Cari Ustaz.

  • 0
Ekceli abah tengah cari ustaz untuk ngajar tahfiz bagi pelajar lelaki.
Kesian nengok abah ke hulu hilir cari guru. Setakat ni tak jumpa lagi katanya.
Aku nak tolong, tapi... 

Entah. Aku tak ramai kenalan sangat pun sebenarnya. Sebenarnyalah.
Tambahan pulak laki. Lagi lah. Tak gheti nak nolong bab bab ni. -.-

Kerja dia, tak susah pun. 
Cuma kena jadi warden, dengar tasmik, jaga bacaan hafazan dorang, ajar tajwid, 
feqah dan apa apa lagi yang patut dan yang sama waktu dengannya lah.
Pelajar tak ramai mana. Baru dalam 10 orang centu.
 Sebelum ni dah ada ustaz, tapi dia baru saja berhenti.
Ada masalah kot dia. Entah. Tak dan nak pi tanya. LOL.

So sekarang bebudak laki takde ustaz. Kesian depa.
Takkan aku nak pergi dengar tasmik depa. 
Takkan lah. Takkan lah. Takkan lah kot.
Even dorang semua muda dari aku, tapi... agak agak ah. -.-"

Kelas pun lintang pukang. Kesian nor nengok.

Moga Allah redha dan permudahkan urusan abah. 
Ameen ya Rabb!

No comments:

Post a Comment