abah jeling je dari jauh. Hahahaha. *lari terkedek kedek , nyorok belakang pintu*

Hahahaha. Aku dah kata, aku bukannya post bermanfaat setiap masa pun.
Aku punya hobi. Dan hobi aku inilah. Menaip dan terus menaip tanpa 
ada hala tuju. Bahaya juga sebenarnya. Bila bila masa boleh terbabas.
Hati hati je lah. Haihh.
Nak baca takpa. Takmau baca pi main jejauh. 
Muehehehe. *kembang kempis hidung*

Mungkin terlalu banyak berfikir. Sampai blur gini.
Atau mungkin takleh fikir langsung. Haha. Eh tak mungkin. Tak mungkin.

Hidup kita yang dalam keadaan yang sangat stress bererti lebih mementingkan dunia.
Tak salah. Semua orang pun memang ada masalah. 
Cuma nak ingatkan, jangan sampai kita letih di dunia dan seksa di akhirat.
Letih nak fikir untuk yakinkan hati dalam sesuatu hal sebenarnya.
Tak apa. Saya cuba. Mohon doanya ya sahabat sahabat sekalian.

Maafkan bila ku tak sempurna. :')